Tips Dan Panduan Berpuasa Bagi Ibu yang Menyusukan Bayi
Assalammualaikum dan selamat tengahari semua…
Alhamdulillah…hari ini..dah masuk hari ke-12 kita menjalani
ibadah puasa..syukur kerana saya dapat berpuasa sambil menyusukan anak saya...Haziq yang
kini berusia 1 tahun 10 bln..maksudnya tahun ini adalah tahun kedua saya
berpuasa dan menyusukan Haziq.. Tahun lepas juga adalah pengalaman pertama saya
susu kan Haziq dan berpuasa….Walaupun dalam islam ada memberi kelonggaran
kepada ibu-ibu yang menyusukan anak iaitu rukhsah untuk berbuka (mengikut
syarat tertentu) tetapi adalah lebih baik… ibu yang menyusukan bayi berusaha
untuk berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadhan…
Rasanya belum terlambat lagi saya kongsikan tips dan
panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi… Selain itu.. tips ini juga
boleh diguna oleh ibu hamil dan semua yang berpuasa…
Sebelum itu, kita kenal pasti dulu tanda-tanda badan kita kekurangan air atau dehidrasi;
t Rasa nak pitam. Terutama selepas menyusukan bayi ataupun selepas
mengepam. pening kepala dan rasa nak demam ataupun nak pitam.
t Rasa loya dan seakan nak muntah.
t Rasa lemah dan sakit segala otot.
t Air kencing menjadi pekat dan berbau.
Rasa mengigil.
t Mudah marah dan cepat naik angin serta mudah stress.
t Bagi ibu hamil, pergerakkan bayi tidak normal. bayi kurang
bergerak.
t Berlaku kontraksi.
Tips dan panduan berpuasa bagi ibu yang
menyusukan bayi;
1- Banyakkan minum air kosong... 2-3 liter sehari
adalah sangat penting buat ibu yang menyusukan bayi…Seeloknya sediakan satu
bekas minuman khas yang kita boleh sukat berapa banyak kuantiti air kita minum…
Minum air kosong bermula dari waktu berbuka hinggalah ke waktu imsak ke esokkan
pagi nya.
2- Jangan skip sahur. Perlu bangun makan sahur
kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang
hari kepada kita. Lagipun, bersahur kan sunat :)
3- Makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan
makanan berkuah… Tetapi, elakkan dari makan terlalu kerap makanan yang bergula
dan bergaram. Kerana, ia akan menyerap lebih banyak air yang ada pada
tubuh kita.
4- Paling utama, sebelum mula berpuasa..kita perlu
pasang niat dan memohon dari Allah agar di permudahkan urusan serta niat baik
kita menyusukan bayi kita.
![]() |
Doa Tambah Susu Ibu |
5- Berbuka puasa dengan makanan yang kaya dengan protien, glukos
dan cecair.
6- Makan banyak kurma.. Semasa berpuasa anda
memerlukan kalori yang tinggi oleh itu anda perlu memilih kurma. Tahukah anda,
kurma mengandungi glukosa yang mampu memberi
tenaga segera kepada tubuh. Kurma yang kaya dengan serat,
protien, vitamin A, vitamin c, gula kalsium, zat mineral.
6- Makan banyak kurma..
7- Kerapkan menyusu bayi. Jika anda ibu bekerjaya..perlu pam susu sekerap yang boleh ataupun ikut jadual mengepam biasa di tempat kerja.
9- Seeloknya bangun awal sebelum bersahur untuk pam susu. Kemudian, makan kurma dan bersahur serta minum banyak air sebelum waktu imsak.
10- Kenal pasti milk booster anda sebelum mula bulan puasa dan sepanjang berpuasa boleh kerap ambil milk booster anda. Milk booster adalah berbeza mengikut individu. Boleh juga cuba Milk Booster Shaklee..
Hukum Puasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayinya
Isu yang selalu timbul juga
adalah bagaimana dengan puasa ibu yang menyusukan anaknya..
Dari Mazhab Shafie:
1. Ibu yang menyusukan
anaknya harus berbuka puasa sekiranya berpuasa boleh mendatangkan mudarat
kepada dirinya seperti lemah, pitam, pengsan atau jatuh sakit.. Untuk keadaan
ini, ibu hanya perlu menggantikan puasanya (qada’).
2. Ibu yang menyusukan anaknya harus berbuka puasa sekiranya
khuatir berpuasa boleh mendatangkan mudarat kepada bayinya seperti tidak cukup
susu. Untuk keadaan ini, ibu perlu mengqadakan puasa dan membayar fidyah.
Anda ingin kekal bertenaga dan mampu menyusukan
anak sepanjang hari berpuasa dengan supplement Shaklee?
Ya...Shaklee mempunyai 3 gabungan hebat untuk para ibu untuk menghadapi puasa. Iaitu ESP, performance drink dan mealshake.
Apakah kehebatan set ini?
ESP : mampu membuatkan anda rasa kenyang berpanjangan, namun bukanlah langsung tidak berasa lapar dan anda akan merasai perbezaan pengambilan secara berterusan.
Mealshake : terdiri
daripada protein dan juga complete dengan sumber vitamin dan mineral yang
semestinya diperlukan oleh tubuh.
Performance Drink : PD mampu menyokong tahap hidrasi dan
menjaga kandungan air dalam tubuh kita. Badan kita akan kekeringan air (di dalam) kesan daripada
metabolisma badan dan kerja-kerja seharian yang dilakukan. Sejenis minum
mengurangkan kehilangan bendalir (air) dari tubuh kita, yang sememangnya
berlaku apabila kita berpuasa.
Sebenarnya
kita kena yakin bahawa badan tetap akan menghasilkan susu yang mencukupi untuk
bayi walaupun kita berpuasa kerana Allah tidak akan membiarkan bayi kita
kelaparan kan.. InsyaAllah..
Yang
pentingnya…kita mestilah menyediakan badan sebaiknya untuk berpuasa dan
menyusukan bayi. Sekiranya kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh… Allah
takkan membiarkan kita kecewa.. Sesungguhnya
Ramadhan akan menjadi lebih bermakna jika sebagai ibu, kita tidak mengambil mudah
akan hal melaksanakan puasa dan meneruskan penyusuan bayi…
Selamat
berpuasa dan menyusukan bayi ya untuk Ibu2 hebat… J
Set Penyusuan
Set Mighty 3 Gems
Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
Salmiah Othman
( SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
*FB Page : http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email : salmiah80@gmail.com
Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di
Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga, kalau sudi add la saya :)