9 Amalan Membentuk Anak Yang Soleh Dan Solehah
Anak adalah amanah @ anugerah dari Allah SWT… Kita sebagai ibu bapa wajib mendidik amanah tersebut menjadi insan mulia mengikut jalan yang benar dan diredhai. Namun lumrah seorang kanak-kanak yang semulajadi memiliki sifat-sifat nakal sepanjang perjalanan tumbesaran mereka kadang kala menguji kesabaran ibu dan ayah.
Jangan
cepat melenting menghadapi kerenah anak-anak kerana sebagai seorang Muslim kita
sebenarnya mempunyai penyelesaian yang boleh dijadikan amalan seharian…
Berdoalah kerana doa itu senjata orang mukmin.
Dalam
Islam kita disuruh berdoa untuk memohon apa yang dihajati… Doa juga memainkan
peranan penting untuk memohon kesejahteraan dan kebahagiaan diri sendiri dan
keluarga… Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa mendoakan untuk kebaikan
anak dan tidak mengatakan yang buruk-buruk kepada anak-anak kerana apa yang
lahir dari mulut seorang ibu adalah satu doa….
Doa
Untuk Semua
Setelah
semua usaha dilakukan untuk meminta sesuatu…. kita diminta berdoa kepada Yang
Maha Esa agar dimakbulkan apa yang telah diusahakan… Demikian yang harus kita
lakukan sebagai ibu dan ayah kepada zuriat sendiri.
1)
Amalkan membaca ‘Ya Latif’ sebanyak
tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak
tidur.
2)
Untuk membantu anak mudah belajar dan
menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah
as-Syura ayat 19 yang bermaksud:
“Allah
itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada siapa yang
dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah.”
Sebaiknya
dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi
keluarga.
3)
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah
dan bacakan doa Surah Al- Imran ayat 200 yang bermaksud:
“
Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan
berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”
4)
Diikuti pula dengan memperbanyakkan
zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini
adalah doa pelembut hati.
5)
Amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat
1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa
menemani anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran.
6)
Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat
zuriat yang baik elok amalkan surah
al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:
“
Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana
sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.”
7)
Kita juga digalakkan menyentuh dengan
lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.
Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila
anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
8)
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah
al-Furqan-74 yang bermaksud, “ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami
isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam
bagi orang yang bertakwa” dan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:
“
Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan
solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”
9)
Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu
tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat
sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik
untuk doa lebih berkesan.
Jadikanlah
doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak…Semoga anak-anak kita
menjadi anak-anak yang berakhlak mulia..soleh dan solehah..Aamiin…