Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget

Sunday, 9 April 2017

Masalah Jerawat Kronik : Bagaimana Vitamin Shaklee Membantu Merawat Dan Mengatasinya

Memang sedih kan bila kita menghadapi masalah jerawat kronik?..Jerawat kronik ni sangat degil..munculnya secara berterusan..pada tempoh yg lama untuk hilang..lepas tu akan meninggalkan kesan parut Jerawat yang amat tidak selesa dipandang dan keyakinan untuk berjumpa dengan orang ramai pun kurang..dengan kata lain akan menjejaskan penampilan wajah dan ketrampilan diri seseorang

Disebabkan parut jerawat akibat daripada kesan jerawat yg kronik ini..kita pun akan cuba lah bermacam-macam produk kerana terdesak untuk bebas daripada masalah jerawat…Tapi perlu untuk anda ingat..jangan sekali-kali terpedaya dengan iklan yang menjanjikan KESAN SEAWAL 3 HARI atau yang seangkatan dengannya…yang akhirnya akan menyebabkan masalah yang lebih teruk…

Ini kerana…produk yang menjanjikan kesan secepat itu pasti mempunyai kandungan kimia yang tinggi…Bila anda berjerawat..ini menandakan berlaku jangkitan kuman pada wajah anda… Kuman yang bercampur dengan bahan kimia akan menyebabkan jerawat menjadi lebih kronik..


Apakah sebabnya munculnya jerawat yang degil ini ?? Adakah ada cara untuk menghilangkan jerawat kronik ini secara berkesan ?? Saya akan kongsikan pada anda semua dalam artikel ini..dan juga pengalaman beberapa orang yang telah berjaya..akhirnya bebas dari belenggu masalah jerawat kronik ini…dengan mencuba vitamin shaklee...

Jom kita lihat dulu apakah 4 punca utama terjadinya masalah jerawat
1) Hormon

Individu di usia 15-27 tahun cenderung mempunyai hormon yang tidak seimbang. Ia berpunca daripada permulaan akil baligh seseorang menyebabkan jumlah hormon testosteron, progesteron dan estrogen berada dalam keadaaan tidak stabil. Ada individu yang mencapai keseimbangan yang lebih cepat, dan ada individu yang mengambil masa lebih lama. Jerawat hormon selalunya tumbuh pada bahagian dagu dan dahi dengan keadaan bengkak merah.

2) Wajah berminyak

Minyak yang berlebihan akan mengaktifkan sebum penghasilan minyak dan mencetuskan berlakunya jerawat. Ini kerana wajah berminyak akan lebih mudah memerangkap kotoran pada wajah menyebabkan liang pori-pori tersumbat dan membentuk jerawat. Jerawat disebabkan wajah berminyak selalunya adalah jerawat pasir.

3) Badan banyak toksin

Kandungan makanan yang kita makan setiap hari akan menentukan tahap toksin di dalam tubuh kita. Makanan fast food, berlemak akan menyimpan toksin lebih banyak dalam tubuh kita. Toksin yang tidak mampu dikeluarkan melalui najis akan dikeluarkan melalui kulit kita, terutamanya wajah dan bahagian belakang. 

4) Kulit Wajah yang sensitif

Kulit wajah yang sensitif akan menyebabkan jerawat tumbuh pada merata-rata bahagian wajah. Boleh jadi jerawat bernanah, jerawat membengkak dan jerawat batu. Ia disebabkan oleh lapisan kulit wajah yang menipis dan sel kulit yang tidak mampu menjalankan fungsi dengan baik. Penipisan kulit wajah selalunya disebabkan oleh penggunaan skincare yang berasaskan bahan kimia…

Bagaimana Produk/Vitamin Shaklee Membantu Merawat Masalah Jerawat Batu Kronik??

1) Energizing Soy Protein – ESP

Pengambilan protein atau asid amino yang mencukupi sangat membantu untuk penghasilan kolagen dan juga penting dalam proses membaik pulih tisu-tisu yang rosak. Asid amino juga sangat penting untuk penghasilan sel-sel kulit yang baru. Dan yang bestnya..ESP mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan oleh badan..

(Penting pengambilan ESP kerana ianya membantu vitamin lain menyerap dalam badan dengan berkesan dan amalan berterusan dapat membantu cantikkan kulit wajah. Kulit cantik berseri-seri) 

2) Sustained Release Vita-C 500 mg

Antioksidan adalah antara komponen penting untuk hentikan jerawat. Antioksidan boleh dijumpai dalam sebum (minyak yang dihasilkan di liang pori muka). Antioksidan ini bertanggungjawab untuk menghalang komponen yang terkandung dalam sebum (squalene) daripada teroksida (squalene peroxide), salah satu punca yang menyebabkan liang pori tersumbat. Oleh itu, sebab itu pentingnya vitamin C dalam merawat jerawat kerana vitamin C adalah number one water-soluble antioxidant.

Vitamin C adalah penyumbang utama electron kepada radikal bebas (ini adalah fungsi antioksidan untuk deactivate radikal bebas). Ia juga mampu melindungi tisu-tisu seperti protein dan lipid daripada teroksida. Tambahan lagi, vitamin C ini secara tidak langsung dapat menghalang liang pori kita daripada tersumbat.

Vitamin C juga melindungi kulit melalui penghasilan kolagen. Dengan cara ini, protective barrier kulit akan lebih kukuh. Ia juga menghalang pigmentasi kulit dan boleh membantu mengilangkan parut jerawat.

3) Alfalfa Complex

Bertindak sebagai agen detoks semulajadi..Membuang segala toksin dari badan..Jerawat berlaku disebabkan kehadiran toksin dalam badan..membantu meneutralkan asid dalam badan dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh bagi mengelak pertumbuhan jerawat berulang…

4) GLA Complex

Gla Complex membantu mengekalkan kestabilan bendalir semulajadi dan mencegah kehilangannya dari badan..Gla Complex juga berperanan memastikan kulit sentiasa lembap dan berfungsi memperbaiki sempadan bendalir kulit…Memandangkan ia juga bereperanan mengawal dan mengatur semula hormone tubuh..Gla Complex mampu merencat hormone pada kulit yang boleh menyebabkan jerawat..Antara hormone tidak stabil ialah kemunculan jerawat yang banyak semasa kedatangan haid…

5) Vitamin E  

Vitamin E juga merupakan sejenis antioksidan tetapi fat-soluble. Ia bertanggungjawab dalam 'clear'kan reactive oxygen species (ROS) yang terhasil daripada metabolisme lemak. Ia juga terlibat dalam membaik pulih tisu yang rosak akibat radikal bebas.

Bagaimana vitamin E bertindak untuk mengurangkan jerawat?

1) Mempunyai antioksidan yang menghalang sebum daripada teroksida (punca utama liang pori tersumbat dan menyebabkan jerawat)

2) Melindungi kulit daripada rosak akibat daripada kena sinaran UV yang berbahaya. Ia juga bantu mengeluarkan toksin dan radikal bebas.

3) Membaik pulih tisu-tisu yang rosak dan sekaligus mengukuhkan protective barrier kulit.

Selain itu, vitamin E shaklee mengandungi selenium. Selenium bertindak bersama antioksidan lain untuk menghasilkan peroxidase untuk mengurangkan keradangan (punca jerawat menjadi lebih teruk). Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kandungan selenium rendah lebih cenderung untuk mempunyai jerawat.

Jom Kita Tengok Testimoni Mereka


"Nama saya Lisa Laing. Saya seorang ibu dan surirumah. Pengalaman saya bersama Shaklee sangat mengembirakan saya dan keyakinan diri saya kembali bila berhadapan dengan orang.Tiada lagi perasaan rendah diri dan benci pada diri sendiri setiap kali melihat."

"Perkongsian saya adalah berkaitan dengan kulit wajah saya yang bermasalah teruk selepas saya melahirkan anak pertama pada November Tahun 2010."

"Wajah yang bebas jerawat dan bersih licin tiba-tiba dipenuhi dengan jerawat yang sangat teruk. Lebih parah ia sakit bagaikan kulit terbakar bila dicuci."

"Pelbagai produk dari harga murah hingga ratusan ringgit telah diguna untuk mengubati masalah jerawat saya. Namun tidak juga sembuh. Tetapi ia membuat muka saya ditumbuhi dengan lebih banyak jerawat,kulit muka kemerahan serta kulit terasa terbakar kepedihan setiap kali muka dicuci."

"Saya pernah berjumpa Doktor pakar kulit swasta. Doktor memberitahu bahawa masalah saya timbul disebabkan Hormon Exchange selepas bersalin. Ubat yang dibagi doktor memang membantu tetapi bila tidak meneruskan pengambilan ubat yang dibagi doktor jerawat saya timbul dan lebih parah lagi jerawat muka saya semakin teruk."

"Bayangkan dalam 1 bulan perlu follow up 2 kali dalam 1 bulan. Dalam 1 bulan sahaja ratusan ringgit melayang tanpa kesan memuaskan. Saya sangat berputus asa."

"Itulah kisah saya tanpa Shaklee."

"Permulaan saya bersama Shaklee bermula apabila saya melayari internet. Banyak sangat testimoni berkaitan kebaikan Shaklee di internet. Hati saya tergerak untuk mencuba produk Shaklee.
(Jika tidak silap saya mula mengenali Shaklee pada tahun 2012.)"

"Saya merasa bersyukur sangat kerana Shaklee telah membantu saya dalam mengatasi kulit muka yang ditumbuhi jerawat teruk . Kini jerawat teruk bagaikan membakar wajah saya telah hilang buat selamanya. Terima Kasih sangat kepada pengasas Shaklee ini kerana telah mengeluarkan produk yang sangat terbaik."

"Sekarang tanpa meneruskan pengambilan Shaklee kulit muka saya tetap sihat dan bebas jerawat. Ada pun jerawat timbul jerawat nakal yang datang sekejap sehaja.
( Hampir 1 tahun mulai 2014 tidak meneruskan pengambilan Shaklee kecuali ambil Vitamin C sahaja )"

"Lebih mengembirakan saya ialah sekarang saya tidak perlu guna makeup tebal bila berjumpa kawan. Kadang tanpa makeup pergi ke kedai."

"Ini adalah senarai produk yang saya ambil:

1) Awal pengambilan hanya dengan Vitamin C dan ESP

2) Bulan seterusnya ada bajet saya tambah Alfafa Complex

3) Ada bajet lagi saya beli GLA Complex untuk bantu stabilkan hormon

4) Bulan seterusnya saya beli Vitamin E

5) Disebabkan saya tidak dapat guna sebarangan produk pencuci muka saya pun mencuba Enfuselle Gel Cleansing. Tidak memedihkan kulit muka saya.


"Lihat sendiri testimoni saya. Gambar dulu dan terbaru sekarang (6/10/2015). Tanpa pengunaan berterusan tiada lagi jerawat teruk timbul walaupun saya baru lepas bersalin pada 2/8/2015."


Itulah kisah yang dialami oleh Puan Lisa Liang dan beliau sememangnya bijak mengambil langkah terbaik untuk kulit dan sekaligus untuk kesihatannya...

Kita baca pula Testimoni Dari Puan Noriza Salleh


"Shaklee Effect saya sebenarnya bermula dengan set penysuan, tetapi saya share satu lagi Shaklee Effect yang saya suka sangat.  Dulu, kulit muka saya berminyak yang teramat. Bukan setakat berminyak, bahkan jerawat bernanah tumbuh teruk. Ia menyebabkan muka saya terasa gatal. Macam nak garu dengan garfu. Kadang-kadang, nak basuh muka pun takut. Sebab pernah basuh muka, muka saya berdarah.

Macam-macam pencuci muka yang telah saya cuba. Sebab terlalu terdesak, saya sanggup beli produk yang iklankan “hari ni guna, 3 hari dah cantik!”. Huhu. Serious, sebab saya terdesak sangat nak dapatkan kulit muka yang bersih. Tapi bukannya bertambah baik. Bahkan semakin teruk! Makin bernanah dan sangat perit, lagi lagi jerawat bernanah tu berada di dahi. Ketika sujud, seolah-olah saya letakkan dahi atas jarum.

Ketika ini, saya sudah menggunakan set penyusuan Shaklee, cuma saya tidak kenali produk tersebut dengan baik. Salah satu produk yang membuat muka saya bertambah teruk ialah vitamin E. Setelah mendapat nasihat daripada seorang SID dari Johor Bahru, saya mendapat tahu sekiranya muka berminyak mengambil vitamin E, ia akan menyebabkan muka lebih berminyak sehingga jerawat tumbuh dengan nanah. Akhirnya, beliau cuba menganalisis wajah saya dan mencadangkan produk yang lebih bersesuaian, iaitu:

1)GLA- merupakan kombinasi minyak Borage yang mengandungi Asid Gamma Linolik (GLA), asid linolik, minyak bunga matahari dan vitamin E. Walaupun GLA ini mempunyai vitamin E, namun ia sangat sedikit jika dibandingkan dengan vitamin E complex.

2) Produk kedua ialah ESP. ESP merupakan protein yang membantu dalam memperbaiki sel kulit mati. Sel kulit mati menyebabkan parut pada wajah. Terutamanya sekali parut jerawat yang susah nak hilang. Bila amalkan ESP Shaklee, Alhamdulillah, memang parut jerawat semakin pudar.

3)Produk ketiga ialah Sustained Release Vitamin C. SR Vitamin C ini membantu mengekalkan paras kolagen yang kritikal pada wajah kita. Sebab itu, kalau muka nampak tua atau orang kata muka tak sepadan dengan usia, ia menandakan paras kolagen kita yang berkurangan. Dengan mengambil vitamin C ini, ia membantu meningkatkan paras kolagen pada wajah. Selain ESP yang membantu memudarkan parut jerawat, vitamin C yang menghasilkan kolagen ini menjadikan wajah lebih cerah, mengecutkan jerawat dan mengelakkan wajah menjadi kusam.

Selain daripada supplimen, saya juga mengambil set kecantikan Enfuselle yang sesuai untuk kulit berminyak. Ia membantu untuk memperbaiki dan merawat kulit muka saya dari luar. Selepas jerawat mula surut dan nanah telah hilang, saya bertukar ke set kecantikan Nutriwhite. Inilah salah satu Shaklee Effect saya. Sekarang, saya sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan orang ramai dalam keadaan yang yakin. Suami juga puji perubahan wajah saya."

Pengalaman di atas merupakan pengalaman daripada seornag pengguna Shaklee  iaitu Puan Noriza untuk atasi jerawat nanah pada wajah. 

Antara Testimoni Lain..




Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat...Jom lihat Video ni pula..




Yang penting...vitamin Shaklee tidak memberi kesan mudarat, kesan jangka panjang dan selamat sebab bebas daripada bahan kimia bahaya! Kalau anda ada masalah macam mereka-mereka di atas...boleh lah mencuba set vitamin untuk masalah kulit berjerawat ataupun set kecantikan kulit di atas..:)

Hubungi saya untuk atasi masalah jerawat anda hari ini juga !!






Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
 SMS | Call : 019-8769412
 Shaklee ID : 949800
 Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop danFacebook saya juga, kalau sudi add la saya :)

No comments:

Post a Comment