Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget

Sunday, 23 April 2017

Kencing Manis @ GDM Ketika Hamil : Risiko Ke Atas Ibu Dan Bayi

Kencing Manis semasa hamil..kalau boleh memang nak dielakkan..Mesti rasa pelik kan..sebab sebelum hamil..si ibu tidak pernah ada kencing manis pun..tapi disahkan ada kencing manis @ diabetis semasa hamil..Diabetes ini dikenali sebagai Gestational Diabetes Melitus (GDM)...terjadi disebabkan oleh paras gula dalam darah melebihi paras normal..


Masalah kencing manis @ GDM ini boleh memberi risiko terhadap ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan...Sebab tu doktor sangat mengambil berat dan memantau ibu hamil yang mengalami masalah kencing manis @ GDM ini...

Semasa kehamilan..badan akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi...terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya...Jika badan si ibu tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini..ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah..lantas mengakibatkan si ibu menghidap Diabetes Gestasi ini..

Pada kebiasaannya...keadaan Gestasi Diabetes terjadi pada pertengahan ataupun pada lewat usia kandungan..dan selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup...

Apakah risiko-risiko seseorang itu menghidapi Diabetes ketika hamil?

Ibu hamil berisiko tinggi menghidapi Diabetes ketika mengandung..jika mempunyai salah satu daripada faktor-faktor yang tertera di bawah...

1) Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih
2) Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih
3) Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika mengandung
4) Ibu bapa, adik-beradik yang juga mempunyai Diabetes

Bagaimana untuk mengetahui si ibu mempunyai kencing manis semasa kehamilan?

Jika anda mempunyai salah satu faktor seperti yang tertera...anda akan menjalani ujian toleransi glukosa (GTT) ketika mengandung. Ini adalah sejenis ujian mudah yang dijalankan pada awal peringkat kandungan dan akan diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu.

Ujian toleransi glukosa GTT memerlukan anda untuk berpuasa semalaman iaitu tidak makan atau minum, kecuali air kosong/ air mineral sahaja.

Pada awal pagi nya, sebelum anda menikmati sarapan, ujian darah akan dijalankan terlebih dahulu. Kemudian anda akan diminta untuk menghabiskan larutan gula yang berperisa Oren atau Cola.

Kemudian, ujian darah akan diulang sekali lagi selepas 2 jam anda menikmati larutan gula ini. Mudah bukan?

Jika anda menghidapi kencing manis pada kandungan sebelumnya, anda akan diminta membuat ujian toleransi glukosa GTT ini pada lebih awal kandungan untuk pengesanan awal Diabetes ketika mengandung, justeru dapat mengawal atur paras gula di dalam darah. Kawal atur gula di dalam darah pada peringkat awal mengandung adalah teramat penting dalam tempoh pembentukan organ-organ penting bayi anda pada ketika ini dan mengurangkan komplikasi Diabetes pada bayi dan juga ibu.

Jika keputusan ujian toleransi glukosa GTT normal, ujian ini perlu diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu kandungan.

Risiko Kencing Manis Kepada Ibu Hamil...

1) Mudah mendapat jangkitan pada faraj
2) Berisiko menghidap diabetes untuk sepanjang hidupnya
3) Luka bersalin akan lambat sembuh jika menghidap kencing manis
4) Berisiko bersalin secara pembedahan atau cesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar
5) Tekanan Darah Tinggi...GDM boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi semasa hamil.

Risiko Kencing Manis Kepada Bayi Dalam Kandungan

1) Risiko bayi meninggal semasa dalam kandungan
2) Kelahiran bayi secara pre-mature atau pra-matang
3) Apabila bayi menjadi terlalu besar, akan mengalami kesukaran semasa bersalin
4) Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap kencing manis
5) Masalah kesihatan selepas bersalin seperti hipoglisemia (gula rendah) dan juandice atau demam kuning
6) Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetes berbanding dengan kehamilan biasa

Tanda Atau Simptom Kencing Manis Semasa Hamil

1) Ibu hamil akan terasa cepat penat dan keletihan
2) Sering membuang air kecil secara sedikit
3) Luka dan lebam di badan yang lambat untuk sembuh
4) Dahaga yang melampau
5) Rasa keinginan yang tinggi untuk memakan makanan yang manis
6) Penglihatan yang kabur

Jika ibu hamil disahkan menghidapnya..jangan bimbang...Masih ada cara untuk mengawalnya...

Antara perkara yang boleh membantu untuk mengawal dan mengelak GDM semasa hamil ialah

1) Jaga Nutrisi Pemakanan 

Sebelum ini kita tahu bahawa “Kita adalah apa yang kita makan”. Bagi ibu hamil, ia lebih lagi: “Bayi kita makan apa yang kita makan”. Jadi ambil kira apa yang baik untuk kita dan juga bayi bagi mengelakkan paras glukosa yang tinggi dalam darah secara berlebihan. Pengambilan suplemen vitamin untuk ibu hamil dan GDM turut boleh membantu mengatasi masalah ini.

2) Selalu Bersenam 

Senaman atau beraktiviti aktif secara sihat mampu merangsang tubuh untuk memanfaatkan lebih glukos. Lebih baik berbanding aktiviti pasif yang memaksa tubuh bekerja keras menghasilkan insulin untuk mengekalkan paras glukosa normal. Kesan sampingan kawalan glukosa ini turut membantu mengawal berat badan berlebihan ketika hamil, tidur atau rehat yang lebih berkualiti dan memperbaiki perubahan mood.

3) Kaedah Perubatan/Suntikan Insulin 

Mungkin setelah penjagaan pemakanan dan amali senaman, kita terpaksa memerlukan lebih kawalan paras glukosa dalam darah. Preskripsi insulin atau kaedah perubatan lain mungkin juga boleh membantu. Oleh itu, nasihat dan pantauan daripada doktor adalah amat diperlukan.

4) Mengambil supplemen yang boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah

Shaklee mempunyai produk yang dapat mengawal tahap gula dalam darah dan ianya selamat diambil oleh ibu hamil kerana sifatnya yang semulajadi dan tiada dadah atau ubat terlarang.

Bagaimana Suplemen Shaklee membantu Ibu Hamil Yang Menghidapi Kencing Manis Semasa Hamil



1) Esp

kandungan Glisemik Indeks yang rendah boleh menggantikan karbohidrat dalam diet seharian dan akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah. Protein soya adalah antara karbohidrat yang baik untuk menghidap kencing manis ketika hamil.

2) B Complex 

Untuk metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan. Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga.

3) Vitalea 

Kandungan zinc dalam vitalea berfungsi menurunkan paras glukosa dalam darah dan bantu pembentukan insulin yang baru. Mengandungi Chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan.

4) Ostematrix 

Kekurangan magnesium semasa hamil adalah salah satu punca terkena kencing manis. Sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis. Magnesium meningkatkan kadar rembesan insulin dan mengurangkan rintangan insulin.

5) Vitamin C 

Memperbaiki kadar toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi dalam salur darah akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul banyak...

Testimoni Set Kencing Manis @ GDM Shaklee




Jikalau ibu-ibu menghidap kencing manis semasa hamil..silalah ambil langkah-langkah untuk mengawalnya...Kerana kencing manis semasa hamil ini boleh memberi risiko dan membahayakan keadaan ibu dan bayi..

Boleh dapatkan suplemen shaklee semasa hamil untuk mencegah dan mengelak daripada kencing manis semasa hamil...




Untuk order dan sebarang pertanyaan...

Hubungi saya segera:
Your Shaklee Independent Distributor

Salmiah Othman
♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ FB Page : http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop danFacebook saya juga, kalau sudi add la saya :)

No comments:

Post a Comment