Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget

Thursday, 17 April 2014

Masalah Kencing Kotor Semasa Hamil



Masalah kencing kotor sewaktu hamil dianggarkan berlaku di dalam
hampir 30 peratus wanita hamil… Ia sering terjadi pada wanita hamil 
kerana tekanan yang berlaku pada struktur pundi kencing akibat dari rahim yang membesar.Akibatnya air kencing tidak dapat keluar dengan sempurna menyebabkan ia bertakung dan kuman pula senang membiak.


Gejala dan Tanda

Sakit ketika buang air kecil
Kerap buang air kecil
Tidak dapat menahan kencing dengan baik
Terdapat darah atau mukus dalam air kencing (urin)
Rasa kejang dan sakit di bahagian bawah abdomen
Sakit ketika 'bersama' suami
Sejuk, menggigil, berpeluh, air kencing bocor
Terjaga dari tidur untuk terkencing
Air kencing semakin bertambah atau berkurang
Air kencing warna gelap, berbau busuk daripada biasa
Sakit di bahagian pundi kencing
Jika bakteria telah merebak sehingga ke buah pinggang, anda akan merasa sakit belakang, menggigil, demam, sejuk, muntah dan loya

Jika keadaan ini berlaku, doktor akan melakukan :


Pemeriksaan air kencing di makmal untuk memastikan adanya “jangkitan” dalam sampel air kencing. Ujian ini dikenali sebagai UFEME dan urine C&S.

Memberi antibiotik yang sesuai dengan keadaan ibu yang sedang hamil.

Memberi ubat seperti ural untuk menukar pH air kencing ke tahap alkali.


Masalah jangkitan air kencing boleh mendatangkan komplikasi jika tidak
dirawat dengan sebaik-baiknya.
Di antara komplikasinya ialah jangkitan merebak ke ginjal ibu hamil (pyelonephritis).. kuman akan merebak kepada bayi dalam kandungan dan boleh menyebabkan masalah kelahiran pramatang.

Langkah Pencegahan

Minum 6 hingga 8 gelas air kosong sehari
Jus cranberry tanpa gula mungkin juga membantu
kurangkan makanan berproses, jus buah, kafein, dan gula
Terus buang air jika terasa ingin membuang air dan kosongkan sepenuhnya pundi kencing anda (anda boleh berdehem)
Kencing sebelum dan selepas hubungan seks (intercourse)
Jika sedang jalani rawatan UTI, hentikan sementara hubungan seks
Blot dry sisa-sisa air di kemaluan, jangan lap (terutamanya lap dari belakang ke depan).
Elakkan sabun yang kuat, douches, pencuci wanita dan juga bedak
Tukar kerap saluar dalam
Pakai seluar dalam yg selesa dan tidak ketat daripada kain kapas
Jangan berendam dalam bath tub lebih daripada 30 minit / lebih 2 kali sehari

Oleh yang demikian.. pastikan ibu hamil mengikuti nasihat yang doktor berikan.
Dalam masa yang sama… habiskan ubat-ubat yang diberi. Tidak ketinggalan juga… jangan lupa mengikuti rawatan susulan klinik antenatal sehinggalah selamat melahirkan bayi nanti..



 
Hubungi saya segera:

Untuk maklumat lanjut
Free consultation
Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
 SMS | Call : 019-8769412
 Shaklee ID : 949800
 Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop danFacebook saya juga, kalau sudi add la saya :)

No comments:

Post a Comment