Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget

Sunday, 28 July 2013

Doa Tambah Susu Ibu




Salam sayang salam ceria semua,

Pepagi ni nak share  doa dan amalan utk ibu2 yang menyusukan anak.. bukan mudah ye nak bertahan hingga 2 tahun untuk menyusukan anak ni.. byk cabaran dan dugaan yang  akan kita hadapi.. antara kita sebagai ibu ni nak atau x nak je.. tanpa kekuatan mental dan fizikal dan juga sokongan orang  terdekat penyusuan exclusive  takkan berjaya!! Betul tak?

Di bawah ni saya listkan ye :)

1) Menyusu sekerap mungkin atau memerah susu dengan kerap

kita kena ingat.. lebih kerap susu ibu diperah atau anak disusukan, lebih banyak susu akan terhasil. ibu mestilah pam/ menyusu at least 3 jam sekali.. jgn tunggu sampai susu penuh baru nak pam.. tu x betul.. dan boleh menyebabkan susu berkurang.. pastu mula la cakap susu dah kurang.. dah xde susu.. kan kan??  Jadi, .. ingt balik niat kita .. pandang anak.. berikan hak mereka.. anak2 berhak utk dpt hak mereka.. so kenapa nk dinafikan? bak kata org dulu2. nak anak bijak bagilah susu ibu..

2) Minum air kosong/masak 3Liter sehari..

ni depends.. depends on berat kita.. 25kg/liter.. means klau berat 50kg tu sehari kena amik 2liter la.. ni at least tau.. sebaiknya lebihkan sebab kita menyusu ni makin banyak perlukan air :)

3) Zikir dan Doa kepada Allah bagi umat Islam :) ni sebagai makanan rohani kita.penting!

kita tahu kan setiap usaha dan amalan kita tidak akan berhasil tanpa izinNya.. tu pentingnya usaha dan doa.. selebihnya kita bertawakal :) doa mohon dibanyakkan susu ibu supaya dapat menyusukan anak seperti yg disyariatkan

1. Doa
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. 

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku 


Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.

2. Zikir
Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minuman.

3. Surah Al-Hujurat & Al-Kauthar
Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.

4. Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60

Semoga para ibu berjaya menyusukan anak anugerah Allah dan semoga keluarga juga memahami dan memberi sokongan kepada usaha ibu.


1 comment:

  1. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Tambah Susu

    ReplyDelete