Rezeki : Allah Yang Pegang

21:51 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum…

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan’.”(H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a..

 

Alhamdulillah..syukur kerana telah dipertemukan dengan bisnes Shaklee…yang memang tak pernah terlintas di fikiran untuk saya lakukan sebelum ini..tapi saya telah dapat banyak kebaikan sejak bersama bisnes Shaklee..semuanya dengan izin Allah…

Apa yang saya nak kongsikan di sini..BERDOA lah selalu padaNya..rezeki yang datang pada kita Allah yang pegang..Allah telah aturkan siap-siap..tinggal kita untuk berusaha dan meminta hanya kepadaNya…begitu juga dalam Shaklee..mula-mula saya nak join..banyak persoalan yang sering bermain di kepala..

"boleh ke aku buat bisnes nie”.. 
"macam mana nak buat bisnes..xde modal.."
"pandai ke aku nak share kat orang lain..ilmu tentang produk zero.."
"Ramai yang dah buat Shaklee..ada ke peluang untuk aku ??? "

ok..adakah hanya dengan berdoa saja kita akan dapat apa yang kita nak??..sudah pasti jawapannya TIDAK…Kita perlu ada USAHA…kena cari CARA..kena gali ILMU..kena BELAJAR..kena BERKORBAN..kena BUAT sesuatu…kena usaha sedaya upaya..dan sebaik-baiknya pada masa yang sama..mohon pada Allah dan bertawakkal…Allah akan bagi petunjuk dan jalan pada kita..inshaAllah…rezeki akan tiba pada kita cepat atau lambat jer..

Bersama Shaklee juga saya selalu didedahkan dengan amalan rohani untuk dapatkan rezeki yang lebih..hampir setiap masa mentor saya tekankan amalan rohani nie..buat Solat Dhuha..buat Solat Sunat Tahajud..Zikir..Baca Al-Mathurat..amalkan Surah Al-Waqiah..sedekah dan amalan-amalan sunat yang lain..Sebabnya??? Jawapannya senang je..Sebab rezeki itu Allah yang pegang..jadi..minta lah hanya padaNya…bukan saja dapat rezeki yang melimpah ruah..tapi ketenangan jiwa yang abadi…

Dari pengalaman saya sendiri..solat Dhuha..jika diamalkan selalu…pintu rezeki akan terbuka luas..InshaAllah..kalau tak setiap hari..dua tiga hari memang akan ada customer yang order dari saya..sebab saya yakin akan rezeki dari Allah..kalau bukan serta merta..mungkin akan datang..percayalah..sebab tu Solat Dhuha juga dikatakan magnet rezeki dan Alhamdulillah..rezeki saya bersama Shaklee telah banyak membantu saya dan suami…Subhanallah..

Rezeki.. Allah yang pegang.
Minta dengan Dia dulu..
baru usaha yang selebihnya…

Tips Kurus : Elak Gemuk Ketika Raya

00:16 1 Comments A+ a-



Alhamdulillah..pejam celik..tinggal 5 hari lagi kita akan menyambut hari raya..tak terasa Ramadhan semakin ke penghujungnya untuk tahun ini…rasanya mesti ramai yang punya misi turunkan berat badan masa puasa nie sudah  mencapai target…ada yang sampai turun 10kg sekaligus..wah!!!..mesti seronok kan?? baju pun semua dah longgar…

Haa..nanti tidak mustahil ada yang merungut berat badan semakin bertambah selepas raya ini..baju pulak ketat balik..hehe..mana tidaknya..makanan yang terhidang semuanya sedap-sedap… Maklum sahaja.. setiap hari raya kita sudah tentu akan dijamu pelbagai makanan yang berat-berat seperti lemang.. nasi himpit.. rendang.. ketupat dan sebagainya...Sudah tentu kebanyakan kita tidak akan melepaskan peluang tersebut… takkan nak tengok jer kan..bila dah makan..tak sedar dah terlajak makan.. 


Semua makanan nie punyai kalori yang tinggi yang boleh menyebabkan anda mengalami penambahan berat badan lebih kurang 2-3kg semasa hari raya..
Memang banyak godaannya untuk menolak makanan yang terhidang..lebih-lebih lagi hari raya di negara kita ..ramai yang buat rumah terbuka….Kita boleh ambil peluang tersebut tetapi secara berhemah dan berhati-hati…

Di sini saya nak kongsi dengan anda beberapa tips elak gemuk di hari raya…

Rancang waktu makan

Setelah berpuasa selama sebulan...sistem pencernaan perut telah direhatkan. Bayangkan keadaan perut kita yang telah lama berehat dan secara mengejut diberi makanan yang banyak tanpa henti. Ini boleh mendatangkan masalah kepada perut kita...Jadi..saya nasihatkan anda merancang pemakanan dengan makan secara berperingkat…Jangan makan dalam kuantiti yang banyak pada hari raya pertama… Beri masa untuk perut anda kembali beroperasi secara normal…

Kawal saiz pemakanan

Bagaimana nak kawal saiz pemakanan? Senang jer.. Gunakan pinggan yang kecil ketika mengambil makanan.. Ini merupakan cara disiplin yang dikatakan mampu mengawal saiz makanan kita... Kalau guna pinggan yang besar mesti kuantiti makanan yang diambil juga bertambah banyak…Dengan makan makanan dalam jumlah yang sedikit dan terkawal..akan member peluang kepada system penghadaman untuk berfungsi dengan baik…
 
Kurangkan Pengambilan Gula @ Makanan Yang Manis


Makanan mengandungi gula berlebihan sememangnya adalah makanan yang perlu dielakkan buat anda yang ingin mengekalkan tubuh badan yang langsing dan sihat…Sebolehnya kurangkan makan kuih raya yang banyak.. dan elak dari meminum air yang bergas… Seperti yang kita tahu, soft drinks adalah sejuk.. segar dan manis. Tapi apa yang anda tidak tahu,..minuman ini hampir tidak mempunyai walau sedikit khasiat pun kepada tubuh… Malah kandungan gula di dalam air ini berada di paras sangat bahaya.  Jadi.. gantikan air ini dengan pengambilan air putih dan juga jus buah-buahan jika anda memerlukan gula…

Minum air masak @ air kosong

Dah makan makanan yang banyak-banyak tue..jangan pula lupa minum air kosong..ini untuk mengelak sembelit semasa hari raya nanti..
 
Senaman Ringkas


Perkara ini adalah perkara paling wajib untuk kekal sihat… Curilah masa sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari untuk anda lakukan senaman ringkas di  rumah… Lakukan senaman anda secara berjadual.

Amalkan konsep, berhenti sebelum kenyang

Sunnah Nabi. .Jom follow? Dapat pahala … Kata tak nak gemuk kan? Ikut je..

Macam mana dengan tips-tips di atas..boleh ikut tak..inshaAllah boleh kan ??..Nak berat maintain kan ??..Tetapi sebenarnya ramai yang tak dapat nak control pemakanan time hari raya nie..termasuklah saya sendiri..Tapi saya tak risau..sebab saya ada senjata rahsia nie…haa..nie tips yang terakhir yang saya nak kongsikan untuk anda semua…iaitu :

Pengambilan suplemen @ Set Slimming Shaklee

Haa.. ni yang paling best…Set yang dapat membantu anda untuk kekal slim dan sihat 


Herblax : Mencuci usus, membantu masalah sembelit
Alfalfa : Mencuci seluruh badan, mengurangkan retensi air dan sebagai fiber untuk mengangkut keluar lemak dari badan.
Lecithin dan Omega Guard : Memecah dan membakar lemak
Esp dan Cinch : Memberi rasa kenyang untuk mengelakkan makan secara berlebihan

Suplemen nie memang sentiasa standby dalam beg saya..Jadi..saya nak syorkan pada anda semua juga untuk miliki Set ini..:)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b9d0cdbab65a298d077a7b9794f97cd5


Untuk maklumat lanjut &
Free consultation

Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
 SMS | Call : 019-8769412
 Shaklee ID : 949800
 Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga, kalau sudi add la saya :)