Petua Kesuburan - Perkara Yang Perlu Dielakkan Jika Sedang Cuba Untuk Mengandung
Selalunya
dalam usaha mendapatkan anak @ zuriat..
kita akan sibuk cari petua-petua dan
tips-tips yang mungkin membantu… Ramai lebih berminat nak tau apa doa-doa dan
zikir yang sesuai diamalkan atau ada
yang lebih berminat mencari ubat atau makanan yang boleh meningkatkan kesuburan
seperti Set Kesuburan Shaklee… Tapi jangan lupa.. sebagai salah satu usaha nak
dapatkan zuriat.. kena juga kita tahu apa perkara-perkara, makanan-makanan dan
tabiat-tabiat yang patut dijauhi, dielakkan dan dikurangkan. Kalau orang
kampung kata 'pantang-larang' yang kena diikuti bagi mereka yang merancang
untuk hamil….
Antaranya:
Kafein
Kadar
kafein yang tinggi dalam makanan/ minuman dikatakan boleh mengurangkan kadar
kesuburan wanita. Jika anda sedang merancang kehamilan, mengurangkan
pengambilan kafein mungkin membantu anda. Walaupun terdapat pelbagai pendapat
perubatan mengenai isu ini, salah satu kajian mendapati pengambilan satu cawan
kopi sehari boleh mengurangkan separuh kadar kesuburan.
Dadah/ ubat-ubatan sintetik
Ubat
sintetik seperti sesetangah pil penahan sakit dan antibiotik boleh menurunkan
kadar kesuburan. Ubat penahan sakit contohnya akan menyebabkan ovulasi
terganggu dan mengganggu sistem imun tubuh. Ubat antihistamin pula dikatakan
akan mengganggu pembentukan sperma dan mengeringkan rembesan servik (yang boleh
mengganggu pergerakan sperma). Dadah terlarang seperti Marijuana, kokain dan
sebagainya boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan
merosakkan otak bayi
Toksin
Lelaki
dan wanita zaman sekarang terdedah kepada toksin akibat penggunaan racun
serangga dan tumbuhan, penggunaan bahan kimia dalam pencuci di rumah dan cat
serta pendedahan kepada persekitaran yang tercemar. Toksin boleh mengganggu
kesuburan. (Baca info mengenai Detoks di sini)
Nikotin
Ramai
dah sedia maklum kesan nikotin kepada bayi yang dikandung (seperti keguguran,
kecacatan dan berat badan kurang semasa dilahirkan). Tapi mungkin tak ramai
sedar nikotin juga boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun dan mengurangkan
peluang untuk hamil. Walaupun bakal ibu atau bapa tidak merokok, tetapi sebagai
perokok pasif pun nikotin boleh memberi kesan kepada kadar kesuburan anda
Alkohol
Alkohol
sememangnya tidak boleh diambil sama sekali oleh Muslim. Ia didapati mengganggu
keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi.
Pengambilan alkohol yang sangat tinggi boleh menyebabkan kecacatan
Mandian
air panas
Memang
seronok dapat berendam dalam tub mandi yang dipenuhi dengan air panas atau
berada di bawah pancuran air panas. Tapi awas! suhu yang tinggi boleh
merosakkan kualiti sperma. Elakkan berendam terlalu lama dalam mandian air
panas atau laraskan kepada suhu yang lebih rendah.
Pencuci
Intim Wanita
Mungkin
ramai yang suka gunakan pencuci intim wanita yang ada di pasaran sekarang.
Memang best sebab baunya wangi, cucian pun rasa segar dan bersih. Tapi
berhati-hati juga kerana cucian yang terlalu kerap boleh 'mengeringkan',
mengurangkan cecair serviks dan mengubah pH vagina seterusnya boleh
menyebabkan penyakit keradangan pelvik yang boleh menjejaskan kesuburan
terutamanya cucian yang menggunakan kaedah 'douching'
Diet
Elakkan
mengawal diet anda secara ekstrem ketika cuba untuk hamil. Ia akan mengganggu
sistem tubuh dan hormon anda, seterusnya mengurangkan kesuburan
Berat
badan tidak ideal
12%
kes ketidaksuburan yang dilaporkan adalah berpunca dari masalah berat badan.
Jika anda kurang berat badan (underweight) disebabkan pemakanan tak
seimbang atau terlalu aktif - kitar haid akan terganggu kerana 22% lemak badan
diperlukan untuk ovulasi yang normal dan kesihatan reproduksi. Sebaliknya,
berat badan berlebihan (overweight) boleh mengubah hormon secara
kimia dan menghalang proses kehamilan. Tapi berita baik bagi masalah ini ialah
- kadar kesuburan dapat dipulihkan kepada normal dengan segera setelah anda
mendapat berat badan ideal.
Terlalu
aktif sukan/ aktiviti fizikal
Ahli
sukan wanita didapati kerap mengalami masalah kesuburan akibat kitaran haid
yang tidak normal. Jika anda seorang yang sangat aktif bersukan/ melakukan
aktiviti fizikal/ aktiviti ekstrem, berbincanglah dengan doktor mengenai
kesannya terhadap kesuburan sekiranya ada.
Seluar
dalam ketat
Testikel
lelaki perlu berada pada suhu yang lebih rendah dan tidak boleh dibiarkan
berada dalam suhu yang tinggi. Memakai seluar dalam ketat mungkin boleh
mengganggu kesihatan reproduksi lelaki.
TIPS MENINGKATKAN KESUBURAN DARI DR. HAMID ARSHAT:
1.
Doa dengan bersungguh-sungguh
2. Berusaha untuk menurunkan berat badan
3. Bersenam selama 30 minit setiap hari
4. Ambil supplement multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Folik
5. Tenangkan jiwa dan emosi
6. Setiap rawatan memerlukan tempoh 3 hingga 6 bulan untuk keberkesanannya
2. Berusaha untuk menurunkan berat badan
3. Bersenam selama 30 minit setiap hari
4. Ambil supplement multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Folik
5. Tenangkan jiwa dan emosi
6. Setiap rawatan memerlukan tempoh 3 hingga 6 bulan untuk keberkesanannya
Zuriat
adalah anugerah dan rezeki dari Allah SWT… Kita sebagai manusia perlu terus
berusaha tanpa jemu… jangan lupa berdoa dan bertawakal kepada Allah agar penantian
kita untuk memperolehi zuriat diperkenankan oleh Allah yang Maha Berkuasa.
InshaAllah.
Hubungi saya segera untuk dapatkan suplemen Anda:
Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
Salmiah Othman
♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ FB Page : http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email : salmiah80@gmail.com
Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop danFacebook saya juga, kalau sudi add la saya :)