Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget

Wednesday, 5 April 2017

Ikhtiar Kecutkan Fibroid Cara Selamat Dengan Vivix Shaklee

Kenali Apa Itu Fibroid?

FIBROID adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan sejenis ketumbuhan yang sering melanda wanita dan ianya BUKAN KANSER...Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari…Bila meningkat umor empat puluhan..30% wanita ada ketumbuhan fibroid… 

Kewujudan fibroid ini sangat menjejaskan kualiti hidup seorang wanita baik dari segi seksual..prestasi di tempat kerja..mahupun hubungan dengan keluarga..dan biasanya mengambil alternative untuk buang saja fibroid dengan operate..sebelum saya kongsikan lebih lanjut ikhtiar kecutkan fibroid cara yang selamat dengan Vivix Shaklee..kita lihat dulu gejala/simptom masalah fibroid ini....



Gejala Fibroid

1) Haid terganggu

Pendarahan yang banyak dan berpanjangan merupakan salah satu simptom kepada gejala fibroid. Keadaan ini turut mendorong kepada masalah kekurangan darah (anemia). Lazimnya, jika berlaku pendarahan yang terlalu banyak dan berketul-ketul, pemeriksaan doktor harus dilakukan. 

2) Masalah ketidaksuburan

Fibroid boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan…Akan tetapi..tidak semua gagal mengandung…Antara kemungkinan yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah:

~ Ketumbuhan yang besar boleh menyebabkan keguguran
~ Kelahiran tidak cukup bulan
~ Masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang.
~ Ada kalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung.
~ Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid akan menjadi tegang dan tertekan disamping melalui proses perubahan yang dinamakan 'degenerasi'

3) Tekanan pada pundi kencing

Kedudukan pundi kencing yang berdekatan dengan rahim. Apabila terdapatnya fibroid, ia akan menekan pundi kencing dan akan menyebabkan wanita akan mengalami masalah kerap kencing dan adakalanya tidak dapat mengawal apabila batuk atau bersin

4) Kekenduran Rahim (Prolaps)

Fibroid juga boleh menyebabkan prolaps. Wanita yang mengalami kekenduran rahim akan dibantu dengan alat 'forceps' atau 'vacuum' sewaktu proses melahirkan. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika wanita mempunyai fibroid.

Kenapa saya amat suggest Vivix Shaklee sebagai ikhtiar atau jalan penyelesaianya? Sebab telah ramai yang berjaya pulih dan sihat dengan consume Vivix nie…Daripada 13 cm fibroid ke 6 cm…ke tiada langsung…Alhamdulillah bersyukur sangat..

Kita kena faham bagaimana Vivix nie membantu dalam mengecutkan fibroid…

Vivix membantu dalam menyihatkan dan membaiki sel yang rosak.
Perlu kita ingat bahawa dalam badan kita ada 11 sistem yang perlu beroperasi dengan baik bagi menjadikan kita manusia yang sihat...Semua sistem terbentuk daripada sel... Daripada sel menjadi tisu…daripada tisu menjadi organ..daripada organ menjadi sistem…Jadi perlu untuk sel kita sihat bagi menghasilkan sistem yang sihat..

Salah satu sistem dalam badan kita ialah sistem peranakan..Sel sistem peranakan ini perlu sihat bagi melahirkan sistem yang sihat..Maka…dengan pengambilan Vivix yang berfungsi untuk membaiki dan menyihatkan sel, maka secara langsung ianya juga akan membantu mengecutkan fibroid dan menghasilkan sistem peranakan yang sihat.

InshaAllah dengan pengambilan Vivix yang berterusan akan membantu untuk mengecutkan dan menghilangkan fibroid…

Mari kita tengok apa kandungan yang ada dalam sebotol VIVIX SHAKLEE..




Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Bagaimana VIVIX berfungsi?

Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel…menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. 

1) Memperbaiki DNA.

Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

2) Memperbaiki tenaga sel.

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

3) Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar…Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Bagaimana VIVIX bertindak ke atas sel tubuh manusia

1) Cell Defence : mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit
2) Cell Energy : memberi tenaga kepada sel yang lama
3) Cell Repair : membaiki sel yang telah rosak
4) Cell Performance : meningkatkan prestasi sel

10 Kebaikan VIVIX

1) Menggalak penuaan yang sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakkan kanser – merencat sel kanser daripada menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bagi penyakit nyanyuk
7) Membantu dalam proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan

VIVIX bantu Penyakit Serius

Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit serius…antaranya:

• Diabetes / Kencing manis
• Strok
• Katarak dan masalah mata
• Tekanan Darah Tinggi
• Masalah saraf
• Kayap
• Batuk berpanjangan
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang (lutut dan pinggang)
• Resdung
• Bengkak jantung
• Letih (memberi tenaga)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut dan kusam)
• Rambut kembali hitam (uban)
• Rambut gugur
• Kolestrol tinggi
• Masalah selera makan
• Asma
• Sembelit di kalangan warga emas
• Angin dalam badan
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh
• Perokok
• Masalah kelenjar tiroid
• Kanser dan tumor
• Cyst
• Penyakit SLE
• Kudis
• Gout
• Alzheimer atau nyanyuk
• Metabolisme badan rendah
• Masalah berat badan
• Awet muda
• Fibroid
• Alergik
• Tibi
• Wanita berpantang
• Breast lump
• Kerap ulser mulut
• Keputihan

Antara TESTIMONI BERJAYA dengan VIVIX

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 16: NURHAYATUL NIRA

(ACTIVE FYBROID SEBESAR 10CM MENGECUT DAN AKHIRNYA BOLEH BERSALIN NORMAL)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Nama saya Nurhayatul Nira binti Ramli, berusia 37 tahun dan baru sahaja melahirkan anak keempat Januari yang lepas.

Saya berkenalan dengan Shaklee dah lama, cuma tidak secara konsisten sebelum ni. Saya selalu mengadu pada kawan saya, Azlinda Ismail (SID 866459) tentang penat dan sakit-sakit badan yang saya alami. Beliau mengesyorkan saya mengambil multivitamin, Vitamin c dan kalsium disebabkan jadual kerja dan pemakanan saya yang tidak menentu. Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik dan lebih bertenaga. Niat saya mengambil suplemen adalah untuk sihat, serta kesihatan itu dapat saya gunakan untuk beribadat dengan lebih sempurna.

Bagaimanapun, saya mendapat "kesan sampingan" daripada pengambilan suplemen tersebut. Saya bukan sahaja semakin sihat, namun saya juga disahkan hamil di kala anak bongsu saya waktu itu berumur 5 tahun. Saya tidak langsung merasa penat di awal kehamilan sedangkan ketika itu saya berada di dalam lawatan kerja di sekitar United Kingdom selama 2 minggu.

Pasangan mana yang tak gembira bila dikhabarkan tentang zuriat yang bakal mereka timang. Bertambah gembira pada waktu scan, doktor mengatakan ada 2 kantung di situ!

Namun, selepas detailed scan dilakukan, doktor mengesahkan, kantung itu bukanlah kembar seperti yang disangkakan. Malang sekali ianya adalah cyst sebesar 5.2 cm. Tidak mahu putus asa, kami mendapatkan nasihat pakar seterusnya. Lebih memilukan, rupa-rupanya ia bukan cyst, namun active fibroid yang sebesar 6.7 cm kini berada dalam kandungan saya. Doktor menasihatkan agar saya melalui pembedahan caesaeran berikutan saiz fibroid yang semakin membesar dan membahayakan diri saya.

Saya tak mahu putus asa. Saya selalu mendengar kehebatan tonik ajaib di wall sahabat saya. Saya nekad mencuba di atas risiko sendiri. Maka bemulalah episod saya dan Vivix. Ketika check up keempat, saiz fibroid hampir 10 cm dan saya teruskan ambil Vivix dengan konsisten dan yakin. Sahabat saya turut mencadangkan Omega Guard yang bertindak anti-radang sebagai menggantikan Vivix.

Alhamdulillah, pada 19 December 2016, checkup dengan pakar menunjukkan fibroid mengecil kepada 4.7 cm. Checkup terakhir pada Januari 2017 pula, pakar mengesahkan saiz fibroid ialah 4.2 cm dan lebih menggembirakan saya tidak perlu menjalani sebarang pembedahan kerana kepala bayi pun telah engaged.

Mengimbas kembali detik-detik kelahiran anak keempat saya. Kelahiran yang mudah dan paling cepat pernah saya rasakan. Pagi itu, saya mengalami kontraksi dan laluan cuma 2cm. Saya sempat bersolat jemaah Maghrib di masjid sebelum ke hospital malam itu. 9 malam, saya didaftarkan di Hospital Serdang. Saya sudah bersedia untuk melahirkan pada jam 9.30 malam.

Akhirnya pada 10:05 malam, 29 Januari 2017, lahirlah Ainur Mardhiah binti Abdul Muttalib ke dunia.Tanpa pembedahan, tanpa sebarang koyakan. Alhamdulillah.
Selepas je bersalin, saya terus minum 3 sudu Vivix supaya lebih bertenaga dan mahukan recovery yang cepat. Pada 30 Januari 2017, jam 6.30 pagi, doktor memeriksa saya dan akhirnya dibenarkan discharge pada jam 10 pagi itu juga. 13 jam sahaja di hospital, rekod untuk kelahiran semua anak-anak saya!

Saya masih lagi berpantang ketika testimoni ini ditulis, berpantang sendiri sambil menguruskan anak-anak seramai 4 orang yang masih kecil bukanlah sesuatu yang mudah. Namun kita sendiri yang memudahkannya dengan pengambilan suplemen yang betul dan berkualiti.

Terima kasih kerana dipertemukan dengan suplemen yang sangat berkualiti ini...


Testimoni Fibroid Mengecut Dari 7cm Ke 3cm Dengan Vivix


Alhamdulillah...Semua penyakit ada penawarnya…Bila kena penyakit dengan penawarnya inshaAllah akan sembuh… anda yang ada mengalami masalah fibroid bolehlah berikhtiar dengan Vivix Shaklee...






Untuk order dan sebarang pertanyaan...

Hubungi saya segera:

Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
 SMS | Call : 019-8769412
 Shaklee ID : 949800
 Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop danFacebook saya juga, kalau sudi add la saya :)

1 comment:

  1. Takut nya fibroid ni..jom la ikhtiar dengan vivix

    ReplyDelete