Tips Tidur Yang Nyenyak Bagi Orang Insomnia
Masalah Insomnia atau Sukar Tidur Malam
Assalamualaikum...dan selamat malam..
Rasanya tika dan saat saya menulis entry nie..ramai yang dah dibuai mimpi lena..dan ada juga yang masih menonton televisyen..dan ada juga yang tak boleh tidur2 lagi...tak dapat nak lelapkan mata....ok..Tidur
merupakan salah satu nikmat dalam kehidupan ini... Entry kali ini.. saya akan berkongsi tips bagi orang-orang dewasa yang
sukar tidur malam atau mengalami insomnia dan menyebabkan mereka tidak dapat
bangun pagi dalam keadaan yang segar...
Tips
Untuk Membantu Masalah Insomnia
Sediakan
bilik tidur yang selesa dan sesuai dengan mood tidur. Pastikan tilam juga
bersesuaian dan selesa untuk tidur yang lena. Tidak terlalu lembut dan tidak
terlalu keras.
Pastikan
bilik tidur dijadikan tempat untuk tidur, bukan sebagai tempat menonton tv,
makan dan sebagainya.
Jika
bilik tidur yang digunakan tidak dapat membuatkan anda tidur, maka beralih ke
bilik tidur yang lain. Jadikan bilik tidur untuk tidur, bukan untuk berjaga.
Setkan
tubuh anda kepada waktu tidur dan bangun yang konsisten supaya tubuh anda dapat
bertindak balas dengan waktu tidur dan bangun dengan betul.
Jangan
tidur di waktu petang kerana akan membuatkan jadual tidur malam anda terganggu.
Kurangkan
pengambilan kafein di waktu tengahari dan petang. Harus diingat, coklat juga
mengandungi kafein.
Jarakkan
pengambilan dinner sebelum tidur supaya tidak menjejaskan tidur anda. Perut
yang penuh menyukarkan untuk tidur.
Bersenam
ringan di waktu petang supaya badan berasa penat dan memerlukan rehat. Namun
jangan bersenam apabila jangka masa waktu tidur terlalu dekat.
Elakkan
daripada melihat jam apabila tidak dapat tidur.
Pastikan
lampu ditutup dan bilik betul-betul berada dalam keadaan yang gelap.
Bacalah doa ini...
Ertinya:
"Ya
Allah, sunyilah semua bintang dan tenanglah semua mata. Dan Tuhan yang hidup
dan berdiri sendiri. Tuhan tidak mengantuk dan tidak tidur. Wahai Tuhan yang
hidup dan berdiri sendiri. Tenangkanlah malamku ini dan tidurlah mataku".
(Riwayat
Ibnu Sunni dan Tabarani)
Selain
itu, anda juga boleh mengambil OsteMatrix Shaklee sebelum tidur untuk
membantu anda tidur dengan nyenyak dan bangun dengan segar keesokan
harinya.
Harga
OsteMatrix ialah RM61.00 bagi 120 biji yang boleh bertahan selama
sebulan atau dua bulan (bergantung dengan cara pengambilan anda). Selain
daripada membantu untuk tidur dengan nyenyak dan bangun pagi dalam keadaan yang
segar… OsteMatrix juga memberikan ketenangan kepada tubuh dan
mengurangkan sakit-sakit badan. Baca selanjutnya mengenai OsteMatrix di sini..
Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
Salmiah Othman
♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ FB Page : http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email : salmiah80@gmail.com
Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di
Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga, kalau sudi add la saya :)