Tips Untuk Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang
Assalamualaikum
dan selamat petang semua…semalam saya dah share tentang panduan untuk
bakal-bakal ibu sepanjang kehamilan…dan petang nie nak share tips untuk suami
ketika isteri sedang berpantang…
Setelah
9 bulan 10 hari ..tibalah saat untuk melahirkan anak…sakit..erm..tak tau nak
cerita sakit contraction tu macam mana… Memang tak dapat nak
digambarkan dengan kata-kata...Bila orang tanya saya sakitnya macam mana...sakit kat mana..memang tak boleh nak describe...Melahirkan anak ibarat bertarung
nyawalah... Kita akan buat apa sahaja.. asalkan anugerah terindah yang dikandungkan selama 9
bulan 10 hari tu..selamat dilahirkan...
Selepas selamat melahirkan...tak habis disitu saja sakit seorang ibu...tibalah saat untuk berpantang...Selagi luka jahitan tidak sembuh..
selagi itulah sakit takkan habis..menyusukan anak..ada ibu yang puting luka
berdarah...ngilu menangis demi nak bagi yang terbaik untuk anak...macam saya bersalin anak yang pertama dulu kena buasir..aduh..memang sakit..sampai berdarah..(time tu tak makan lagi set berpantang Shaklee)..hehe..
Berbalik time berpantang...Siapa
yang diharapkan untuk bantu kita? Siapa yang sepatutnya
meringankan beban kita...mengurangkan sakit kita ? mesti suami yang kita harapkan berada di sisi...dan syukur saya juga masih ada ibu dan ibu mertua yang membantu semasa saya dalam pantang..Tapi takkan nak bergantung semua dengan mak dan mak mertua..Kalau anak dah 2-3 orang..masih kecil lagi..nak susu..menangis malam-malam..takkan nak harap mak kita bangun jaga anak...bancuh susu.. Sakit nak
pergi toilet malam-malam...takkan nak kejut emak minta tolong
papah ke toilet..Alhamdulillah...Suami
sangat-sangat membantu ketika saya dalam pantang...
Jom sama-sama kita baca dan boleh para suami amalkan semasa menjaga isteri dalam pantang...
( Tidak terpakai untuk suami isteri yang duduk berjauhan :) )
( Tidak terpakai untuk suami isteri yang duduk berjauhan :) )
1) Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh
berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu
untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air
rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa
daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk
mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).
2) Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh,
sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur
semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo
dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai.
3) Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut
badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat
langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air
mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada
peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.
4) Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak
sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah
diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain.
Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan.
Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian
sehinggalah menidurkan anak.
5) Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri
seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah
dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).
6) Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu.
Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan
sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.
7) Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri
mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah
sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun
berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan
isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh
anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk
dalam kategori kerja ringan.
8) Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan
depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan.
Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan
mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.
9) Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia
adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam
setahun menjaga makan minum...pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan
dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta
dan kasih sayang anda padanya...
Your
Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
Salmiah Othman
♥ SMS | Call :
019-8769412
♥ Shaklee ID :
949800
♥ FB Page : http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email : salmiah80@gmail.com
Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen
Shaklee di
Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya
juga..