9 Amalan Bagi Muslimah Ketika Haid & Nifas Di Bulan Ramadhan
Ramadhan
bakal tiba tidak lama lagi….bulan yang penuh dengan kelebihan dan ganjaran….Setiap
detik di dalam bulan yang penuh keberkatan ini amat berharga dan kemungkinan
amalan di bulan inilah yang memberikan perbezaan tempat kembalinya kita… Bagi
muslimah yang menyedari hakikat ini.... kedatangan ‘tempoh bercuti’ setiap bulan
sangat tidak diharapkan pada bulan Ramadhan.... Sering terdengar keluhan dari
mereka yang haid kerana sedih merasakan tidak mampu merebut pahala ibadah di
bulan ini... terutamanya sekiranya ‘ia’ datang ketika tempoh 10 malam terakhir….
Sememangnya
perasaan sedih ini hanya akan lahir dari hati seorang muslimah yang sangat
mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada Tuhannya… Saidatina Aisyah R.A
sendiri pernah menitiskan air mata kesedihan kerana merasakan hilangnya peluang
beramal dengan kedatangan haid. Namun, haid sebenarnya bukanlah satu perkara
yang buruk, bukan jua satu kekurangan yang patut ditangisi, kerana disebaliknya
masih ada peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.
Mari
kita lihat,bagaimana Rasulullah S.A.W menangani perasaan Aisyah apabila beliau
menangis kesedihan ketika didatangi haid ketika menunaikan haji.Baginda S.A.W
bersabda yang bermaksud:
“Ini adalah
suatu yang ditetapkan Allah ke atas anak-anak perempuan Adam, maka tunaikanlah
apa yang ditunaikan oleh orang yang melakukan haji kecuali janganlah kamu
bertawaf di Baitullah sehinggalah kamu telah mandi (suci dari haid)”.
(Riwayat Muslim)
Oleh
itu..di sepanjang bulan Ramadhan ini… semasa dalam haid dan nifas dan
menghindarkan dari mendapat kerugian pahala yang banyak yang boleh di perolehi….
di anjurkan mereka melakukan berbagai-bagai amal ibadat yang masih boleh di
lakukan oleh wanita semasa dalam haid dan nifas…. Antara amalan- amalannya
adalah seperti berikut:
1)
Membaca Al Quran tanpa Musysaf seperti membaca ayat-ayat Al-Quran yang tertulis
di dinding atau di web site dan youtube.
2)
Mendengar bacaan Al-Quran daripada CD,TV, Radio dan seumpamanya.
3)
Membaca dan memahami ayat Al-Quran dari kitab tafsir.
4)
Perbanyakkan ber zikir-zikir, Selawat dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat .
Ketika
membaca dan menghafal surah-surah, berdoa, istighfar dan zikir yang diambil
dari al-quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan
beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.
5)
Mendengar ceramah-ceramah serta tazkirah melalui kaset,CD dan seumpamanya.
6)
Membaca doa selepas mendengar azan setiap waktu .
7)
Memberi nasihat kepada ahli keluarga supaya senantiasa mengingati Allah dan
berzikir sepanjang hari di bulan Ramadhan .
8)
Mengingatkan ahli keluarga supaya menunaikan solat fardhu setiap kali masuk
waktu.
9)
Menggalakkan ahli keluarga menunaikan solat-solat sunat: dhuha, tarawikh,
tahajud dan witir.
Disamping
amal ibadah dan zikir seperti yang disebutkan…wanita dalam haid dan nifas juga
boleh mendapat ganjaran pahala bulan Ramadhan Al Mubarak dengan
melaksanakan tugas-tugas harian rumahtangga….. Antara lainnya:
1)
Menyediakan juadah berbuka dan bersahur .
2)
Menghulurkan juadah kepada jiran-jiran atau ke surau-surau yang berdekatan.
3)
Membangunkan ahli keluarga untuk bersahur.
4)
Melibatkan diri dalam aktiviti dakwah dan kegiatan masyarakat pada waktu yang
terluang dalam melaksanakan amal maaruf nahi mungkar.
Kesimpulannya
setiap wanita yang datang haid dan nifas.... tidak pernah di beza dan di
ketepikan oleh Islam dalam menghayati bulan Ramadhan Al Mubarak dengan ibadah
dan amalan kebaikan dalam lingkungan rumahtangga dan masyarakat
sehari-hari..... Hanya kerana mereka tidak dapat menunaikan ibadah puasa (dan
solat )mereka tidak kehilangan peluang untuk menikmati kelebihan bulan Ramadhan
Al Mubarak.,...
1 comments:
Write commentsnice sharing =)
Replyanyway saya membalas kunjungan =)