Kelebihan Bulan Rejab
Rejablah masanya bulan menabur benih.
Amalan pada Rejab dapat menyucikan badan dan pahala amalan baik dalam bulan ini
dilipat-gandakan.
♧ Rejab adalah
bulan Allah, bulan maghfirah (keampunan) dan bulan bertaubat.
♧ Di dalam
bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah
akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
♧ Sesiapa
meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam Rejab,
diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
♧ Kelebihan
Rejab daripada bulan lain seperti kelebihan al-Quran daripada kitab lain.
♧ Seseorang
yang memuliakan bulan Rejab, maka Allah akan muliakannya dengan seribu
kemuliaan di hari kiamat.
♧ Rejab adalah
pembukaan kepada bulan kebaikan dan berkat. Jika tahun diibaratkan sebagai
pohon, Rejab ibarat waktu bercucuk-tanam dan keluarnya daun.
Rasulullah SAW bersabda: “Rejab adalah
bulan bertanam, maka berniagalah kamu semoga Allah merahmati kamu pada bulan
Rejab kerana ia adalah musim untuk berniaga dan makmurkanlah waktu kamu (dengan
beramal) dalamnya kerana ia adalah waktu berbuat amal.”
Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin
dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan
kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.
Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi
mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh
seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah
kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah
perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”
Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah
ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat.
Beberapa amalan yang baik dilakukan
dalam bulan Rejab ialah:
♧ Menyucikan
diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
♧ Meneguhkan
jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
♧ Membersihkan
hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
♧ Mendekatkan
diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
♧ Mohon
keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
♧ Menginsafkan
diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan
perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
Sharing is Caring...
Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
Salmiah Othman
♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ FB Page : http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email : salmiah80@gmail.com
Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop danFacebook saya juga, kalau sudi add la saya :)