Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget

Monday, 26 May 2014

Kebaikan dan Khasiat Vita C : Kecergasan Sepanjang Hari


Assalamualaikum dan salam sayang semua pengunjung Mamaanisshop…

Apa khabar semua pagi nie ??
semoga sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t selalu..
masih hujan di luar sana..
hujan rahmat dengan lebatnya..semoga rezeki kita pada pagi ini juga selebat2 hujan yang membasahi bumi Allah ini…amin Ya Rabb…

Pasti semua dah breaksfast kan pagi nie…nak mulakan tugas harian ..
jangan x ambil breaksfast ye..penting tu!!!..
seperti biasa saya awal-awal pagi dah ambil ESP + milo …
lepas breaksfast terus telan 1 biji vita c…

Inilah dia salah satu vitamin c yang terbaik yang
saya amalkan dan saya sarankan untuk anda cuba...


 
Kenapa perlu ambil vitamin C nie..
Meh nak cerita sikit tentang pentingnya ambil Vitamin C setiap hari…

Vitamin C dan Fungsinya
Ramai yang nak ambil vitamin c untuk kulit yang cantik.
Tapi tidak pernah ambil tahu apa yang ada dalam vitamin c kan? Kadang-kadang ada yang tertipu dengan vitamin c palsu. Bila dengar sahaja vitamin c terus percaya tanpa selidik adalah ianya mendapat kelulusan KKM dan juga halal.

Kita baca apa sebenarnya kandungan dalam vitamin C ini.

Vitamin c juga dikenali sebagai ascorbic asid. Ianya adalah vitamin larut air di mana mudah hilang melalui urin bila kita membuang air kecil. Disebabkan ianya tidak dapat bertahan lama dalam badan, maka perlulah kita mengambil vitamin C untuk menggantikan vitamin c yang hilang tadi.

Kepentingan Vitamin C
Ianya adalah penting untuk memperbaiki tisu-tisu yang rosak dan juga untuk perkembangan tisu seluruh badan kita.
Ianya digunakan untuk merawat luka dan menyembuhkan parut-parut akibat tisu yang rosak. Sebab itu tidak hairanlah kulit yang tidak bermaya boleh menjadi lebih berseri dengan pengambilan vitamin c kerana ianya memperbaiki kembali tisu-tisu yang rosak.

Vitamin C Sebagai Antioksidan
Apa kepentingan antioksidan ini? Ianya berfungsi menghalang radikal bebas di persekitaran kita. Radikal bebas boleh memusnahkan dan mengganggu sel-sel kita. Pendedahan yang berpanjangan pada radikal bebas boleh meyebabkan proses penuaan menjadi lagi cepat…. maka kulit akan rosak diawal usia.

Makanan Yang Mengandungi Vitamin C
Buah kiwi
Oren
Mangga
Nenas
Strawberi
Brokoli
Tomato
Kubis

Dari makanan ini juga kita boleh mendapatkan vitamin c tetapi proses
memasak juga akan menyebabkan kehilangan nutrien ini malah adakalanya memusnahkan kesemua vitamin c yang ada.

Kesan Kekurangan Vitamin C
Gusi berdarah
Luka lambat sembuh
Kulit kering dan kasar
Rambut kering dan Bercabang
Sakit sendi

Vitamin C Shaklee.. 
adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam... Oleh itu.. ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan...Nak dapatkan Vitamin C shaklee nie??..jom hubungi saya...



Untuk maklumat lanjut & Free consultation

Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
 SMS | Call : 019-8769412
 Shaklee ID : 949800
 Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga, kalau sudi add la saya :)

No comments:

Post a Comment