Mengira Waktu Subur Wanita
Assalamualaikum dan selamat petang…
Perkongsian petang nie…cara mengira waktu subur wanita..semoga
bermanfaat untuk semua…
Kenapa Anda Perlu Tahu Waktu Subur Wanita?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda
sebarkan dan digunakan secara praktikal.
Fahami Kitaran Haid
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan
payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap
bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya
sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya
ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu
memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini
darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia
adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu
ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda
setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh
mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen
meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim
dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang
berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi
berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan
mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini
sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia
disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur
dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes
daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin
menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan
berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin.
Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik
untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana
ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih
kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal
bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your
previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur
ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur.
Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah
hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari
ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya
tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh
berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang
seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk
mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya
masalah mengira waktu subur.
Cara Lain Mengetahui Waktu Subur
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu
darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan.
ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit
untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita ..
Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang
panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan
zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan
yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang
lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna,
sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas
waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup
lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama
setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12,
13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya
period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada
hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya
tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan
waktu bersama anda.
Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat…ada pasangan yang ingin
mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah
berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh
tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan
tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di
dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas
hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun
terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur.
Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang
saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang
tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri
menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak
daripada bersama.
Selamat Mencuba!
Credit : Drazwan.blogspot
Set Kesuburan Suami Isteri
Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
Salmiah Othman
( SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
*FB Page : http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email : salmiah80@gmail.com
Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di
Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga, kalau sudi add la saya :)