Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget

Monday, 25 August 2014

Panduan Pemakanan Untuk Pesakit Diabetes

Apa Itu Diabetes

DIABETES adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar....


Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Tanda-tanda Awal Penyakit Diabetes (Kencing Manis)

◇ Haus atau dahaga yang keterlaluan.
◇ Letih dan lemah otot.
◇ Berat badan menurun.
◇ Penglihatan kabur.
◇ Gatal.
◇ Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan.
◇ Luka yang lambat sembuh.
◇ Kerap kencing.
◇ Gatal pada kemaluan.
◇ Rasa kebas. 

Siapa Berisiko Tinggi Mendapat Diabetes?

◇ Berumur 35 tahun ke atas. Semakin berusia semakin tinggi risiko untuk mendapat diabetes. .
◇ Berat badan berlebihan atau obesiti.
◇ Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
◇ Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
◇ Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah empat kilogram atau lebih).
◇ Tekanan darah tinggi.
◇ Tidak aktif - gaya hidup yang tidak sihat.
◇ Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat.
◇ Mempunyai tahap lemak dan kolesterol yang tinggi. 

Panduan Pemakanan Untuk Pesakit Diabetes


1) Banyakkan makan sayur dan kurangkan makanan daripada haiwan. 

2) Lebihkan pengambilan makanan yang dimasak sendiri dan kurangkan makanan yang diproses. Jauhi makanan segera dan makanan ringan.

3) Pilih makanan berlemak secara bijak. Kurangkan pengambilan daging, kulit ayam, minuman tenusu yang berlemak, majerin, makanan bergoreng, makanan ringan dan makanan di pasaran yang dibakar dengan lemak trans.

4) Pilih makanan berkarbohidrat secara bijak. Kurangkan pengambilan gula, kurangkan makanan dihasilkan menggunakan tepung putih. Lihat pada label kandungan roti terlebih dulu dan baca kandungan serta pada roti itu. 

5) Ambil sekurang-kurangnya tiga cawan susu rendah lemak sehari.

6) Ambil makanan berprotein secara sederhana. Amalkan pengambilan ikan dan ayam tanpa kulit. 

7) Hadkan pengambilan sodium iaitu kurang daripada 2,300 miligram sehari. Sodium ini terkandung dalam garam dan makanan dalam tin. 

8) Ambil makanan kaya potasium contohnya pisang, buah bersitrus, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan makanan tinggi kalsium contohnya susu rendah lemak, brokoli, bayam dan tauhu. 

9) Makan banyak bijirin terutamanya bijiran gandum. 

10) Makan banyak ikan, utamakan cara memasak dengan membakar, panggang atau gril berbanding menggoreng.
Sekiranya anda mengambil daging merah sebagai hidangan, cuba kurangkan kuantitinya.

11) Hindari lemak daging.. daging proses dan hati. 

12) Makan telur secara berhemat. Ambil secara purata tidak lebih daripada sebiji telur kuning sehari termasuk yang digunakan untuk dimasak atau dibuat kek. 

13) Gunakan minyak sayuran secara sederhana. Utamakan minyak zaitun dan minyak canola. Kurangkan penggunaan minyak sayuran, minyak sawit dan santan.

Shaklee ada menyediakan produk yang boleh diambil bagi mengawal penyakit kencing manis ini..


1) ESP 
- Membantu mengekalkan paras gula normal dalam darah dan penyembuhan luka

2) Vita-Lea
- Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.

3) Gla Complex
- Mengimbangi hormon insulin dan menurunkan paras kolestrol

4) Vita-C 
- Mengukuhkan kapilari dan salur darah

5) Zinc Complex
- Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat

6) Alfalfa Complex

- Membantu menstabilkan gula dalam darah

Selain produk di atas, jika anda mempunyai bajet yang banyak atau anda memang tidak suka makan suplemen tablet dalam kuantiti yang banyak.. anda boleh mencuba VIVIX... 


Resveratrol di dalam Vivix membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin. Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes dan jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh mengurangkan diabetes.

Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan keluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula darah.

Resveratrol juga mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita. Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah di aktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.

Order secara online Sugar Control Set..klik di bawah



 Your Shaklee Independent Distributor

Salmiah Othman

 SMS | Call : 019-8769412
 Shaklee ID : 949800
 Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di   
Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga..



No comments:

Post a Comment