Jaundis @ Demam Kuning Pada Bayi

16:26 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum..dan selamat pagi Sabtu semua..semoga sihat2 hendakNya…pagi nie saya nak berkongsi dengan anda khasnya untuk panduan ibu2 yang sedang mengandung dan bakal menunggu kelahiran permata hati..iaitu tentang Jaundis @ demam kuning pada bayi…Buat ibu bapa baru…jangan panik andai bayi anda kena demam kuning...Ada banyak rawatan susulan yang boleh anda praktikkan untuk mengurangkan kesan demam kuning atau jaundis  ini pada bayi…

Jom baca dulu…

Bayi yang baru lahir berisiko menghidap demam kuning atau dikenali sebagai jaundis, sama ada bersifat normal atau patologi.Lebih kurang 50 ke 60 peratus bayi yang lahir cukup bulan mengalami jaundis pada minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas dilahirkan.Jaundis juga biasanya berlaku kepada bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan.Pada sesetengah bayi, ia berlaku hanya sekejap, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau dengan rawatan yang ringkas . Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian.

Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian putih mata dan juga kulit yang bertukar warna kekuningan. Kesan itu dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. Bayi jaundis juga akan kerap tidur.Biasanya bayi yang lahir mengalami warna kekuningan ini disebabkan pigmen kuning atau lebih dikenali dengan nama bilirubin yang meningkat dalam darah.Bilirubin ini berlaku akibat pemecahan sel-sel darah merah sewaktu bayi lahir. Ketika bayi dalam kandungan, bilirubin dibuang melalui plasentra dan seterusnya oleh organ. Hati dari ibu akan diolah menjadi bilirubin untuk dibawa ke usus dan seterusnya dibuang melalui proses tinja. 


Namun setelah bayi lahir, proses tadi akan dilakukan oleh hati bayi itu sendiri. Disebabkan fungsi hati belum sempurna, proses itu lebih lambat menyebabkan bilirubin tetap tinggi dalam bayi.Bilirubin inilah yang masuk ke jaringan kulit sehingga bayi kelihatan kuning pada keseluruhan tubuh dan matanya.Bagi bayi normal, setelah tiga atau empat hari kelahirannya, kadar bilirubin akan menurun perlahan-lahan seiring dengan pertambahan fungsi hatinya.

Biasanya bila umur mencecah tujuh hari, bayi sudah tidak kelihatan kekuningan lagi. Inilah penyakit kuning yang bersifat fisiologi atau normal dan tidak berbahaya bagi bayi.Namun, berbeza pula bagi yang menghidap penyakit kuning patologi. Ia timbul lebih cepat dan biasanya 24 jam setelah kelahiran dan peningkatan kadar bilirubin di dalam darah bayi juga berlaku dengan lebih cepat.Jenis penyakit kuning seperti ini boleh disebabkan oleh jangkitan pada bayi, ketidaksesuaian jenis darah ibu dan bayi, serta kes yang jarang berlaku disebabkan kekurangan enzim G6PD (glukosa 6 Phosphate Dehidrogenase). Enzim ini terdapat di dalam dinding sel darah merah yang berfungsi untuk mencegah sel-sel darah merah.

Apa perlu dilakukan pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah untuk mengukur tahap bilirubin.Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis.Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih.Biasanya ia tidak memerlukan rawatan.

Jika memerlukan rawatan, ia dirawat menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakkan di bawah cahaya bililight.Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. 



Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.

1) Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerap.Kolostrum akan bertindak sebagai laksatif dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin.

2) Elakkan mengambil air tambahan. Hanya dua peratus bilirubin keluar melalui air kencing dan 98 peratus keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.

3) Galakkan bayi anda berjaga dan menyusu setiap dua jam…Jika bayi tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari tiga kali sehari.. cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam dan beri kepada bayi anda.

4) Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus kerana kulit bayi sensitif. Buka pakaian serta lampin dan letak di dalam bilik yang ada banyak cahaya.

Dah baca sampai habis.?? Apa yang penting di sini...bagi bayi anda menyusu dengan lebih kerap.. Susu ibu adalah anugerah Tuhan… gunakan sebaik mungkin buat bayi yang baru lahir. Ia ada kandungan yang patut untuk anak imun kepada penyakit. Berilah susu ibu sebanyak mungkin atau paling kerap setiap 2 jam sekali. Pastikan ibu sentiasa bersedia untuk menyusukan anak atau bayi yang baru lahir. Dan bagi ibu… sila kawal dan jaga pola pemakanan anda agar si bayi mendapat khasiat sempurna dan lengkap dari penyusuan susu ibu…lebih kerap bayi menyusu..lebih kerap bayi berak…jadi..kuning pun akan cepat hilang….

Risau susu kurang…ibu2 hamil boleh buat persediaan dari sekarang ni beli set milkbooster untuk percepatkan penghasilan susu….


Nak order Set Milk Booster Shaklee secara online ...klik di bawah...

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f4d2f2d6500412c8a6da7c426bbc7e69



Your Shaklee Independent Distributor

Salmiah Othman
 SMS | Call : 019-8769412
 Shaklee ID : 949800
 Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di
Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga..


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Manfaat Dan Khasiat Bawang Putih

19:07 0 Comments A+ a-

Tahukah anda bawang putih juga baik untuk kesihatan? Bawang Putih atau Garlic kaya dengan khasiat yang berguna untuk kesihatan kita…Bawang putih merupakan sejenis herba yang bukan sahaja digunakan dalam masakan…malah juga digunakan sebagai ubatan untuk mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit…


Antara Kebaikan Bawang Putih

Mengurangkan Risiko Angin Ahmar .
Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

Mengurangkan Risiko Kanser .
Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

Bertindak sebagai Anti-bakteria dan Antivirus .
Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Mengandungi Iodin .
Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

Meningkatkan Sistem Imunisasi .
Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

Antiinflamasi .
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

Melindungi Tanaman .
Pernahkah anda terjumpa dengan hama tanaman yang berwarna putih dan adakalanya berwarna hitam. hama ini sangat tidak suka pada bawang putih. Tumbuk bawang putih hingga hancur dan bancurkan dengan minyak mineral, air, dan sabun cair. Tuang ke dalam bekas pam dan pamkan ke arah tanaman yang terlibat.

Membantu Sistem Pencernaan .
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

Mengurangkan Kolesterol Dalam Tubuh .
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Mengurangkan Angin Dalam Tubuh/ Perut
Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba atau di tengah malam akibat daripada tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh mencuba mengubati dengan mengambil dua ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu buang kulitnya dan makanlah bawang putih tersebut. Insya Allah selang beberapa minit kemudian anda akan dapati angin dalam perut anda akan berkurangan dan anda akan berasa lega.

Menyuburkan Rambut
Bawang putih juga boleh mengatasi masalah rambut gugur. Bawang putih mengandungi bahan allicin yang tinggi merah, yang dipercayai efektif untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dipotong pada kulit kepala boleh juga ditambahkan dengan minyak kelapa untuk kesan yang maksimum.

Membersihkan Jerawat .
Bawang putih merupakan remedi semulajdi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana ianya mengandung antioksidan yang dapat membunuh bakteri. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah.


Petua tradisional menggunakan bawang putih

Panau : belah dua seulas bawang putih, sapukan pada bahagian yang kena panau semasa mandi… Amalkan setiap hari

Batuk : bakar seulas bawang putih dgn kulitnya sekali. Lenyekkan bawang yang telah dibakar didalam beberapa titis minyak urut/ minyak zaitun/ minyak kelapa. Sapukan pada dada, belakang badan, sekitar leher dan tengkuk. Amalkan sehingga batuk reda

Demam/ Selsema : Kunyah 2 ulas bawang putih mentah. Minum banyak air masak. Amalkan setiap hari sehingga demam/ selsema reda

Kembung Perut : Bakar dua biji bawang putih. Makan begitu sahaja

Memekatkan Air Mani : Makan seulas bawang putih bakar setiap pagi semasa perut kosong. Amalkan selama 40 hari berturut-turut tanpa putus

Sakit Kepala : Hiris bawang putih nipis2. Tampal di dahi dan pelipis kiri kanan kepala. Ulang sehingga reda.

Garlic Complex dari Shaklee - pilihan terbaik anda!

Saya pasti tak ramai sebenarnya yang sanggup makan bawang putih mentah-mentah atau yang telah dibakar…semata-mata untuk menjaga kesihatan… Jika anda pernah mencuba..pasti anda tidak dapat lupakan rasa pedar dan 'panas' yang dialami..belum lagi cerita tentang mulut yang berbau bawang putih selama beberapa jam kemudian. 

Garlic Complex keluaran Shaklee adalah salah satu pilihan terbaik bagi anda! Ia didatangkan dalam bentuk tablet yang mudah ditelan dan bebas dari bau atau rasa bawang putih berlebihan kerana diadun bersama dua jenis herba lain iaitu Rosemary dan Spearmint yang memberi bau yang lebih menyenangkan dan segar.


Bawang putih yang menjadi sumber dalam Garlic Complex Shaklee ditanam di California, Amerika Syarikat. Bawang putih ini diproses dengan teliti iaitu menggunakan kaedah penyejukkan terlebih dahulu bagi menyahaktifkan enzim yang membentuk Allicin (iaitu unsur semulajadi penting yang terdapat dalam bawang putih segar). Bawang putih ini kemudian melalui proses pengeringan yang unik dimana suhu pemanasan yang rendah dan terkawal digunakan bagi menyingkirkan lembapan dari keseluruhan bawang putih hingga terhasilnya serbuk asli bawang putih yang masih mengekalkan Allicin .

Proses ini adalah berbeza dengan kaedah pembuatan supplemen bawang putih lain yang kebanyakkannya merosakkan kandungan Allicin, contohnya pemprosesan menggunakan kaedah melumat bawang putih untuk dijadikan serbuk atau mengekstrak minyak bawang putih atau penggunaan bawang putih yang telah disimpan lama sehingga kering. Supplemen bawang putih yang tiada atau mempunyai kandungan Allicin yang rendah adalah tidak bermakna kerana bahan inilah yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan.

Tablet Garlic Complex ini juga istimewa kerana mempunyai formula istimewa dimana ia tidak akan pecah didalam saluran makanan tetapi hanya terurai apabila melepasi perut dan usus kecil sahaja. Ia membantu pengguna yang tidak gemarkan rasa dan bau bawang putih. Selain itu, tablet ini juga mengandungi kawalan bau dengan bau 'wangi' Rosemary dan Spearmint yang mengurangkan bau bawang putih itu sendiri.

Dengan mengamalkan 2 biji Garlic Complex setiap hari.. anda akan dapat manfaat 1000mg Allicin yang bersamaan dengan 2 ulas bawang putih segar. Dapatkan Garlic Complex Shaklee dari saya sebagai salah satu supplemen yang mesti dimiliki di setiap rumah!

Order Produk Shaklee secara online klik di bawah :) 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=1354b84eca447ab194edadb895706bb0



Your Shaklee Independent Distributor

Salmiah Othman
 SMS | Call : 019-8769412
 Shaklee ID : 949800
 Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di
Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga..




Sarapan Pagi : Penting Ke ??

16:19 1 Comments A+ a-

Kenapa Kita Tidak Boleh Melambatkan Sarapan Pagi ??

Sarapan pagi sangat penting….walau sibuk macam mana pun mesti diambil setiap hari… setiap pagi…. Sarapan memberikan nutrisi bagi tubuh kita sehingga kita mendapatkan tenaga yang cukup bagi rutin seharian… Namun ada orang yang pasti memilih untuk tidak sarapan kerana beberapa hal… Diet adalah alasan utama seseorang tidak sarapan…. Ataupun tidak punya banyak masa untuk sarapan…terkejar-kejar ke pejabat…Tapi tahukah anda bahawa sarapan memberikan kita banyak keuntungan?



Meningkatkan Tekanan Darah

Jika anda mempunyai permasalahan tekanan darah yang menurun, sarapan adalah kuncinya. Dengan sarapan, anda boleh meningkatkan tekanan darah menjadi normal sehingga tidak merasa lemas ataupun kelihatan pucat.

Mengurangkan Serangan Jantung

Ketika tubuh anda mendapatkan nutrisi yang cukup organ – organ anda akan bekerja dengan baik dan terjaga kesihatannya Sarapan menjaga jantung anda agar mendapatkan nutrisi yang sihat.

Meningkatkan Langkah Berjaga-jaga

Jika anda melewatkan sarapan, maka anda akan merasa lemas dan ngantuk. Sarapan memberikan anda nutrisi yang membuat anda lebih segar dan siap memulakan hari anda.

Boleh Kurangkan Berat

Sarapan memang telah terbukti boleh menurunkan berat badan anda. Cubalah untuk sarapan dengan oats dicampur buah Makanan ini sangat penting dalam membantu menurunkan berat badan anda.

Menurunkan Risiko Diabetes

Melewatkan sarapan akan meningkatkan gula darah anda dengan cepat. Maka untuk mengelakkan hal ini, jangan lewatkan sarapan anda.

Dah tahu kepentingannya tapi masih mengabaikan sarapan pagi....
Saya amat berkeyakinan pembaca diluar sana… mesti lebih mengambil berat tentangnya pengambilan sarapan… lebih-lebih lagi untuk anak-anak…
Anda ingin mencuba sarapan pagi yang mengenyangkan dan kaya dengan protein ??
Begitu cepat disediakan..

Sarapan mudah untuk anak dan diri anda



Dapatkan Meal Shakes yang mengandungi 19 vitamin dan mineral penting dan kaya dengan sumber kalsium serta sumber protein yang hebat…. 
Berperisa Vanilla yang enak dan membuka selera….Sekaligus menjadi kegemaran anak anda disamping memperolehi khasiat yang terbaik untuk tubuh badan mereka…

Ianya bukan saja boleh diminum oleh anak anda tetapi boleh dinikmati seisi keluarga.


Dengan penyediaan Mealshake yang mudah …Kini tiada alasan lagi untuk anda dan saya tidak bersarapan pagi..Satu rumah 1 Mealshake..Satu keluarga sihat...

Order Mealshakes secara online klik dibawah 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=3f4ab9445df9b78ef3d6ee752e33a07d



Your Shaklee Independent Distributor

Salmiah Othman
 SMS | Call : 019-8769412
 Shaklee ID : 949800
 Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di
Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga..