Susu Ibu Adalah Yang Terhebat
Assalamualaikum
dan salam sayang semua pengunjung Mamaanisshop,
Pepagi ni nak share tentang Khasiat susu Ibu...
Rasa
nya semua dah tahu, khasiat susu ibu. Memang tak boleh disangkal lagi.
Takkan boleh susu formula punya khasiat yang sama dengan susu ibu. Hatta pada
kotak susu formula pun ada tulis, SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK BAGI BAYI.
Khasiat
susu ibu adalah menyeluruh. Baik untuk semua anggota badan bayi yang baru
dilahirkan. Dari bayi pramatang hingga bayi cukup bulan. Susu ibu adalah yang
terbaik. Susu ibu unik untuk setiap bayi. Komposisi dan nilai susu ibu tak sama
bagi setiap bayi.
Khasiat Susu Ibu, Top To Toe:
♥
Otak
Bayi yang disusukan dengan susu
ibu punyai IQ yang lebih tinggi. Kandungan lemak dalam susu ibu mempengaruhi
pertumbuhan saraf tisu pada otak baik. Sampai sekarang, pengeluar susu formula
sibuk mempertingkatkan kandungan untuk ransang otak baik, tapi masih belum dan
takkan setanding dengan susu ibu.
♥
Mata
Penglihatan bayi susu ibu
adalah lebih tajam. Setajam penglihatan helang. Air susu ibu juga digunakan
untuk merawat sakit mata.
♥
Telinga
Risiko jangkitan telingan
sangat sedikit.
♥
Mulut Bayi
Tak percaya, tengok gigi bayi
yang disusukan dengan susu ibu. Cantik, putih dan tersusun. Gigi rosak dan
berlubang juga susah nak ditemui pada anak yang menyusu badan. Aktiviti hisapan
susu, menghasilkan rahang yang cantik, juga menghasilkan otot yang lebih baik.
Perbezaan rasa susu ibu mengikut apa yang ibu makan akan membuatkan anak mudah
dan tak cerewat terima makanan pejal.
♥
Tekak
Anak yang di dapat khasiat susu
ibu akan kurang terdedah pada risiko tonsilektomi.
♥
Sistem Pernafasan
Bukti telah menunjukkan bahawa
bayi yang diberi susu ibu sukar terdedah pada jangkitan pernafasan, sukar
semput, kurang jangkitan paru-paru dan susah terkena influenza.
♥
Jantung dan Sistem Peredaran Darah
Anak yang disusukan dengan susu
ibu akan mempunyai kolestrol yang lebih rendah apabila dewasa. Berbanding
dengan bayi yang tak disusukan dengan susu ibu. Kadar degupan jantung bayi juga
lebih rendah. Ini bermakna bayi susu ibu lebih tenang. Tak percaya? Lihat bayi
yang disusukan ibunya, mudah sangat tertidur apabila menyusu.
♥
Sistem Pencernaan
Kurang terkena cirit birit,
sukar mendapat jangkitan pada usus. Dan penyusuan eksklusif selama 6 bulan akan
merendahkan kadar alergik makanan.
♥
Sistem Imuniti
Bayi yang menyusu badan akan
memberi reaksi yang baik pada vaksin yang diberikan. Khasiat susu ibu membantu
mematangkan sistem imuniti bayi. Juga mengurangkan risiko cancer dikalangan
kanak-kanak.
♥
Sistem Kelenjar
Mengurangkan risiko terkena
diabetes aatau kencing manis. Semasa kanak-kanak juga dewasa.
♥
Buah Pinggang
Kandungan susu ibu 'perfect'
tiada terlebih garam, gula dan protein. Jadi buah pinggan akan berfungsi lebih
baik.
♥
Appendix
Kurang masalah sakit appendix.
♥
Saluran Kencing
Kurang mendapat jangkitan. Yang
boleh menyebabkan risiko penyakit lain.
♥
Sendi dan Otot
Penyakit rheumatoid arthritis
(penyakit auto immune) adalah kurang dikalangan bayi susu ibu.
♥
Kulit
Masalah kulit atau ekzema sukar
nak menyerang.
♥
Pertumbuhan
Anak susu ibu susah menjadi
obese atau terlebih berat badan apabila besar.
♥
Buangan
Risiko
sembelit sangat sedikit. Susu ibu adalah susu paling mudah dicerna. Usah
bimbang jika anak (penyusuan eksklusif) tak membuang dalam tempoh 3-4 hari. Itu
adalah biasa! Dan, bau buangan anak susu ibu juga tak terlampau berbau.
Apa
lagi yang ibu ragukan? Tak pernah lagi dalam sejarah dunia susu ibu menjadi
penyebab kepada penyakit. Yakinlah dengan tubuh badan sendiri. Semua wanita
yang ada di dunia dicipta sempurna oleh-Nya untuk fungsi menyusukan anak. Orang
barat juga semakin sedar khasiat susu ibu ini. Jadi apa yang membuatkan ibu tak
mahu berikan susu ibu.
Ya,
ada juga keadaaan dimana ibu tak mampu menyusukan. Jika ibu diserang penyakit
kronik, atau memang memiliki payudara yang tiada kelenjar-kelenjar penyusuan.
Tahukah
ibu, yang susu ibu bukan terus mencurah-curah bila bayi dilahirkan. Susu ibu
mengikut konsep supply dan demand. Pada awal kelahiran kolostrum (susu awal) bersifat
kuning dan pekat yang akan keluar. Inilah cairan emas yang memiliki 1001
antibodi untuk bayi. Susu matang bersifat agak cair dan berwarna putih susu
akan menyusul keluar. Ini dalam tempoh tiga hari hingga seminggu selepas
dilahirkan.
Jadi
ibu, usah risau susu tiada. Susu pasti ada. Hanya susukan saja bayi kamu. Bukan
hanya kerana sayangkan bayi. Tapi kerana tuntutan syariah, kerana Allah.
Cubalah sebaik mungkin untuk genapkan penyusuan sehingga 2 tahun. Banyak sudah
bantuan penyusuan di zaman ini. Dengan kelab sokongan, kelas-kelas penyusuan,
informasi di hujung jari, dan juga kawan-kawan yang telah menyusukan anak.
Pasti
kenangan menyusukan anak, akan menjadi kenangan yang terindah. Tak percaya,
rasakan sendiri nikmatnya menyusukan anak. Khasiat susu ibu, bukan
sahaja memenuhi keperluan perut bayi. Malah it's beyond that. Susu ibu juga
memenuhi keperluan nurani anak-anak. Mari ramai-ramai menyusukan anak.
Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ FB Page : http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email : salmiah80@gmail.com
Salmiah Othman
♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ FB Page : http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email : salmiah80@gmail.com