Panduan Pemakanan Untuk Pesakit Diabetes
Apa Itu Diabetes
DIABETES adalah satu keadaan dimana
tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu
daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar....
Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan
tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin
sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula
dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah
ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila
kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras
gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan
glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang
didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
Tanda-tanda
Awal Penyakit Diabetes (Kencing Manis)
◇ Haus atau dahaga yang keterlaluan.
◇ Letih dan lemah otot.
◇ Berat badan menurun.
◇ Penglihatan kabur.
◇ Gatal.
◇ Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan.
◇ Luka yang lambat sembuh.
◇ Kerap kencing.
◇ Gatal pada kemaluan.
◇ Rasa kebas.
Siapa Berisiko Tinggi Mendapat Diabetes?
◇ Berumur 35 tahun ke atas. Semakin berusia semakin
tinggi risiko untuk mendapat diabetes. .
◇ Berat badan berlebihan atau obesiti.
◇ Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
◇ Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
◇ Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran
adalah empat kilogram atau lebih).
◇ Tekanan darah tinggi.
◇ Tidak aktif - gaya hidup yang tidak sihat.
◇ Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak
tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat.
◇ Mempunyai tahap lemak dan kolesterol yang tinggi.
Panduan
Pemakanan Untuk Pesakit Diabetes
1)
Banyakkan makan sayur dan kurangkan makanan daripada haiwan.
2)
Lebihkan pengambilan makanan yang dimasak sendiri dan kurangkan makanan yang
diproses. Jauhi makanan segera dan makanan ringan.
3)
Pilih makanan berlemak secara bijak. Kurangkan pengambilan daging, kulit ayam,
minuman tenusu yang berlemak, majerin, makanan bergoreng, makanan ringan dan
makanan di pasaran yang dibakar dengan lemak trans.
4)
Pilih makanan berkarbohidrat secara bijak. Kurangkan pengambilan gula, kurangkan
makanan dihasilkan menggunakan tepung putih. Lihat pada label kandungan roti
terlebih dulu dan baca kandungan serta pada roti itu.
5)
Ambil sekurang-kurangnya tiga cawan susu rendah lemak sehari.
6)
Ambil makanan berprotein secara sederhana. Amalkan pengambilan ikan dan ayam
tanpa kulit.
7)
Hadkan pengambilan sodium iaitu kurang daripada 2,300 miligram sehari. Sodium
ini terkandung dalam garam dan makanan dalam tin.
8)
Ambil makanan kaya potasium contohnya pisang, buah bersitrus, buah-buahan dan
sayur-sayuran. Makan makanan tinggi kalsium contohnya susu rendah lemak,
brokoli, bayam dan tauhu.
9)
Makan banyak bijirin terutamanya bijiran gandum.
10)
Makan banyak ikan, utamakan cara memasak dengan membakar, panggang atau gril
berbanding menggoreng.
Sekiranya
anda mengambil daging merah sebagai hidangan, cuba kurangkan kuantitinya.
11)
Hindari lemak daging.. daging proses dan hati.
12)
Makan telur secara berhemat. Ambil secara purata tidak lebih daripada sebiji
telur kuning sehari termasuk yang digunakan untuk dimasak atau dibuat kek.
13)
Gunakan minyak sayuran secara sederhana. Utamakan minyak zaitun dan minyak
canola. Kurangkan penggunaan minyak sayuran, minyak sawit dan santan.
Shaklee ada menyediakan produk yang boleh
diambil bagi mengawal penyakit kencing manis ini..
1) ESP
- Membantu mengekalkan paras gula normal dalam darah dan penyembuhan luka
2) Vita-Lea
- Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.
3) Gla Complex
- Mengimbangi hormon insulin dan menurunkan paras kolestrol
4) Vita-C
- Mengukuhkan kapilari dan salur darah
5) Zinc Complex
- Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat
6) Alfalfa Complex
- Membantu menstabilkan gula dalam darah
Selain produk di atas, jika anda mempunyai bajet yang banyak atau anda memang
tidak suka makan suplemen tablet dalam kuantiti yang banyak.. anda boleh mencuba
VIVIX...

Resveratrol di dalam Vivix membantu meningkatkan sensitiviti
tubuh terhadap hormon insulin. Rintangan insulin adalah satu daripada faktor
penyumbang utama diabetes dan jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat
ditingkatkan, kita boleh mengurangkan diabetes.
Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap
insulin, tubuh akan keluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula
dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita
terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk
mengawal aras gula darah.
Resveratrol juga mengaktifkan enzim yang
sangat berkuasa dalam tubuh kita. Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes,
satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah di aktifkan yang mana
enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap
sensitivitinya.
Order secara online Sugar Control Set..klik di bawah
Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ Email : salmiah80@gmail.com
Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di