Khasiat Surah Al Waqiah : Surah Kekayaan
Surah Al Waqiah adalah surah yang ke 56 di dalam
Al Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Di namakan Al
Waqiah kerana di ambil dari lafaz Al-Waqiah di ayat pertama yang ertinya
kiamat.
Surah ini memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri
dan hadis mengenainya adalah sahih. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai
bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya.
Sa'ad Al Mufti mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih.
Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al
Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.
Rasulullah SAW bersabda lagi : Ajarkanlah surah Al Waqiah kepada
isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan (Hadis riwayat
Ibnu Ady)
KHASIAT SURAH AL WAQIAH
Di dalam surah Al Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain :
- Mereka yang membacanya sebagai wirid. InsyaAllah akan memperolehi kesenangan selama-lamanya.
- Bila
orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka ia
dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
- Mereka
yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas solat Asar, InsyaAllah akan
dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
- Jika
dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya Allah ditunaikan
segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
- Menjadikan
orang kaya yang bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3X selepas
Solat Subuh dan 3X selepas Solat Isyak. InsyaAllah tidak akan berlalu masa
setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang hartawan lagi dermawan.
- Surah
Al Waqiah ini jika ditulis dan dipakaikan atau dibaca di sisi orang yang
hendak bersalin. Insya Allah akan dapat melahirkan dengan mudah.
- Selepas
solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah surah Al Fatihah sekali,
Ayatul Qursi sekali dan surah Al Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7X. Tiup dalam
air dan minum. Dalam hati niat untuk jaga kecantikan diri dan kebahagiaan
rumahtangga kita.
Makna Surah Al Waqiah Ayat 35-38 ialah :
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan
ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah
disentuh) yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."
Insya Allah jika kita mengamalkan surah ini seperti yang diberitahu di dalam
hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezeki yang banyak, supaya dapat
menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan serta memperbanyakkan
lagi amal jariah. Sesungguhnya rezeki yang kita peroleh sebagai 'jambatan'
untuk kita agih agihkan kepada mereka yang memerlukan.
Marilah kita sama sama memperbanyakkan amal jariah untuk bekalan saham akhirat
kelak. Semoga Allah SWT memurahkan rezeki dan memperkenankan doa doa kita
semua.
Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ Email : salmiah80@gmail.com
Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop danFacebook saya juga, kalau sudi add la saya :)