9 Tips dan Cara Mengajar Anak Berpuasa Ramadhan Dan Kekal Bertenaga
Assalamualaikum..salam ceria untuk anda semua…inshaAllah 2 hari lagi kita akan berada di bulan Ramadhan..satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain & berpuasa dibulan Ramadhan adalah salah satu kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT bagi umat Islam…Bahkan ibadah yang mulia ini merupakan salah satu diantara 5 rukun islam…
Ok..Selain
berniat puasa sendiri… sebagai ibu bapa kita sebolehnya mahu anak-anak juga
berpuasa…jadi pagi nie saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa tips dan cara mengajar anak berpuasa di
bulan Ramadhan…kita sebagai ibu bapa harus melatih anak-anak untuk berpuasa…
Sebenarnya
ada banyak tips dan cara yang
digunakan oleh ibu bapa untuk mengajar anak kita berpuasa…
Bercerita
kebaikan Bulan Ramadhan
Bercerita..haa..kalau
anak2 saya memang suka kalau dengar mak @ bapa dengarkan cerita..tak kisah
la..cerita benar ataupun cerita dongeng…memang tunjukkan minat untuk mendengar…jadi..ibu
bapa boleh la cerita tentang kebaikan bulan Ramadhan dan kepentingan dan
manfaat serta keistimewaan orang yang berpuasa…
Beritahu
kepada mereka bahawa Allah dan Rasul-Nya sangat menyenangi anak-anak kecil yang
melakukan ibadah puasa… Kemudian… beritahu pula kepada mereka adanya balasan
bagi orang-orang yang berpuasa… iaitu bahawa Allah akan membuka pintu syurga..khusus
bagi hamba-hambaNya yang berpuasa… iaitu pintu syurga “ar-Rayyan”
Teknik Puasa
Separuh Hari
Teknik
nie boleh kita gunakan untuk anak2 yang baru mula nak belajar puasa..yang umur
5-6 tahun…pada tahun lepas Alhamdulillah..my Anis yang umur 5 tahun dapat juga
beberapa hari puasa penuh dan puasa separuh hari..inshaAllah tahun nie dah
masuk umur 6 tahun..boleh puasa penuh sepanjang bulan Ramadhan…jom kita sama2
latih anak2 kita..puasa separuh dulu..lama-lama akan berjaya puasa penuh…jangan
paksa anak kalau mereka tak mampu..tengok juga kemampuan dan tahap kesihatan
mereka..ok.. Tips dan Cara Mengajar Anak Berpuasa Ramadhan nie memang
baik untuk latih anak yang baru pertama kali belajar berpuasa…
Sediakan
makanan berkhasiat ketika sahur
Ibubapa yang ingin melatih anak-anak berpuasa harus
menyediakan makanan yang mencukupi ketika bersahur...Pastikan anak-anak makan
dan minum yang secukupnya. Digalakkan bersahur ketika hampir waktu Imsak bagi
anak-anak yang baru belajar untuk berpuasa. Ketika sahur.. galakkan anak-anak
makan dan minum dengan banyak bagi tujuan memberi tenaga... InshaAllah..anak-anak
akan berpuasa penuh.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Bersahur itu berkat, sebab itu janganlah kamu tinggalkannya walaupun
hanya dengan seteguk air, kerana Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk orang
yang bersahur." (riwayat Ahmad)
Kurangkan
aktiviti Luar
Ibu bapa juga perlu mengelak anak-anak daripada
aktif bermain di luar kerana aktiviti luar yang banyak mungkin boleh meletihkan
mereka…takut nanti bila dah letih..anak2 akan cenderung untuk nak berbuka lebih
awal dari waktu berbuka…Anak-anak boleh menonton rancangan tv…membaca buku dan
bermain permainan di dalam rumah. Galakkan anak2
untuk menonton rancangan kartun berunsur keislaman seperti Upin dan Ipin yang
banyak memberi teladan dan pengajaran...
Belajar
Mengaji
Didik anak untuk belajar mengaji…mengaji dalam 20
sampai 30 menit setiap hari tentu sangat2 bermanfaat bagi anak…Dan tentunya
dapat membantu mengalihkan rasa haus dan lapar mereka selama berpuasa…bila anak
dah pandai mengaji..mereka pun rasa seronok kan ??
Jaga
waktu tidur mereka
Tips
yang seterusnya..Jaga waktu tidur mereka…Galakkan anak2 tidur awal…dan boleh bagi
minum susu sebelum tidur untuk lebih kalsium supaya bertenaga…sebelum
tidur..sekali lagi..time yang baik untuk bercerita tentang keberkatan ramadan…
serta ceritakan kesengsaraan kanak-kanak di negara lain yang kuat walaupun
penuh kesusahan…
Bagi Motivasi Pada Anak-anak
Bagi
anak-anak yang baru bermula puasa dan yang telah berpuasa…sebagai ibubapa kita
boleh memberi ganjaran kepada anak2 kita…Sedangkan kita mengerjakan ibadah
puasa ini berlumba-lumba memperolehi ganjaran yang Allah SWT janjikan kepada
kita.
Selain
itu..beri pujian pada anak2..Misalnya dengan mengucapkan.. “Masya Allah, anak mama
yang pintar, masih kecil sudah boleh puasa..alhamdulillah” Ibu bapa boleh juga bagi hadiah
berupa wang atau permainan..Cuma kena pesanlah..hadiah nie hanya duniawi sahaja…ganjaran
daripada Allah lagi tinggi di akhirat nanti…
Buka Puasa
Bersama
Saat-saat
berbuka puasa bagi anak2 adalah saat yang sangat menggembirakan. Mesti kita
ingat waktu kita kecil2 dulu kan..time nak berbuka puasa merupakan satu
kejayaan bagi kita setelah seharian berpuasa..begitu juga anak-anak kita…
Sebelum
nak berbuka..Kita boleh tanya sendiri menu apa yang mereka suka untuk berbuka
dan ini akan membuatkan mereka lebih seronok untuk berpuasa…Boleh juga beritahu
"Mama akan masak makanan yang sedap-sedap time berbuka nanti untuk adik"…
Beri
tempat khusus untuk anak meskipun puasa mereka belum penuh (puasa setengah
hari)… Buatkan mereka rasa bahawa mereka juga telah melakukan ibadah puasa... time
berbuka pula..ajar anak2 untuk tidak makan & minum berlebihan…kejap lagi
kan nak solat maghrib dan terawih..kenyang sangat nanti susah nak beribadat…
Makanan tambahan
Ini
sebagai tambahan..Semasa sahur..ibu bapa boleh berikan anak-anak minum
Mealshakes untuk menambah tenaga dan kekal kenyang. Bagi orang dewasa boleh
minum ESP untuk memberi rasa kenyang dan bertenaga manakala Performance Drink
untuk kekal hidrat sepanjang hari. Lepas berbuka digalakkan minum Performance
Drink segelas…sekali bancuh dah boleh minum..! Selesai sahur.
InshaAllah..sekiranya kita sebagai ibubapa mempunyai niat dan maksud yang baik, InshaAllah.. Allah SWT akan memakbulkan impian kita ke arah mendidik anak2 dan generasi akan datang betapa pentingnya puasa…. kalau sekiranya anak-anak merasakan keletihan yang sangat, jangan dipaksa untuk menyempurnakan puasanya…Semoga ibu bapa berjaya memujuk anak-anak untuk berpuasa...
InshaAllah..sekiranya kita sebagai ibubapa mempunyai niat dan maksud yang baik, InshaAllah.. Allah SWT akan memakbulkan impian kita ke arah mendidik anak2 dan generasi akan datang betapa pentingnya puasa…. kalau sekiranya anak-anak merasakan keletihan yang sangat, jangan dipaksa untuk menyempurnakan puasanya…Semoga ibu bapa berjaya memujuk anak-anak untuk berpuasa...
Your Shaklee
Independent Distributor
Salmiah Othman
♥ SMS
| Call : 019-8769412
♥ Shaklee
ID : 949800
♥ FB
Page : http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email
: salmiah80@gmail.com
Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page
Mamaanisshop danFacebook saya
juga, kalau sudi add la saya :)
1 comments:
Write commentsassalamualaikum anis...alhamdullilah...;)
Reply