Tips Berpuasa Ketika Hamil
Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
Hari nie telah 17 hari kita berpuasa..Bagaimana dengan mummy2 yang sedang hamil..alhamdulillah kalau masih bertahan..Tentu banyak persoalan yang sering timbul di kalangan ibu hamil mengenai puasa..bolehkah ibu hamil berpuasa ...??
Tiada halangan yang menyekat ibu hamil untuk berpuasa...Tidak kira pada peringkat awal kehamilan ataupun peringkat akhir kehamilan ...Asalkan ibu berkenaan sihat tanpa penyakit kronik yang membahayakan kesihatan...mereka boleh berpuasa seperti orang lain..Dalam Islam dibolehkan mereka tidak berpuasa sekiranya memudaratkan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan... walaubagaimanapun..menjalani ibadah puasa semasa
hamil agak mencabar terutamanya buat ibu dan suami...Kesabaran yang tinggi dan
pemantauan kesihatan harus diutamakan...
Ibu hamil boleh mengikut tips ini ketika berpuasa:
Jalani puasa dengan niat dan tekad yang bulat dan ikhlas agar hari-hari
berpuasa terasa ringan dan membahagiakan meskipun sedang hamil.
Dapatkan Istirehat yang mencukupi.
Cuba tidur sebentar
antara waktu rehat atau 30 minit sebelum Zohor.
Kurangkan aktiviti yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak atau
memikirkan perkara yang berat dan memenatkan…
Seboleh mungkin hindari stres dan buang jauh kebiasaan/dorongan untuk marah.
Ketika Sahur
1. Pilih makanan yang mengandungi tinggi protein dan lemak dalam jumlah yang mencukupi. Kedua jenis zat gizi ini dapat bertahan lebih lama dan dapat melambatkan rasa lapar di siang hari. Sebaiknya ibu hamil mengambil makanan berasaskan daging. Daging adalah makanan yang mengandung kalori dan protein tinggi yang mampu disimpan didalam tubuh dalam tempoh yang lama. ESP ialah minuman berprotein tinggi.
2. Ambil makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Zinc.
3. Elakkan memakan makanan yang manis semasa sahur agar tubuh tidak cepat merasa lapar akibat insulin shock.
4. Sebaiknya usahakan meminum air putih / air kosong sebanyak-banyaknya
sehingga tamat tempoh bersahur. Ambil sekurang-kurangnya dua liter air kosong
sehari dan ditambah dengan segelas susu. Minum segelas susu semasa sahur dapat
mengurangkan ancaman anemia (kurang darah) bagi ibu hamil. Kan tetapi, jangan
minum air secara banyak sekaligus, ini akan menyebabkan cepat kembung dan rasa
hendak pitam
5. Ambil Set Puasa Shaklee, banyak membantu. Klik Set Berpuasa Shaklee
Segera berbuka puasa jika
ibu hamil mengalami:
Muntah-muntah lebih dari 3
kali yang dikhuatiri menyebabkan terjadinya dehidrasi (kurang air dalam badan).
Mengalami diaera (sakit
perut) yang diikuti rasa memulas.
Pendarahan yang disebabkan
oleh pecahnya pembuluh darah petanda kondisi tubuh sudah tidak stabil
Pitam, pening diikuti
dengan mata yang berkunang-kunang petanda hipoglikemia (gula rendah) dikhuatiri
janin mengalami kekurangan gizi.
Peluh berlebihan; khususnya
peluh dingin petanda bahawa kondisi fizikal ibu hamil sudah tidak kuat lagi
untuk berpuasa
Ketika Berbuka
1. Berbuka dengan minuman
hangat dan manis untuk meningkatkan kadar gula dalam darah, tetapi ibu hamil
juga harus tetap menghadkan makanan dan minuman yang manis. Tapi
ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan
akibat buruk bagi perut anda.
2. Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
3. Seterusnya ambil makanan yang mengandung karbohidrat ringkas yang lebih mudah diserap tubuh, seperti kurma.
4. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin.
5. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik.
6. Setelah solat maghrib, makanlah dengan kadar yang lebih besar, tetapi jangan terlalu berlebihan, makan secukupnya sahaja. Usahakan untuk mengambil makanan walaupun sedikit setelah Solat Terawih.
7. Ambil minuman panas seperti susu sebelum anda tidur.
8. Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.
9. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
10. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
11. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.
12. Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.
Semoga dipermudahkan urusan untuk ibu hamil yang berpuasa...di samping dapat mengekalkan kesihatan ibu dan bayi...Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu-ibu hamil diluar sana....InshaAllah :)
Klik di bawah untuk order Set Berpuasa Shaklee
Klik di bawah Untuk Order Set Kehamilan Shaklee
Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
Salmiah Othman
♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ FB Page : http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email : salmiah80@gmail.com
Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di
Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga, kalau sudi add la saya :)