Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget

Saturday, 17 May 2014

Kebaikan Dan Kelebihan Minum Air Masak

Tidak dinafikan kita digalakkan untuk minum 8 gelas air sehari. Sebenarnya, minum air masak sangat penting untuk mengekalkan kesihatan badan. Banyak kelebihan minum air yang boleh kita perolehi.

1. Minum air boleh mengurangkan berat.
Air yang kita minum boleh membantu membuang semua lemak yang dibuang melalui pemakanan apa-apa jenis produk. Ia juga membuatkan kita kenyang, dan mengurangkan selera makan.

2. Petua Semulajadi menghilangkan sakit kepala.
Minum air boleh membantu melegakan sakit kepala dan sakit belakang kerana terhidrasi (kekurangan air dalam badan). Walaupun, ia tidak semestinya tepat, namun sememangnya salah satu punca sakit kepala adalah kurang minum air.

3. Awet Muda
Apabila kulit kita cukup kandungan air, ia kelihatan segar dan membuatkan kita awet muda. Auw. Air membantu menyegarkan tisu kulit, melembabkan kulit dan mengekalkan kekenyalan kulit.

4. Meningkatkan Produktiviti ketika bekerja.
Hampir keseluruhan struktur otak dibina dengan air. Pengambilan air yang cukup akan membuatkan kita berfikir dengan lebih baik, lebih peka dan dan lebih fokus.

5. Dapat bersenam dengan lebih baik.
Air dapat mengawal suhu badan. Minum air yang cukup menyebabkan anda akan lebih bertenaga ketika senaman. Air juga mampu melicinkan pergerakan otot.

6. Membantu dalam penghadaman dan Mengelakkan sembelit.
Minum air yang cukup membantu meningkatkan metabolisma badan kerana ia membantu penghadaman. Air dan serat saling memerlukan untuk menghasilkan kesan 'pembuangan' yang selesa.

7. Mengurangkan kekejangan otot.
Air yang cukup membantu melincirkan pergerakan otot dan sendi, seterusnya mengurangkan kekejangan otot.

8. Kurang dijangkiti penyakit dan sentiasa sihat.
Minum air yang banyak boleh membantu mengawal demam dan penyakit lain seperti batu karang dan serangan jantung. Air yang dicampur dengan lemon boleh dijadikan penawar untuk penyakit berkaitan pernafasan, rheumatism dan arthritis. Dengan kata lain, minum air yang cukup boleh meningkatkan imunisasi badan.

9. Mengurangkan keletihan
Badan kita menggunakan air untuk membuang toksin dan bahan buangan lain dalam badan. Jika badan kurang air, jantung perlu bekerja lebih untuk mengepam darah beroksigen keseluruh organ badan, dan ia menyebabkan badan kita cepat letih.

10. Mengurangkan risiko barah. 
Terdapat kajian yang mendapati, minum air yang banyak boleh mengurangkan risiko barah usus dan barah pundi kencing. Air melarutkan kepekatan unsur pembawa barah.

Waktu paling sesuai minum air

❋ Minum dua gelas air masak - Selepas bangun tidur membantu mengaktifkan organ dalaman.
❋ Minum segelas air masak - 30 minit sebelum makan. Membantu penghadaman dan perut lebih ruang untuk isi makanan.
❋ Minum segelas air masak - Sebelum mandi. Membantu proses pengaliran darah dan menurunkan tekanan darah.
❋ Minum segelas air masak - Sebelum tidur. Mengelakkan terkena strok/ ahmar atau serangan jantung ketika tidur


Itulah khasiat dan kebaikan air putih ini atau lebih di kenali air masak atau air kosong. 
Saya yakin ramai yang tahu akan kebaikan minum air masak nie…tapi ramai yang tak sanggup nak buat sebab komitmen yang sangat hebat untuk ke toilet..Tapi percayalah..untuk sesiapa  yang sangat menjaga kecantikan & kesiahatan diri..minumlah air masak sekerap yang mungkin…Mari kita sama-sama berusaha untuk minum air masak sahaja dan kurangkan minuman berais untuk sentiasa sihat.



Your Shaklee Independent Distributor

Salmiah Othman
 SMS | Call : 019-8769412
 Shaklee ID : 949800
 Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga, kalau sudi add la saya :)

No comments:

Post a Comment