Panduan Untuk Bakal-Bakal Ibu : Kehamilan Yang Sihat
Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pengikat kasih mereka… Tentunya berita paling ditunggu selepas mendirikan rumahtangga..adalah anda disahkan hamil… namun kehamilan buat pertama kali pasti memberi pengalaman baru kepada setiap wanita…Jadi adalah penting untuk semua bakal-bakal ibu mengetahui panduan dan tips sepanjang tempoh kehamilan…sebab time pregnant nie…kesihatan tu kena jaga betul betul..kalau ibu sihat inshaAllah baby pun sihat jugak kan..
1.
Pemeriksaan Antenatal
Penjagaan antenatal sangat penting untuk memastikan anda dan bayi sihat sepanjang kehamilan. Berjumpa doktor sejak awal kehamilan membolehkan mereka memantau kesihatan dan perkembangan bayi dan anda dari semasa ke semasa.
2. Jaga Pemakanan
Sebenarnya…dalam kehamilan tiada istilah makan untuk dua orang….Ketahuilah bahawa keperluan tenaga ibu hamil tidak berubah sepanjang enam bulan pertama kehamilan mereka. Keperluan ini mula meningkat sedikit ketika tiga bulan terakhir kehamilan iaitu penambahan lebih kurang 200 kalori sehari. Yang penting.. ibu hamil perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pada masa yang sama, pastikan makanan yang diambil bersih bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit.
Sekiranya berpuasa, pastikan anda bersahur dan berbuka dengan makanan yang berkhasiat. Hidangan anda mestilah mengandungi protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Cegah dehidrasi tubuh dengan perbanyakkan minum air kosong pada waktu malam.
3. Pengambilan Asid Folik
Asid folik penting bagi ibu hamil kerana boleh membantu mencegah masalah spina bifida dan masalah kecacatan tiub neural. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian asid folik sebanyak 400mcg bermula semasa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.
4. Bersenam
Senaman boleh memberi kekuatan dan ketahanan pada ibu hamil. Senaman juga akan memudahkan ibu hamil kembali ke bentuk tubuh asal selepas bayi anda dilahirkan. Semasa hamil, wanita digalakkan melakukan senaman lantai pelvik bagi menguatkan otot sekitar pelvik yang membantu mengelakkan daripada berlakunya inkontinens, yang selalu dialami oleh wanita hamil. Tekanan inkontinens adalah terkencing akibat aktiviti tertentu seperti bersin, ketawa atau bersenam.
5. Pakaian Dan Kasut Ketika Hamil
Sepanjang kehamilan... ibu-ibu disarankan agar memakai pakaian yang longgar dan tidak mencengkam terutamanya pada bahagian pinggang. Pastikan juga pakaian tersebut menggunakan fabrik yang mudah serap peluh seperti kain kapas. Pada masa yang sama, pakaian dalam juga perlu yang sesuai iaitu khas untuk wanita hamil. Untuk kaki, pilihlah kasut bertumit rendah dan diperbuat daripada kanvas atau kulit yang membantu memberi sokongan kepada tapak kaki anda.
6. Hadkan Pengambilan Kafein
Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa pengambilan terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko keguguran dan melahirkan bayi yang tidak cukup berat. Pakar memberitahu bahawa jumlah pengambilan kafein yang tidak memudaratkan ialah sekitar 150mg hingga 300mg, dalam 3 cawan. Walau bagaimanapun, pengambilan kafein yang kurang daripada kadar tersebut adalah lebih baik.
7. Atasi Morning Sickness
Morning sickness merupakan masalah paling biasa berlaku pada awal kehamilan tetapi tahap keseriusannya berbeza antara wanita. Masalah ini tidak akan mengancam bayi dalam kandungan selagi anda mampu untuk menyimpan sebahagian daripada apa yang dimakan. Sama penting adalah anda harus banyak minum air. Makanlah makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika berasa amat loya, makan apa saja yang mampu.
8. Rehat Secukupnya
Ibu hamil disarankan agar mendapatkan rehat secukupnya. Jika sakit belakang mengganggu tidur, cubalah berurut. Tapi, pastikan urutan tersebut dilakukan oleh individu yang berpengalaman. Selain itu, senaman dan aktiviti santai juga boleh membantu meredakan tekanan yang dihadapi.
Sewaktu
mengandung…kita dinasihatkan mengambil makanan yang seimbang serta dibekalkan
dengan vitamin harian… Pengambilan vitamin sepanjang kehamilan adalah sangat
penting untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan….
Pengambilan vitamin juga dapat membantu ibu hamil kekal sihat serta
cergas.
Jom kita lihat vitamin shaklee yang terbaik untuk ibu mengandung...
Energizing Soy Protein
Ianya sangat penting untuk membina
dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Penting
untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat
membantu pertumbuhan yang baik. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka
yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan
mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu
membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan
protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan
plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang
bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3
bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
Vitamin B Complex
B Complex Shaklee adalah
unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid
folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan
pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina
bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu
merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah
gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama
mengandung ketika janin baru terbentuk.
Vitamin C
Vitamin C
Melindungi sel penting dalam
pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan
juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam
penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan
tubuh. Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar
serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa
oksigen dalam darah.
Vita-Lea Iron Formula
Vita-Lea Iron Formula
Vita-Lea adalah
multivitamin, jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya
dengan iron (zat besi) yang mana penting untuk ibu yang ada masalah pitam
atau mudah pening ataupun masalah hb rendah atau anemia. Anemia ini
berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan
multivitamin amat penting semasa mengandung.
OsteMatrix
OsteMatrix
Ibu yang mengandung memerlukan
1000mg-1300mg kalsium sehari. Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium,
magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.
Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta
menguatkannya. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium
sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang
bayi. Kalsium juga penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki
rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung
serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan
darah tinggi. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan
pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya
kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi
tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang
ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada
risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
Omega Guard
Omega Guard
Ianya sangat penting dalam membantu
pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang
sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega penting untuk pembentukan
otak dan mata bayi. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam
badan.
Diharap info ini
dapat membantu sikit sebanyak bakal bakal ibu kat luar sana..jaga diri..
jaga kandungan..semoga anda..dan bayi anda sentiasa sihat dan dipermudahkan
proses kelahiran nanti..inshaAllah..
Order Set Ibu Hamil Trimester 1
Order Set Ibu Hamil Trimester 11
Atau hubungi saya :)
Your Shaklee
Independent Distributor
Salmiah Othman
Salmiah Othman
♥ SMS
| Call : 019-8769412
♥ Shaklee
ID : 949800
♥ FB Page : http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email
: salmiah80@gmail.com
Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee
di
Fan
Page Mamaanisshop dan Facebook saya
juga..
Jom tonton video " Dilema Ibu Bayi Pramatang "
Atau hubungi saya :)
Your
Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
Salmiah Othman
♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ FB Page : http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email : salmiah80@gmail.com
Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di
Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga..
- See more at: http://mamaanisshop.blogspot.com/#sthash.9XPHvdbn.dpufIbu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup.... from iReach HD on Vimeo.