Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget

Wednesday, 12 February 2014

Punca-Punca Sakit Sendi /Arthritis



 Sakit sendi memang sinonim di kalangan warga emas,..
Tetapi.. pada zaman sekarang orang muda juga tidak terlepas
daripada sakit sendi seperti wanita hamil, orang yang bekerja kuat dan sebagainya. 
Di seluruh dunia, berjuta2 orang mengalami masalah tulang dan sendi. Lebih separuh penghidap penyakit sendi kronik adalah di kalangan warga tua. Perkataan "arthritis" bermaksud "radang sendi" iaitu sendi yang sakit, terasa bisa bila disentuh, mungkin kemerahan, membengkak yang dikaitkan dengan kehilangan fungsi.



Sendi2 manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain
tubuh badan seperti bahu,siku, pergelangan tangan, punggung,
lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan. 
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan.
Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur.
Kesakitan adalah suatu
sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal,
mental atau yang disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi,
jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.


PUNCA-PUNCA SAKIT SENDI /ARTHTRITIS

Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai
kerosakan terhadap sendi mereka.

Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran,
otot, ligamen, sendi atau pangkal Saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

  Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.

Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki

Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)

Penyakit sendi seperti arthritis

Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit)

Penyakit tulang

Ketumbuhan

Jangkitan kuman

Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya

Penyakit kronik

Ubat-ubatan

Berat badan berlebihan

SIAPA YANG BERISIKO SAKIT SENDI
Disebabkan penyakit ini melibatkan pergerakan sendi,

pesakit yang berisiko mengalami sakit tulang rawan adalah :



· Atlet sukan yang banyak menggunakan pergerakan sendi

· Individu yang mengalami obesiti

· Individu yang mempunyai masalah lemah otot peha sejak kecil

· Individu yang sudah berusia

· Individu yang sering mengangkat barang-barang berat


JENIS-JENIS ARTHTRITIS


Terdapat dua jenis arthritis yang umum iaitu : -




1) Osteoarthritis, yang merupakan “kehausan” arthritis. Rematik ini disebabkan oleh kerosakan jaringan tulang rawan.
·         Sakit sendi ini berpunca dari kemusnahan rawan yang melindungi sendi-sendi. Biasanya menyerang golongan usia emas juga mereka yang menggunakan sendi-sendi secara maksimum (orang kerja kuat dan orang yang terlebih berat badan).
·         Sendi-sendi yang biasa sakit adalah pinggang, lutut juga tulang belakang

Gejala Osteoarthritis
  • Bengkak juga sakit pada sendi-sendi pinggang, lutut, tulang belakang, siku, juga pada hujung-hujung jari.
  • Sakit dicelah-celah sendi.
  • Pergerakan menjadi terbatas, jika berlarutan rawan akan musnah


2) Rheumatoid arthritis, yang merupakan jenis peradangan arthritis yang terjadi ketika sistem kekebalan tubuh tidak bekerja dengan baik.

- Sakit pada sendi-sendi jari juga pergelangan tangan. Sendi lain yang terlibat adalah bahu, lutut dan kaki. Memerlukan rawatan awal, bagi mengelakkan kecacatan.

Gejala Arthritis Rheumatoid
  • Bengak pada banyak sendi, dan berbentuk bersimetri.
  • Kaku di awal pagi.
  • Sakit yang datang dan pergi, berulang-ulang.
  • Sendi tak bergerak normal.
  • Kelihatan merah dan rasa panas pada sendi.
  • Terasa mencucuk-cucuk pada hujung badan.
  • Otot menjadi kaku jika terlalu lama pada satu-satu posisi.

CADANGAN VITAMIN SHAKLEE UNTUK

MENGATASI SAKIT SENDI


1) Advanced joint health tablet
- mengandungi satu ekstrak boswellia yang telah ditunjukkan di dalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi di dalam jangka masa 5+ hari.
- ramuan yang dirumus khas secara klinikal : -
  • menggalakkan mobiliti
  • meningkatkan fleksibiliti
  • meningkatkan fungsi sendi
  • menyokong kesihatan sendi utk jangkamasa yang panjang
2) omega guard
  • memelihara fungsi sendi (arthtritis) ; paras asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthtritis , memelihara fungsi sendi dan gout dengan efektif.

3) ostematrix @ calcium
  • menguatkan tulang ; kalsium menghalang osteoporosis, merawat tulang retak, kekejangan,
  • memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas; pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthtritis
  • kandungan magnesium dalam ostematrix sangat penting pada tubuh. Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf , mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot

Jangan biarkan sakit sendi dan lutut ini menganggu pergerakan orang tersayang kita...
kecil pelaburannya tapi besar manfaatnya. 
Jadikan hadiah setiap bulan untuk ibubapa kita...





Hubungi saya segera untuk sebarang pertanyaan :

Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
 SMS | Call : 019-8769412
 Shaklee ID : 949800
 Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop danFacebook saya juga, kalau sudi add la saya :)

2 comments:

  1. Sha mula rasa sakit kat ibu jari. Harap-harap bukanlah penyakit yang berlarutan. Harap-harap hanyalah kerana pembawakan semasa hamil.

    ReplyDelete
  2. sakit sendi memang mengganggu urusan seharian.
    dari bergantung pada ubat tahan sakit, adalah lebih baik kita jaga makan dan ambil suplemen untuk menyokong nutrisi badan kita. ini juga dapat bantu kurangkan sakit sendi.

    ReplyDelete