Masalah Sembelit Selepas Melahirkan
Sebenarnya
masalah sembelit ini bukan saja dialami ketika hamil…
Bahkan ianya boleh
berlarutan sehingga selepas kelahiran iaitu ketika proses berpantang….Kebanyakan
wanita yang baru bergelar ibu mengalami masalah sukar membuang air besar
terutama pada minggu pertama selepas bersalin...
Rasa bimbang tentang luka dan
jahitan potongan (episiotomi) pada perineum membuatkan ramai ibu takut untuk ke
tandas…
Saya sendiri
mengalami trauma dan kebimbangan yang sama selepas melahirkan anak sehinggakan
saya sanggup menahan diri dari membuang air besar semasa melahirkan anak saya
yang sulung..sehingga menyebabkan saya turut mengalami masalah kencing kotor…
Sebenarnya
dengan menahan diri dari membuang air besar sehingga berhari2 lamanya, akan
mengundang padah yang lebih besar kerana boleh menyebabkan sembelit lebih teruk
dan buasir berdarah… Semua ini saya telah alaminya sendiri dan sangat
menyeksakan. Saya terpaksa menghabiskan masa berjam-jam di dalam tandas kerana
terlalu takut untuk membuang air besar…. Dan sememangnya ianya sangat
menyakitkan…Masa nie tak kenal lagi Produk Shaklee..hehe
Walau
bagaimanapun sebenarnya ia adalah perkara biasa yang berlaku. Selain daripada
kebimbangan luka jahitan akan terbuka atau takut meneran… terdapat beberapa
faktor fizikal menyebabkan pergerakan usus menjadi agak perlahan dan
menyebabkan sembelit.
Jumlah
progesteron yang tinggi mungkin menyebabkan masalah sembelit semasa hamil.
Cara mengatasi
sembelit?
♥ Amalkan rutin
pengambilan makanan dan minuman yang teratur selepas sahaja melahirkan bayi.
Banyakkan makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan dan minum
banyak cecair (air dan sup).
♥ Cecair
membantu menjadikan najis lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Suasana
dalam hospital adalah sangat kering dan anda boleh ternyahhidrat tanpa
disedari. Selain itu, menyusukan bayi boleh membuat anda dahaga, jadi ibu perlu
banyak minum.
♥ Bangunlah
daripada katil (apabila sudah kuat) selepas bersalin dan berjalan secara dekat
dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah.
Duduk atau berbaring dalam jangka masa yang lama hanya membuatkan masalah
sembelit lebih teruk.
♥ Apabila
perasaan hendak membuang air besar mula terasa, jangan abaikan, sebaiknya
segera ke tandas. Duduk sepenuhnya di mangkuk tandas dan jangan menenggek.
♥ Luruskan
belakang anda dan angkat lutut agar lebih tinggi daripada punggung. Jika boleh,
letakkan kaki di atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki.
Letakkan siku di atas lutut. Tujuannya supaya berada dalam posisi yang paling
mirip dengan mencangkung kerana ia cara yang paling baik untuk menggerakkan
usus. Setengah wanita mendapati lebih senang menggunakan bekas najis bayi
apabila kembali ke rumah atas sebab ini!
♥ Rebahkan diri,
kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut anda.
Anda patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.
♥ Ambil tuala wanita
dan lipat dua, letakkannya atas perineum anda dan tutup sebarang jahitan, jika
ada dan tekan dari depan supaya tidak terlucut. Membuat sebegini membantu
menyokong lantai pelvis dan meyakinkan anda yang jahitan tidak akan koyak
(ia tidak akan berlaku!).
Apabila
saraf-saraf di dalam perineum sudah sembuh.. anda mungkin terasa sakit
bila menggerakkan usus. Ini adalah kerana perineum dan lantai pelvis turut
bergerak ke bawah bila anda meneran. Menahan bahagian ini akan mengelakkannya
daripada berlaku dan akan banyak melegakan kesakitan.
Menolak dan
meneran tidak akan membantu masalah sembelit dan mungkin menyebabkan kesakitan.
Tapi ia tidak akan mengoyakkan jahitan anda.
Jika makan
sesuatu atau meminum segelas besar air atau jus, anda akan merasakan desakan yang
lebih kuat untuk ke tandas. Ini selalunya berlaku dalam 15 hingga 30 minit
kemudian.Sebaik saja anda selesai makan dan minum, jangan duduk, sebaiknya
berjalan-jalan di dalam rumah seketika.
Namun jika tiada apa-apa berlaku selepas tiga hari, anda perlu berjumpa doktor dan doktor mungkin mengesyorkan ubat julap… Julap adalah berguna dan selamat untuk mendapatkan kelegaan jangka pendek. Ia bertindak dengan merangsang rentak semulajadi usus anda, tapi boleh menyebabkan kekejangan perut.
Selalunya
doktor akan mengesyorkan julap cecair untuk diminum sebagai langkah pertama.
Jika ini kurang berkesan menjelang tiga atau empat hari, supositori atau enema
pakai buang yang kecil boleh membantu.
Jangan membeli sendiri ubat julap di farmasi tanpa preskripsi daripada doktor kerana pengambilan ubat julap bergantung kepada sama ada anda mengambil ubat-ubat lain, atau menyusukan bayi.
Langkah
terbaik… anda boleh mencuba Ostematrix Shaklee yang berfungsi bukan sahaja
sebagai kalsium, bahkan sebagai pelawas yang mebantu ibu2 untuk membuang air
besar dengan lebih mudah. Osteomatrix ini terdapat di dalam SET BERPANTANG SHAKLEE yang melengkapkan semua keperluan yang diperlukan
oleh ibu ketika berpantang.
Untuk maklumat lanjut &
Free consultation
Hubungi :
Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
Salmiah Othman
♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ Email : salmiah80@gmail.com
Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga, kalau sudi add la saya :)