Doa Di Hari Lahirku..

18:31 0 Comments A+ a-



Assalamualaikum dan salam sayang semua ...


  Hari ini genap usiaku 33 tahun..Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih diberi
    peluang bernafas dan mencapai umur ini..

  Syukur kerana diberi peluang untuk menuju ke arah yang lebih baik, semoga aku
    berjaya dalam hidup , diberi kesihatan yang baik & rezeki yang tidak putus2..

  Moga kehidupanku bersama-sama suami dan anak2 tercinta diberkati Allah &
    berkekalan bahagia di dunia menuju ke akhirat kelak…

  Terima kasih atas ucapan dari keluarga, kawan2 semua yang wish kat saya, yang mendoakan
    saya…Love u alls…




Bismillahirrahmanirrahim..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam. Alhamdulillah…syukur kepada Mu Ya Allah….Tuhan yang mencipta langit dan bumi, bintang dan matahari dan seluruh alam semesta…Alhamdulillah…syukur Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Ya Allah..Ya Rahman..syukur dengan pemberian Mu Ya Allah..aku hidup dikelilingi suami yang penyayang, anak-anak yang soleh..ibu bapa yang masih sihat, ahli keluarga yang mengambil berat..Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
  
 
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

  
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapan Mu. Kalau bukan kepada Mu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

  
Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merindui Mu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan Kaabah Mu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

  
Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hamba Mu ini... pimpinlah hati hamba Mu ini... pimpinlah langkah hamba Mu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hamba Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqim Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

  
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada tali Mu.
  
Terimalah permohonan hamba Mu yang sedang bermusafir di bumi Mu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Barakallah fi umrina (semoga Allah memberkati usia kita)



Rawat Eczema Anda Dengan Shaklee !!!

00:41 1 Comments A+ a-


Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua pembaca setia blog Mamaanisshop…Petang ni nak share sedikit info tentang apa itu masalah eczema nie dan apa produk shaklee yang dapat membantu mengatasi masalah eczema..
Apa itu eczema?



Eczema merupakan salah satu jenis keradangan pada  kulit. Ia menyebabkan kulit jadi bersisik, menebal, kering, berubah warna dan seringkali gatal. Banyak faktor yang boleh menyebabkan eczema ni dan bergantung pada individu. Antaranya, alahan pada pemakanan. Mungkin juga disebabkan oleh alahan pada minyak wangi, kosmetik, getah, krim/minyak berubat, sesetengah tumbuhan, atau pada barang kemas, silver dan sebagainya. Sesetengah juga mengalaminya disebabkan oleh alahan pada cahaya matahari dan keadaan cuaca/persekitaran. Tidak terkecuali disebabkan oleh stress.

Selalunya eczema terjadi pada muka, pelipat lengan, belakang lutut dan sangat gatal. Untuk kanak-kanak, biasanya ia muncul menampakkan diri ketika usia setahun atau 5 tahun pertama. Tetapi ada juga yang mengalaminya sehingga umur remaja dan sampai dewasa.
Eczema akan menyebabkan badan menjadi gatal-gatal dan apabila sentiasa digaru akan meninggalkan parut.
Paling kesian jika yang menghadapi eczema ini ialah baby, asyik merengek je...
Kebiasaannya bagi penghidap eczema , doktor akan beri ubat sapu yang mengandungi steroid yang tinggi. Tapi jika menggunakannya dalam jangka masa yang lama adalah tidak baik.

Antara produk shaklee yang boleh membantu mengatasi dan merawat masalah ini ialah :
 
Meal Shake Shaklee


Meal Shake Shaklee berfungsi membaiki kulit yang rosak kerana Eczema
  
Alfalfa

Alfalfa sememangnya kita mengetahui adalah Raja bagi segala tumbuhan dan herba. Kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti eczema.
 
 Herbal Blend

Super Moist cream yang mengekalkan kelembapan kulit. Melegakan gatal -gatal  dan pedih-pedih. Diperbuat dengan ekstrak herbal semulajadi sage, rosemary dan horse chesnut yarrow
  
Vitamin E

Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Vitamin E juga berfungsi mengelakkan luka dari dijangkiti bakteria. Vitamin E juga bantu pudarkan parut dengan berkesan.

Omega Guard

Omega Guard membantu masalah Eczema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan. Ianya juga membantu melembapkan kulit~kulit kering menjadikan ezcema semakin teruk. Membantu melembutkan kulit.
  
ESP


Bertindak membina sel yang sihat/membaiki sel yang rosak. Bila eczema melanda, kulit akan menjadi rosak. ESP membantu menghasilkn kulit yg cantik. ESP juga membantu pudarkan parut dengan cepat.

Pengambilan produk-produk ini mungkin berbeza mengikut umur penghidap.

Baby

Ibu yang menyusukan baby yg mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
Herbal Blend juga bagus disapu kepada baby yg ada eczema untuk kurangkn rasa gatal dan pedih.
Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.

Kanak-kanak  2-4 tahun

Omega guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih dari 2 tahun utk kawal dan rawat masalah eczema. Pengambilan boleh rujuk kepada saya.
Mealshake juga boleh diberikan untuk baiki kulit yg rosak n berparut

Kanak-kanak 4-12 tahun

Mealshake+ESP+omega guard untuk merawat kulit. Herbal blend dan vitamin e boleh digunakan untuk merawat luka.

Remaja dan dewasa

Remaja dan dewasa boleh ambil semua yang saya cadangkan termasuk ESP+mealshake+ vitamin e+ herbal blend+omega guard +alfalfa. Cara pengambilan dan kesesuaian boleh refer pa
da saya.

 Testimoni Eczema dengan Produk Shaklee :




Bagaimana hendak mendapatkan produk-produk di atas? 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9d6251bba6894c498e50515528c546df

Your Shaklee Independent Distributor

Salmiah Othman
 SMS | Call : 019-8769412
 Shaklee ID : 949800
 Email : salmiah80@gmail.com
Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop danFacebook saya juga, kalau sudi add la saya :)

Vitamin C Terbaik, Sustained Release Vita C 500mg Shaklee

19:19 0 Comments A+ a-



Keistimewaan Vitamin C Sustained Release Vita C 500mg Shaklee

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Dah seminggu Blog kesayanganku tak berupdate..sibuk sikit dengan aktiviti harian dan ada masalah sedikit dengan line internet yang sekejap ada sekejap x ada macam chipsmore tue..Pagi nie nak share sikit tentang Vitamin C SR Shaklee yang hangat di pasaran macam goring pisang panas.. baru kluar minggu lepas dah Out Of Stock lagi..Untuk makluman semua, Vita-C adalah antara produk Shaklee yang menjadi pujaan ramai, jadi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk ini, orderlah cepat2 [dan banyak2] sebaik sahaja Vita-C muncul dipasaran..




MANFAAT UTAMA :

 Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 

 Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

 Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

 Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

 Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

 Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

 Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Antara simptom kekurangan Vitamin C :
  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat sembuh
  • Mudah selsema / bersin
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulser
  • Mudah demam / antibodi tak kuat
  • Gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam) 


Perbezaan Vitamin C (dengan vit c yang ada di pasaran sekarang)
  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
  • Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
  • Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.
Siapa perlukan vit c?

 perokok,
 org yg mudah stress sebab stress akan memusnahkan vit c dlm badan,
 org yg makan pil perancang sebab pil perancang jugak akan serap vit c dan akibatnye
   vit c akan musnah cepat dlm badan,
 org yg nak cantik kulit atau yg ade masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan vit
   c utk membina kolagen kulit yg sihat dan perbaiki tisu kulit,
 semua org yg inginkan kesihatan yg baik sebab vit c menyokong sistem imun dlm
   badan dan mengurangkan demam selsema yg berpanjangan..

sebab tu dlm family wellness ada termasuk vitamin C antara vitamin yg perlu diambil utk semua org kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi keadaan.


AMARAN!
- 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin c!
- Keresahan / stress akan percepatkan penyusutan vitamin c
- Kontraseptif, pil penahan sakit dan pil perancang antara pil yang akan menyusutkan vitamin c yang banyak
- Terlebih dos vitamin c (melebihi 12 biji sehari) akan menyebabkan sedikit cirit birit



Bagaimana hendak mendapatkan produk-produk di atas? 
 Hubungi saya segera:

Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
 SMS | Call : 019-8769412
 Shaklee ID : 949800
 Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop danFacebook saya juga, kalau sudi add la saya :)