Keajaiban Solat Tahajud
Solat
Tahajud
Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia.
Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’).
Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan
sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling
utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam.Pesanan Dari
Imam Nawawi:
“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”
Keajaiban Solat Tahajud
Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut. Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :
1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama
kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia!
Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah
shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga
dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).
2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda,
“Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan
orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus
perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit
yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)
3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan
berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah
orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa
keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya
kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)
4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda,
“Semoga Allah merahmati laki-lakiyang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan
membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya.
Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan
suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu
Daud)
5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa
orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata,
bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang
ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah
memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)
6. Penghapus dosa
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah
Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh
sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.”
(HR. At-Tirmidzi)
7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa
Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang
tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila
seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan
pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di
solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan
ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”
8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT
menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara
peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha
Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati
dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang
baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk
Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)