Merawat Darah Tinggi Dengan Shaklee!!!
Di Malaysia, tekanan darah tinggi merupakan masalah umum di negara kita,
statistik menunjukkan seorang daripada tiga orang rakyat Malaysia berusia tiga
puluh tahun ke atas menghidapinya.
Apakah itu Darah Tinggi?
Setiap
orang mempunyai tekanan darah. Apabila darah dipamkan melalui arteri, daya
tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam
oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan
darah kita.
Tekanan
darah dicatatkan dalam 2 angka. Angka di atas (tekanan darah sistolik) mengukur
tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. Angka yang di bawah pula
(tekanan darah diastolik) mengukur tekanan apabila jantung berehat.
Tekanan
darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita
lakukan. Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah
tinggi yang tepat.
Apakah itu Tekanan Darah Tinggi?
Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia
bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung
terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu.
Apabila ini terjadi, darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran
darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan
tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses
ini dikenali sebagai aterosklerosis.
Jantung sekarang terpaksa bekerja lebih kuat untuk menolak darah melalui
arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian, tekanan darah akan
tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih
tinggi auat bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa
rehat.
Kadang-kala darah
beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang sempit ini menyebabkan
berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar).
Punca Tekanan Darah Tinggi
Selalunya tidak
diketahui oleh itu ia dikenali penyakit 'dalam diam'. Walaubagaimanapun tekanan
darah tinggi boleh disebabkan oleh :-
·
Cara hidup tidak aktif
·
Umur melebihi 35 tahun
·
Kegemukan
·
Paras kolestrol yang tinggi
·
Faktor keturunan & sejarah
keluarga
·
Pengambilan alkohol yang berlebihan
·
Merokok
·
Pengambilan garam yang tinggi
·
Ubatan seperti steroid, ubat
antiradang bukan steroid
·
Penyakit buah pinggang
Tanda-tanda penghidap Tekanan Darah Tinggi
·
Penghidap kebanyakannya tidak
mengalami sebarang gejala
·
Kadang-kadang seseorang itu hanya
mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
·
Sakit kepala boleh berlaku dalam kes
Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku pada waktu pagi, bahagian
belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Tekanan
Darah Tinggi)
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah
terlambat.
Kesan Tekanan Darah Tinggi
1.
Otak : Serangan Strok/Angin Ahmar
ringan dan sementara
2.
Penyakit jantung : Kegagalan,
serangan jantung dan kematian
3.
Komplikasi pada mata : Pendarahan dan
kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
4.
Komplikasi pada buah pinggang :
Kegagalan fungsi buah pinggang
Supplemen Shaklee yang disyorkan bagi Penghidap Tekanan Darah tinggi
Berikut adalah cadangan suplemen Shaklee kepada penghidap tekanan darah tinggi dalam membantu mengurangkan dan mencegah walaupun bukan dijamin 100%, tetapi ia membantu memulihkan tekanan darah tinggi kepada normal kembali.
1.
Lecitihin : "
membakar lemak "- mengelmulsi lemak yang menjadi penyebab pembentukan
kolestrol, menolong tubuh menyerap lemak tepu
2.
Omega
Guard : mengurangkan tahap kolestrol,
melancarkan peredaran darah dan menghalang pembekuan, mengurangkan risiko sakit
jantung
3.
Garlic : menurunkan tahap kolestrol, merendahkan tekanan dan mencairkan darah,
membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol
4.
Vitamin E : membekalkan selenium yang cukup kerana kekurangan selenium seringkali
dikaitkan dengan penyakit jantung
5.
Ostematrix : mengekalkan tekanan darah normal, menstabilkan denyutan jantung dan
darah tinggi
6.
Alfalfa
Complex : membantu sistesis lemak
7.
Vitamin C : mengekalkan kolestrol sihat, mengurangkan kolestrol dan tekanan darah,
mengekalkan kapilari darah yang sihat.
Saranan pemakanan harian
·
Mengambil makanan yang rendah lemak
·
Kurangkan penggunaan minyak dan
santan
·
Kurangkan pengambilan garam dan gula
·
Banyakkan pengambilan buah-buahan,
sayur-sayuran dan bijirin
·
Kurangkan pengambilan lemak tepu dan
lemak haiwan
Bagaimanapun, mencegah lebih baik
dari merawat. Periksalah tekanan darah kita secara berkala. Lakukan senaman
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Cara hidup sihat boleh mengelakkan diri
pelbagai penyakit berbahaya.
KLIK UNTUK INFO LANJUT
Hubungi saya segera:
Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
Salmiah Othman
♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ FB Page : http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email : salmiah80@gmail.com
Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop danFacebook saya juga, kalau sudi add la saya :)