Tanda-Tanda Hendak Bersalin
Ramai wanita
merasa bimbang dan tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin …
Adalah
penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat
persediaan untuk menghadapi saat-saat kelahiran… Pengalaman sakit bersalin nie berbeza-beza
bagi setiap wanita. ..Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang
air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.
Apakah
tanda-tanda hampir bersalin?
Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
Anda
mungkin terasa:
Sakit
di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
Kerap membuang
air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
Sakit perut,
memulas
Kerap buang
air besar
kerap
terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
Lendir pekat
seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
Lendir bercampur
darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam
atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit
belakang
Bayi beralih
dan menekan tulang belakang anda.
Untuk
mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi
jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas,
tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
Anda juga
boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan
kelahiran anda.
Jika sukar
untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa
anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban
Air ini
biasanya keluar dengan banyak dari vagina.
Warnanya
jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Bila Perlu ke Hospital??
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
Kontraksi 5
minit sekali selama 1 jam.
(datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda
pasti tak mahu bersalin dalam kereta)
Keluar air
ketuban.
Pergerakan
bayi menjadi kurang kerap.
Keluar darah
dari vagina.
Apa saja
masalah yang dialami.
Antara
tanda-tanda hendak melahirkan ialah:
1.Lightening (tak sure orang Melayu kita sebut apa)
1.Lightening (tak sure orang Melayu kita sebut apa)
Ini mengenai
proses di mana anak akan bergerak turun ke bahagian pelvis.
Kita panggil
proses ni sebagai 'lightening'.
Biasanya ia
berlaku beberapa minggu atau beberapa jam sebelum bersalin.
Masa ni
ibu-ibu akan lebih kerap rasa nak kencing sebab uterus kerap menekan pundi
kencing.
2.Pengeluaran lendir atau mukus
Ini berlaku
apabila serviks mula nak terbuka.
Mukus atau
lendir yang dikeluarkan akan keluar melalui vagina.
Warna lendir
tu ada yang pink, ada yang tak berwarna dan ada yang seakan-akan darah.
Waktu ni anda
mungkin dijangka bersalin lebih kurang lagi 1 minggu atau 2 minggu.
3.Contractions ( Kontraksi)
Sewaktu
contractions, abdomen atau perut si ibu akan mengeras..
Di antara
selang masa contractions berlaku, uterus akan relax dan abdomen akan lembut..
Tapi
contraction ni berbeza dari satu wanita dengan wanita yang lain.
Dan juga
berbeza pada kelahiran yang berbeza..
Melahirkan
anak pertama tak akan sama dengan melahirkan anak kedua dan seterusnya..
Biasanya
contractions ni akan menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan pada belakang
dan bawah abdomen di samping tekanan dalam pelvis..
Contractions
ni bergerak macam gelombang dari atas uterus kemudian ke bawah uterus
kepada bakal-bakal ibu…
saya mendoakan semoga semuanya selamat melahirkan bayi
yang comel dan sihat.. InshaAllah...
Untuk maklumat lanjut &
Free consultation
Free consultation
Hubungi :
Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ Email : salmiah80@gmail.com
Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga, kalau sudi add la saya :)
1 comments:
Write commentsMembaca artikel ni membuatkan saya cuak sebab teringat pengalaman melahirkan anak kedua..
ReplyRisiko Anemia Semasa Mengandung