Ulang Tahun Perkahwinan Ke-6
Assalamualaikum....
Alhamdulillah..hari
ini 14/12/13 (tarikh yang akan sentiasa segar di ingatan)
genap 6 tahun
perkahwinan ku bersama suami tercinta...
“Buat suamiku yang tercinta...ingin isterimu
ini mengucapkan jutaan
terima kasih yang tak terhingga di atas kesabaranmu, pengobananmu,
kasih sayangmu dan segala-galanya selama ini. Semoga ianya berkekalan ke akhir
hayat....
Tiada hadiah mewah untukmu. Hanya doa yang dititipkan...
Semoga Allah
SWT sentiasa merahmati dan memberkati perkahwinan
kita bersama putera puteri
tersayang....Amin ya rabbal Alamin..”
Terima kasih Ya Allah kerana Engkau memberi kebahagiaan
ini padaku..
Dan Kau kekalkanlah hubungan ku dan suami hingga keakhir hayat....
Dan Kau kekalkanlah hubungan ku dan suami hingga keakhir hayat....
![]() |
14.12.2007 |
![]() |
Hari Raya 2013 |
Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..
Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..
Hanya pada Mu, Ya Allah..
Ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..

Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..Amin
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..Amin