Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget

Monday, 2 December 2013

5 Tips Susu Meriah Semasa Pantang




Moga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu dan memberi semangat kepada ibu-ibu yang berazam untuk fully breastfeed bayi anda :)

1. Susukan anak direct feeding walaupun anak mengamuk, nampak macam tak cukup

Rasionalnya, hisapan bayi adalah the best milk stimulator. Pam beli pun tak dapat menandingi kehebatan hisapan bayi untuk mengeluarkan susu yang banyak dari payudara.

2. Perah susu sejurus selepas bayi menyusu.

* Jika ada anak yang berumur 1 tahun atau 2 tahun, boleh minta anak tersebut untuk menyusu, utk merangsang pengeluaran susu

* Jika tidak, perah guna tangan. Perahan tangan adalah the best milk stimulator selepas hisapan bayi.

* Minimum perah 20minit untuk setiap payudara

* Jangan kecewa jika awal-awal hasil adalah sedikit, ia adalah normal. Payudara perlukan masa untuk memahami yang kita sedang programkan ia untuk menghasilkan susu dengan cara stimulate, stimulate, stimulate. Atau perah, perah, perah.

3. Minum air sekurangnya 3 liter sehari, sebab salah satu komponen utama susu ibu adalah air

4. Pastikan anda tidak skip meal. Makan makanan nasi berlauk, bersayur. Makanan yang penuh nutrisi membantu menghasilkan susu yang berkualiti, dan membantu bayi cepat kenyang.

5. Amalkan makanan tambahan (supplement) untuk menggalakan/mempercepatkan penghasilan susu.

Tips kekal positif:
===========
Fikir yang positif sahaja. Katakan pada diri, sikit je lagi, pasti susu akan keluar lepas ni. Jangan pandang remeh pada kuasa minda

Untuk Set Penyusuan Shaklee KLIK DI SINI

SELAMAT MENCUBA...USAHA TANGGA KEJAYAAN ;)

No comments:

Post a Comment