Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget

Thursday, 6 October 2016

Kanser Payudara : Apa Itu? Simptom, Punca dan Rawatan

Bila sebut je kanser payudara..membuatkan wanita-wanita rasa gerun dan takut..Mana tidaknya kanser payudara ini menjadi salah satu punca utama kematian bagi kaum wanita bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia….



Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.
 
Kanser payudara menyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.


Pengkelasan Kanser Payudara

Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. 

Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Simptom atau Tanda-tanda Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda atau simptom biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda-tanda atau simptom lain timbul. 

Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi tanda kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. 

Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Tanda-tanda lain mungkin terjadi gumpulan di payudara atau di ketiak. 

Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. 

Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda-tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, simptom neurologi dan curahan (efusi) pleura. Masalahnya adalah tanda-tanda awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Punca Kanser Payudara

Setakat ini tiada siapa yang benar-benar pasti apa punca kanser payudara. Antara faktor yang sering dikaitkan dengan kanser payudara termasuk sejarah kanser dalam keluarga, umur, genetik, pil perancang keluarga, berat berlebihan dan gaya hidup kurang aktif

Menurut Dr. Joseph Mercola, antara punca utama kanser payudara adalah kekurangan nutrien dan pendedahan kepada pencemaran alam sekitar. Institut Penyelidikan Kanser Amerika menganggarkan bahawa kira-kira 40 peratus daripada kes kanser payudara di Amerika boleh dicegah jika orang ramai membuat pilihan gaya hidup yang lebih bijak.

Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal insitu atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. 

Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Kaedah dan Pilihan Rawatan

Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Berbincanglah dengan doktor anda untuk pilihan rawatan yang sesuai dengan anda atau pesakit berkenaan. Pilihan rawatan umum untuk kanser payudara adalah pembedahan, terapi radiasi, kemoterapi, terapi hormon dan terapi sasaran.

Sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai pilihan rawatan, pastikan keputusan biopsi diteliti dahulu oleh pakar yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan luas tentang kanser payudara.

Terdapat juga rawatan alternatif seperti penggunaan dos tinggi vitamin D dan mengambil makanan yang mempunyai nutrien tertentu. Ada juga yang menggunakan homoeopathy sebagai rawatan alternatif…

(credit to www.kesihatan.biz)

Pesakit juga boleh mengambil ikhtiar sihat dengan mengambil suplemen atau vitamin Shaklee iaitu Vivix Shaklee, Nutriferon Shaklee, Vitalea, Ostematrik dan juga Sustained Release Vita-C.

Jom baca testimoni ini : 

Pada Oktober 2006, saya telah disahkan menghidap Kanser Payudara. Menjalani pembedahan membuang benjolan payudara sebanyak 2 kali dan telah menjalani kemoterapi, terapi biologi (herceptin), radiasi dan histerektomi. Setelah selesai menjalani kemoterapi, saya mula mengambil Nutriferon Shaklee, Vitalea, Ostematrix dan Sustained Release Vita-C dan VIVIX bermula 6 bulan sebelum pemeriksaan susulan terakhir saya. Ketua Pakar Pembedahan Onkologi di Breast Department, Moffitt Cancer Center, Tampa Florida mengatakan hasil ujian darah saya sangat baik!

Saya bertanya jika saya ada kemungkinan untuk pulih sepenuhnya dari kanser payudara ini. Doktor kata ‘tidak’ namun terdapat satu bahan yang didapati untuk mengubati kanser payudara. Mereka berpendapat bahan ini akan mencegah berulangnya kanser payudara dan juga kanser prostat. Moffitt baru sahaja tersenarai sebagai penerima geran satu juta dolar bagi percubaan klinikal bahan ini.

Bila saya bertanya “Apakah bahan itu?”, doktor menjawab ia adalah RESVERATROL. Saya terus menjawab saya telah mengambil Shaklee Vivix (Resveratrol) selama 6 bulan. Doktor kelihatan sangat terkejut dan berkata “Awak adalah orang pertama yang saya lihat mempunyai kesan yang sangat bagus dengan resveratrol. Saya akan meminta awak untuk terlibat dalam ujikaji”.

Sekiranya geran diluluskan saya sangat teruja dapat membantu Susan B. Komen Foundation dalam kajian ini. Pengambilan VIVIX, Nutriferon dan suplemen lain telah menghilangkan ketakutan saya terhadap kanser dan mencegah berulangnya dari berlaku kanser.

Barbara W, Seminole, FL 9/17/2009




Alhamdulillah...dengan vivix..Nutriferon dan beberapa suplemen shaklee yang lain, ianya membantu Barbara pulih dari penyakit kanser yang dihadapinya...

Lagi testimoni Vivix untuk kanser payudara 




Jika ada di kalangan kawan-kawan atau saudara mara korang yang sedang berjuang melawan penyakit ini korang boleh cadangkan kepada mereka Vivix tonik ajaib ini. Mudah-mudahan dapat membantu mereka tersenyum dan hidup lebih gembira…

Dapatkan VIVIX sekarang…Usah ditangguh2 lagi.. Sel-sel kanser semakin pantas merebak… Apalah sangat nilai sebotol VIVIX yang harganya tak sampai pun RM500 berbanding kos merawat penyakit kanser yang lebih tinggi dari RM500… 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5a2756a3cb9cde852cad3c97e120b656


Untuk order dan sebarang pertanyaan...
Hubungi saya segera:

Your Shaklee Independent Distributor

Salmiah Othman
 SMS | Call : 019-8769412
 Shaklee ID : 949800
 Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop danFacebook saya juga, kalau sudi add la saya :)



No comments:

Post a Comment