Doa Di Hari Lahirku..
Assalamualaikum dan salam sayang semua ...
♥ Hari ini genap usiaku 33
tahun..Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih diberi
peluang
bernafas dan mencapai umur ini..
♥ Syukur kerana diberi peluang untuk menuju
ke arah yang lebih baik, semoga aku
berjaya dalam
hidup , diberi kesihatan yang baik & rezeki yang tidak putus2..
♥ Moga kehidupanku bersama-sama
suami dan anak2 tercinta diberkati Allah &
berkekalan bahagia di dunia menuju ke akhirat kelak…
♥ Terima kasih atas ucapan dari keluarga,
kawan2 semua yang wish kat saya, yang mendoakan
saya…Love u alls…
Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam.
Alhamdulillah…syukur kepada Mu Ya Allah….Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
bintang dan matahari dan seluruh alam semesta…Alhamdulillah…syukur Ya Allah
untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki
yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Ya Allah..Ya
Rahman..syukur dengan pemberian Mu Ya Allah..aku hidup dikelilingi suami yang
penyayang, anak-anak yang soleh..ibu bapa yang masih sihat, ahli keluarga yang
mengambil berat..Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan
kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku
alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan
dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun
terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah
menafikan hak Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan
dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih
nasibku di hadapan Mu. Kalau bukan kepada Mu, kepada siapa lagi harus ku
mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku
hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada
masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan.
Namun dengan limpahan kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada
kesesatan.
Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih
dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih
merindui Mu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut
panggilan Kaabah Mu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan
hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan
hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hamba Mu
ini... pimpinlah hati hamba Mu ini... pimpinlah langkah hamba Mu ini akan
sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hamba Mu
yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku...
bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqim Mu dengan
tenang dan mudah tanpa cela.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir
yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku
agar terus berpegang teguh pada tali Mu.
Terimalah permohonan hamba Mu yang sedang
bermusafir di bumi Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Barakallah fi umrina (semoga Allah
memberkati usia kita)