Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget

Sunday, 21 July 2013

Kesan kurang minum air



Salam sayang kepada semua pengunjung setia Mamaanisshop…Alhamdulillah, semua dah selesai berbuka dan solat Terawih malam nie…

Malam ni Mamaanis nak bagi satu tip macam mana nak minum air kosong 3 liter sehari di bulan puasa ni, sebab ramai yang tanya, macam mana nak minum air kosong banyak-banyak ni, tambahan tengah dok puasa ..3 liter??? Banyak ke tak ni..bagi yang memang suka minum air kosong, tak menjadi masalah agaknya…yang tak biasa, macam mana pula...jadi teruskan membaca apa yang Mamaanis kongsikan nie…moga-moga bermanfaat untuk semua ye…. 


Kelebihan minum air

Amalan meminum air pada kuantiti yang mencukupi untuk tubuh bukan sahaja melicinkan proses dalam sistem tubuh, malah boleh memberikan kelebihan-kelebihan iaitu:

•Mengalakkan penghasilan air susu yg banyak bg ibu menyusu
•Dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi.
•Kulit anda akan kelihatan sentiasa lembap dan
•Awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi boleh melambatkan proses pengecutan kulit.
•Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.
•Dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.
•Minda yang ceria dan emosi stabil.

Kita digalakkan meminum 3 liter air sehari jika mengambil supplement. "3 liter? Banyaknya..." rungut seorang dua kenalan. "Tak banyak kalau kita tahu sebab dan cara mudah untuk habiskan air sebanyak 3 liter tu."


Sebab perlu minum air 3 liter air sehari
1) Suplemen semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh serta memperbaiki sel-sel yang rosak. Semasa proses ini, air amat diperlukan, kalau tidak kita akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.

Di mana healing crisis adalah
 satu tempoh yg diambil untuk proses2 membersihkan badan, penyingkiran toksin dan untuk bina semula sel-sel badan yang lebih kuat dari sebelum ni. 

Ibarat tangki yang dah lama tak basuh. Bila basuh, berus, sental... banyak la karat2 yang keluar dari tangki tu... Bila karat2 tu semua dah clear, dah bersih... air yang mengalir dari tangki tu pun laju jer. Kita nak guna untuk basuh ape2 pun best kan ? Macam tu jugalah badan kita. Healing crisis ini tidak akan sama dengan orang lain sebab ianya bergantung kepada tahap kesihatan masing- masing.Kalau badan sihat jadi kurang healing krisis tu...Apa yang penting teruskan makan vitamin dan minum banyak air masak, insyaAllah

2) Pengambilan suplemen adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Bila kekurangan air akan menyebabkan darah kita menjadi pekat. So boleh bayang bilamana kita bancuh sesudu garam dalam sebiji cawan berbanding dengan mengacau sesenduk garam dalam sebiji cawan. Satu senduk garam pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar dari sebiji cawan.

3) Berbeza dengan memakan buah-buahan, kita tidak perlu minum air yang banyak selepas itu kerana buah-buahan tersebut sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrien dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. 


Contohnya, dalam sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 1/2 biji oren. Dalam 7 1/2 biji oren sudah ada sangat banyak air.


Cara untuk habiskan 3 liter air sehari di bulan puasa
1.Semasa berbuka, anda hendaklah memulakan dengan minum segelas air kosong suam. Elakkan minum air berperisa dan berais lebih dari 1 gelas. Lebih banyak air berperisa dan berais anda minum, semakin kuranglah anda meminum air kosong.

2. Semasa solat tarawih, anda boleh bawa sebotol air kosong : 500 ml atau 1 liter dan teguklah antara salam diantara rakaat.

3. Semasa tidur, anda amalkan membawa botol air kosong dan letakkan di meja sisi katil anda.Teguklah apabila terjaga malam.

4. Semasa anda bangun sahur...Jika anda berazam untuk beramal di sepertiga malam, amalkan seperti anda bertarawih iaitu teguk antara salam diantara rakaat.
5. Last but not least minumlah air kosong dengan tertib.

Bagaimana tertib tu? Kenapa perlu tertib?

 Jika anda minum dengan tidak tertib...Anda akan kerap ke tandas selepas sahur..


Bagaimana cara untuk minm dengan tertib

1- Teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika.
2- Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula...
3- Jangan minum berdiri
4- Jangan gelojoh ketika minum sebaliknya minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan-lahan. Ini akan mengelakkan kita merasa kembung berbanding jika kita minum dengan banyak sekali gus.

3. Amalkan untuk meletakkan bekas air di seluruh pelusuk rumah. Jadi apabila anda melalui bahagian rumah tersebut contoh ruang tamu, anda boleh berhenti seketika untuk minum air tersebut tanpa perlu ke dapur.
4. Bagi ibu menyusu, amalkan untuk minum segelas air suam sebelum dan selepas mengepam bagi mengelakkan dehidrasi.
5. Amalkan juga untuk meminum air selepas selesai ke tandas....

Kesan kekurangan air dalam badan
1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek).
2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah.
3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang 
dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak. 
4. Tekanan darah menurun. 
5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk. 
6. Lesu pada waktu siang. 
7. Sakit belakang. 
8. Dehidrasi. Tubuh akan mengalami dehidrasi. 
Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.
9. Sakit kepala. 
10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.
11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara. 
12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair. 
13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik. 
14. Meningkatkan keinginan untuk makan. 
15. Darah menjadi lebih pekat .
16. Mudah keliru. 
17. Degupan jantung semakin meningkat. 
18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.
19. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.
20. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing. 
21. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian.
22. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain.
23. Kulit menjadi kusam. Ini kerana kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.

Semoga anda semua mengamalkan pengambilan air yang betul ini, anda akan menjadi lebih sihat dan awet muda. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment