Selsema Menyukarkan Bayi Bernafas : Bagaimana Mengatasinya??
Selesema memang penyakit biasa, namun
jika menyerang bayi baru lahir,
panik juga dibuatnya apatah lagi jika ia
pertama kali berlaku. Bayi akan merengek tanda tidak selesa kerana hidungnya
tersumbat. Akibatnya dia sukar untuk menyusu.
Jangan risau kerana jika diserang selesema
biasa ia selalunya tidak serius. Para pakar menganggarkan kebanyakan bayi akan
menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertama
kehidupannya.
Selesema adalah jangkitan bahagian atas
saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. Ia mudah tersebar
apabila orang yang selesema bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara
untuk dijangkiti oleh orang lain. Bayi cenderung untuk dijangkiti dengan mudah
kerana semasa lahir sistem imuniti yang berfungsi hanya sebanyak 60 peratus
sahaja.
Bayi yang menghidap selesema tidak
boleh bernafas melalui hidung kerana tersumbat oleh mukus. Ini membuatkan
mereka tidak selesa dan asyik meragam. Jika selesema berlaku di kalangan
kanak-kanak, anda boleh memberikan mereka lebih banyak jus buah-buahan yang
kaya dengan vitamin C.
Bagi ibu yang menyusukan bayi, bolehlah
mengambil lebih banyak vitamin c contohnya dari buah- buahan ataupun boleh
mengambil supplement vita c agar bayi yang menyusu itu mendapat khasiat dari si
ibu..
Jangan berikan sebarang ubat selesema
tanpa berunding dengan pakar pediatrik terlebih dahulu. Berikut cara untuk
melegakan ketidakselesaan bayi atau kanak-kanak yang selesema.
*Jika hidung bayi tersumbat, tinggikan
bahagian pembaringannya dengan meletakkan tuala di bawahnya. Jangan gunakan
bantal untuk meninggikan kepala bayi kerana ia boleh menyebabkan gejala
mati lemas.
*Bayi terlalu kecil untuk menghembus
hidungnya sendiri, jadi sentiasa lap hidungnya supaya boleh bernafas dengan
lebih mudah.
*Anda juga boleh menggunakan alat
penyedut yang banyak dijual di farmasi untuk mengeluarkan mukus yang menyumbat
hidung bayi.
Cara terbaik untuk mencegah bayi
daripada serangan selesema iaitu berikan si kecil susu ibu sejak dia lahir. Ia
dapat melindungi kesihatan bayi kerana selagi bayi menyusu badan, dia mendapat
antibodi ibu dan imunisasi secara semula jadi. Sekiranya bayi jatuh sakit,
penyakit tersebut ringan dan tidak berpanjangan.
Lindungi bayi daripada ahli keluarga
yang sakit turut membantu mencegah jangkitan selesema. Jika mereka yang tidak
sihat, pastikan membasuh tangan sebelum menyentuh bayi atau barang-barangnya.
Jika bapa kepada bayi seorang perokok,
berhentilah dan elakkan mendedahkan bayi dengan persekitaran asap rokok. Anak
yang tinggal bersama perokok berisiko lebih tinggi untuk mudah dijangkiti
selesema berbanding bayi yang tidak terdedah kepada asap rokok.
Sumber: pa & ma
Klik untuk lihat info :
Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ FB Page : http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email : salmiah80@gmail.com
Salmiah Othman
♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ FB Page : http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email : salmiah80@gmail.com