Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat
Terdapat
beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh
Rasulullah
sallAllahu ‘alaihi wasallam bagi sesiapa yang
membaca surah
al-Kahfi pada hari Jumaat..
Antara
kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara
Jumaat dengan
Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi
fitnah
al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
Berikut adalah
beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:
Imam
Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda:
“Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka
terhindar daripada Al-Dajjal.”
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad berkata
: ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh
ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.”
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al
Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca awal
dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya
dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit
dan bumi.”
[
Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada
Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : ”Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi
pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke
langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
[
Hadis Riwayat Ibnu Katsir]