Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget

Thursday, 20 April 2017

Apa Itu Vertigo : Gejala, Punca Dan Cara Merawatnya

" Pernah tak korang rasa badan berputar2 atau melayang?"
haa..itu adalah salah satu gejala Vertigo...

Apa itu Vertigo?

Pernah dengar apa itu vertigo..?? Mesti ramai yg tak pernah tahu apa itu vertigo..hari nie saya cuba berikan sedikit maklumat tentang vertigo..supaya anda nampak vertigo nie jenis penyakit yg macam mana...apa punca terjadinya vertigo dan cara merawatnya..

Bayangkan bilik kita berpusing-pusing dan bergerak ketika kita tengah duduk? Mesti pening kan? Macam tu lah rasa Vertigo...
Bila kena Vertigo..badan rasa melayang-layang...pening..mabuk dan boleh muntah-muntah..Satu kerja pun tak boleh buat...Kalah rasa sakit migrain..


Gejala Vertigo

Vertigo sering dicetuskan oleh perubahan dalam kedudukan kepala anda...
Orang yang mempunyai vertigo biasanya menggambarkan keadaan seperti..

1) Berputar
2) Senget
3) Bergoyang
4) Tidak seimbang
5) Ditarik ke satu arah

Gejala-gejala lain yang mungkin mengiringi vertigo termasuklah :

1) Rasa loya
2) Pergerakan mata yang tidak normal
3) Sakit kepala
4) Berpeluh
5) Telinga berdesing atau kehilangan pendengaran

Gejala ini boleh bertahan selama beberapa minit kepada beberapa jam atau lebih dan boleh datang dan pergi...

Punca Berlakunya Vertigo?

1) Masalah Telinga - radangan, jangkitan atau mendapan serta pembentukan kalsium(otolith) di saluran semisirkular yang boleh menyebakan masalah dalam sistem vestibular. Sistem Vestibular ini meliputi telinga dan sistem saraf yang mengawal keseimbangan.

2) Ada 3 jenis VERTIGO yang disebabkan oleh masalah telinga iaitu 'Benign Paroxysmal Postional Vertigo'aka BPPV, penyakit meniere seperti telinga berdegung, perasaan rasa macam berputar-putar dan radang urat saraf vestibular.

3) BPPV  disebabkan oleh pembentukan kalsium dalam telinga yang dipanggil otolith yang termendap dibahagian yang tidak sepatutnya disaluran semisirkular.

4) Penyakit Meniere adalah keadaan yang menyebabkan berlaku berulang kali tiga gejala vertigo, kehilangan pendengaran dan bunyi dalam telinga (tinnitus).

5) Radang urat saraf vestibular disebabkan oleh virus yang boleh mengakibatkan kebengkakan atau keradangan sekeliling saraf.

6) Vertigo yang berlaku boleh berlanjutan beberapa minit ke beberapa jam. Ia kemungkinan disebabkan oleh pembentukan cecair dalam koklea telinga.

7) Malah mereka yang diserang Vertigo yang teruk boleh mengakibatkan loya, muntah dan kesukaran berjalan atau berdiri sehinggakan boleh mengalami kurang pendengaran pada sebelah telinga.

Kalau anda alami gejala-gejala seperti di atas..jangan tunggu lagi..segera dapatkan rawatan dan pengesahan dari doktor pakar ENT iaitu pakar telinga, hidung dan tekak..

Rawatan untuk Vertigo

Ada beberapa rawatan yang dapat mencegah Vertigo:

1) Meletakkan kepala lebih tinggi dari badan ketika sedang duduk atau berbaring. Elak menunduk atau posisi kepala dan badan sejajar

2) Menggerakkan kepala secara perlahan, sebaiknya sebelum berdiri dari tempat tidur seeloknya duduk terlebih dahulu supaya pergerakan yang dilakukan oleh badan tidak terlalu drastik.

3) Pengambilan ubat-ubatan atas nasihat doktor seperti betasere..stemetil dan stugeron..

4) Terapi fizikal seperti senaman yoga, tai chi, senaman dengan pergerakan kepala yang mudah. Ia juga bergantung kepada kemampuan fizikal individu.

5) Pengambilan nutrisi yang cukup untuk kesihatan yang optimum.

Bagi yang ingin mencuba rawatan alternatif untuk pulihkan vertigo..boleh cuba mengambil vivix shaklee...


Penemuan saintifik yang hebat dari Shaklee dengan ramuan semulajadi yang mengandungi antioksidan yang teramat tinggi dan lebih kukuh.

1) Menggalakkan pembentukan baru Mitochondria yang sangat penting untuk pemulihan sistem saraf akibat Vertigo. Apabila mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menurun fungsi sel turut menurun.

2) Vivix juga meningkatkan fungsi imun badan untuk melawan jangkitan virus dan bakteria, membantu pengaliran darah yang lancar untuk sistem saraf yang sihat, merendahkan tekanan darah, merendahkan kolestrol, memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular, jantung termasuk strok.

3) Melambatkan pembentukan protein AGE (advanced glycation end product) yang boleh mengganggu keutuhan sel.

Selain itu..anda boleh ambil Bcomplex..Vitamin C..Vitamin E dan Ostematrix...

Bcompleks mengandungi Vitamin B sangat penting untuk peredaran/perjalanan darah ke seluruh badan terutamanya ke kepala.

Vitamin C membantu menguatkan kapilari darah dan perbaiki saluran darah.
Vitamin E sangat bagus untuk lancarkan peredaran darah.

Ostematrix membantu melegakan dan me’relaks’ kan saraf kita dan juga peredaran darah lebih lancar (terutamanyanya untuk denyutan jantung)...

Apa kata kita tengok beberapa testimoni pesakit yang telah bebas daripada vertigo setelah pengambilan Vivix...







Setiap penyakit ada penawarnya..cegah sebelum parah..inshaAllah..

Hubungi saya untuk order Suplemen Shaklee hari ini...




Your Shaklee Independent Distributor

Salmiah Othman
♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ FB Page : http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di  
Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya :)

No comments:

Post a Comment