Pengedar Shaklee Kuching : Kelebihan Surah Al-Waqiah
Assalamualaikum
dan selamat malam semua…
Alhamdulillah..selesai
solat Isyak tadi..berkesempatan lagi membaca surah Al-Waqiah…
Subhanallah
memang surahnya banyak kelebihan..Jadi..Di sini saya ingin kongsikan semoga
bermanfaat buat kita semua.. Mudah-mudahan menjadi amalan… InsyaAllah..
Al-Waqiah
Surah Kekayaan
Surah
Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri
dan hadis mengenainya adalah sahih.
Dengan
mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya.
Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah
SAW bersabda:
1)
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa
(membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
2)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3)
Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah
Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak
akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4)
Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu.
Kerana sesungguhnya ia adalah surah
Kekayaan.” (Hadis riwayat
Ibnu Ady)
5)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam
maka dia tidak akan tertimpa kefakiran
dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka
bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut
fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap
hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan
tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
InsyaAllah
dengan mengamalkan surah al-Waqiah saban hari sebagaimana yang diriwayatkan
dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki
dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Dengan
izin Allah kita akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya kita berpeluang
melaksanakan amal jariah dan membantu mereka yang memerlukan…bacalah surah Al-
Waqiah ini dengan hati dan niat yang ikhlas demi mengejar keredhaan Allah…