Atasi Masalah Keputihan Ketika Hamil
Keputihan
masalah
biasa wanita..
namun adakah ia juga akan normal bagi ibu hamil??
Sebarang masalah yang dihadapi oleh ibu mengandung harus dipantau dan
diperiksa
segera.. dengan ini rawatan segera boleh diambil setelah mengesan
perubahan
yang tidak normal berlaku.
Keputihan
Normal
Perubahan
hormon yang dialami oleh ibu hamil tidak mengecualikan meraka menghadapi
masalah keputihan atau leukorrhea, iaitu lelehan keputihan yang nipis dan
kurang berbau dari vagina. Leukorrhea adalah normal semasa hamil dan tidak
perlu di bimbangkan. Hormon estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian
pelvik dan meransang selaput lendir badan (leukorrhea) semasa hamil. Ia
melindungi saluran kelahiran daripada jangkitan dan mengekalkan flora bakteria
yang seimbang dan sihat dalam faraj.
Keputihan
Tidak Normal
Namun begitu,
masalah keputihan ketika hamil boleh juga menjadi tidak normal apabila
keputihan berwarna hijau atau atau kekuningan, berbau kuat dan disertai oleh
kemerahan dan kegatalan. Ia mungkin
jangkitan faraj yang paling biasa semasa mengandung seperti Candidiasis,
juga dikenali sebagai jangkitan yis. Jangkitan ini mudah dirawat. Satu
lagi punca lelehan keputihan semasa mengandung yang tidak normal disebabkan
oleh penyakit jangkitan seksual (sexually transmitted disease)
Tanda Ibu
Hamil Mengalami Keputihan
Lelehan faraj
yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang
sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu.
Tetapi jika
anda mengalami keputihan :
·
Lelehan
menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej
·
Gatal,
sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung
·
Sakit
apabila bersama suami
·
Sakit
apabila membuang air kecil
Penyebab
Keputihan
diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans.
Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem
penghadaman dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia
hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan kita mungkin tidak tahu ia berada
dalam badan. Namun masalah timbul apabila terdapat ketidakseimbangan
diantara jumlah yis dan mikro-organisma lain dalam badan.
Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika:
·
Semasa
hamil, faraj mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini
menggalakkan pertumbuhan kulat.
·
Memakai
pakaian ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seluar jeans atau
seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran
angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
·
Menggunakan
mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin
menyebabkan ketidakselesaan.
·
Anda
mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara
mikro-organisma baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
·
Mengalami
kencing manis atau diabetis gestasi yang tidak dikawal dengan baik.
Tidak
Membahayakan Bayi
Keputihan
tidak membahayakan bayi anda kerana terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan
tidak terjejas sama sekali. Namun jika anda mengalami jangkitan ketika anda
sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi akan dijangkiti apabila dia
melalui faraj ketika keluar daripada rahim. Jika bayi anda yang baru
lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika
anda menyusu badan, kedua-dua bayi dan ibu memerlukan rawatan kerana
keputihan ini boleh merebak ke payudara anda.
Rawatan
·
Doktor
akan memberi ubat jenis pessari atau krim anti kulit yang sesuai digunakan pada
tahap kehamilan. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk
menghapuskan keputihan dengan sempurna.
·
Sapukan
yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan disekeliling faraj.
·
Pakai
seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.
·
Jangan
berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran
yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Jangan gunakan
mandian buih yang mengandungi pewangi.
·
Lap
punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke
tandas.
·
Pastikan
faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.
Atasi Keputihan Dengan Shaklee Garlic Complex
Banyak khasiat
bawang putih untuk wanita hamil…Antaranya ialah :
Membantu
melancarkan peredaran darah
Menurunkan
tekanan darah
Mengurangkan
tahap kolesterol
Berpotensi
mengurangkan keletihan semasa mengandung
Berupaya
memusnahkan bakteria berbahaya, kulat dan virus (kajian Universiti Maryland
Medical Center)
Berpotensi
dalam membantu dalam merawat jangkitan faraj, termasuk sindrom keputihan semasa
mengandung (kajian University of Pittsburgh Medical Center)
Untuk
mendapatkan vitamin shaklee pilihan anda…sila hubungi saya..
Pengedar
Shaklee anda…
Untuk
mendapatkan multivitamin hebat untuk anak anda…hubungi saya..
pengedar
Shaklee anda…
- See more at:
http://mamaanisshop.blogspot.com/search?updated-min=2015-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2016-01-01T00:00:00-08:00&max-results=4#sthash.WEhIX66Y.dpuf
Your Shaklee
Independent Distributor
Salmiah Othman
Salmiah Othman
♥ SMS |
Call : 019-8769412
♥ Shaklee
ID : 949800
♥ FB Page
: http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email : salmiah80@gmail.com
Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di
Fan Page
Mamaanisshop dan Facebook saya
juga :)
Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.