Tips Makan Untuk Kekal langsing
Makan dengan kerap.
Anda boleh pastikan
anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti
makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi
biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu
lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak
Utamakan protein
dalam setiap hidangan makanan.
Para pengkaji dari
Purdue University mendapati bahawa mereka yang memakan makanan berprotein
tinggi lebih merasa puas dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa
lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan
bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan
pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan
sebagainya. Jadi pilihan anda utk mencuba ESP or Cinch Loss mmg tepat..tu
makanan tambahan protein yg best..
Rendah kalori, rendah
lemak.
Amalkan memakan
makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak
air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti
buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak.
Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum
mengambil menu utama.
Waktu terbaik untuk
minum air.
Minum juga punya
waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan...Waktu yg
dicadangkan adalah awal pagi selepas bgn tidur, 30min sebelum waktu makan,
sepanjang hari.
**Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air
putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) boleh membantu anda
membakar kalori berlebihan di dalam badan.