Jalan-Jalan Ke Kampung Telaga Air

22:46 0 Comments A+ a-

Salam ceria untuk sahabat2 tersayang..

Mulakan hari dengan Bismillah..syukur Allah bg nikmat utk kita bernafas lagi hari nie..dapat pandang lagi wajah2 kesayangan kita..alhamdulillah...

Pagi tadi anak2 semua bngun awal..mandi siap2 sebab nak bawak jalan2..
Singgah breakfast dulu kat Bombay Masala dekat Samar Indah..anak2 order roti canai kosong sementara saya & hubby order roti sardin..



Lepas tu kami singgah dulu rumah kak Noor Hasmah sebab nak ambil Serunding halia yg saya tempah minggu lepas..

Ok..Destinasi di tuju lepas tu..Kampung Telaga Air..agak ramai pengunjung hari nie..plus cuti sekolah..ramai yg bawak family makan2..datang untuk beli ikan segar..kalau nak tau Telaga Air nie banyak ikan fresh2..bagi mereka yg gemar makan seafood... memang rekemen utk dtg kat sini..ketam segar..udang..sotong..semuanya fresh2..









Kebetulan juga masa kami dtg..ada Program Pemeriksaan Kesihatan Baktisiswa dari Fakulti Perubatan UM..saya & hubby x lepaskan peluang utk cek sekali..free je..


Alhamdulillah..result semua ok..BP 127/81 & Glukos 5.1 cantek walaupun lepas makan roti canai sadin dan teh O..cuma berat je terlebih..haha..selera makan bertambah pulak sejak akhir2 nie..patutla muka rasa kembang semacam je..haha..kena reduce kg ni nampaknya..lepas nie kena konsisten ambil Omega Lecithin & Alfalfa..

Dapat pula free Paracetamol..Vitamin C..sabun..pencuci tangan..cream gatal..


Alhamdulillah..orang bagi kita ambil..tapi saya tetap setia dengan vitamin C shaklee..dah hampir 4 tahun consume vita c shaklee..untuk cream kami sekeluarga guna Cream Herbal Blend Shaklee.. 

Dah penat berjalan..time utk balik..nak rest kat rumah pulak..esok saya & hubby kerja..anak2 je yg cuti..tunggu 31 Ogos baru cuti kita balik kpg ye sayang..

Upah penat bejalan..singgah sini dulu sebelum balik..si kakak request dr semalam lagi nak makan KFC..



Dah kenyang..puas bermain...jom balik rumah..hubby nak sambung tengok Sukan Sea tu..hehe..

Sebelum terlupa..Kalau ada yg berminat dengan produk shaklee boleh contact saya ye..


Your Shaklee Independent Distributor

♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga, kalau sudi add la saya :)


Aktiviti Hujung Minggu Bersama Keluarga

02:28 0 Comments A+ a-

Salam hujung minggu sahabat MamaAnis tersayang..

Alhamdulillah..anak-anak dah mula cuti sekolah..mesti ramai yang dah buat planning nak bawak family bercuti..bawak g jalan-jalan..dan ada yang beristirehat di rumah je..apapun yang kita plan..semoga dapat dimanfaatkan bersama dengan yang tersayang sebaik-baiknya..

Hari nie..sebelah pagi..kami berehat je dirumah..sambil layan budak-budak comel nie..



Macam-macam je aksi dan karenah anak2..kakak, abang amer dan haziq..muka boring tu sebenarnya..dari pagi asyik tanya bapak bila nak g jalan-jalan..haha..si bapak tengah layan sukan sea kuala lumpur 2017...mmg x berganjak depan tv..maklum la bru hujung minggu nie ada kat rumah..kalau x time nie bizi dengan duty d outstation..

Sementara tue..saya prepare untuk lunch..sebenarnya jarang masuk dapur nie..sekali sekala tu bolehlah..hihi..menu terjun untuk tengahari nie..simple je..tempoyak goreng untuk dinner malam tadi pun masih ada lagi..memang membuka selera..alhamdulillah..



Yang penting anak2 dan suami suka..x gitew..๐Ÿ˜Š 

Lepas solat zohor..plan bawak anak jalan2..so kami decide ke Plaza Merdeka..sampai d sana..cari kedai Celcom dulu..

Ke Celcom teman bapa 


Lepas settle urusan d celcom..masuk MPH Bookstore..apalagi budak2 nie..syok la dapat shopping buku..

Hasil Menyopping ๐Ÿ˜‚
Dah penat bejalan..singgah minum petang di Teh Tarik Cafeteria..budak2 makan roti canai..saya dan hubby pesan Penang Char kotiew..kalau ada kwn2 yg mencari Penang Charkotiew d Kuching..bolehla dtg d Teh Tarik Cafeteria nie..boleh tahan juga sedapnyer...Rm6 satu pinggan..



Kekenyangan dah semua..time untuk balik rumah..nampak penat sudah anak2..ok..jumpa lagi nanti..๐Ÿ˜Š

Happy holiday !!!

Tangani Anak Hiperaktif (ADHD) Dengan Bantuan Omega Guard

23:46 0 Comments A+ a-

ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) merupakan gangguan yang biasa ditemui di kalangan kanak-kanak dan boleh berterusan sehingga usia remaja dan dewasa...Kanak-kanak yang mempunyai gejala ADHD biasanya sukar untuk memberi perhatian, bersifat terlampau aktif (hiperaktif) dan sukar mengawal tingkah laku...


Menurut satu kajian ke atas kanak-kanak di Malaysia yang berumur antara 5-15 tahun, seramai 4.3 peratus dari golongan tersebut mempunyai ciri-ciri ADHD

Dan kanak-kanak lelaki lebih berisiko untuk alami gejala ADHD berbanding kanak-kanak perempuan..

Punca kepada ADHD tak diketahui, tapi ia dikaitkan dgn

๐Ÿ‘‰ Faktor genetik
๐Ÿ‘‰ Ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak..

Penyakit ini juga bukan berpunca daripada pemakanan, pengambilan gula berlebihan, alahan atau terpengaruh dengan televisyen.

Gejala utama ADHD adalah hiperaktif, tiada tumpuan dan impulsif. 

1) Hiperaktif, dan boleh kelihatan seperti;

๐Ÿ‘‰ tak duduk diam dan lasak di kerusi
๐Ÿ‘‰ tak henti-henti bercakap
๐Ÿ‘‰ suka berlari ke sana ke sini
๐Ÿ‘‰ menyentuh atau bermain dengan apa sahaja benda yang dapat dicapai
๐Ÿ‘‰ tidak boleh duduk tetap semasa makan
๐Ÿ‘‰ sentiasa bergerak
๐Ÿ‘‰ sukar membuat tugasan dalam keadaan senyap

2) Tiada tumpuan. Gejala ini biasanya kita terlepas pandang dan paling sukar untuk dikesan. Ciri-cirinya;

๐Ÿ‘‰ sukar memberi perhatian atau menyusun atur atau menyiapkan tugas atau mempelajari perkara baru
๐Ÿ‘‰ mudah hilang fokus, terlepas perincian, lupa tentang sesuatu perkara dan kerap bertukar-tukar aktiviti
๐Ÿ‘‰ sukar fokus pada sesuatu perkara melainkan perkara yang dinikmati
๐Ÿ‘‰ cepat bosan dengan satu tugasan hanya selepas beberapa minit
๐Ÿ‘‰ mengalami masalah menyiapkan atau menghantar kerja sekolah
๐Ÿ‘‰ sering kehilangan benda yang perlu untuk menyiapkan sesuatu tugasan
๐Ÿ‘‰ tidak memberi perhatian ketika kita bercakap dengannya
๐Ÿ‘‰ selalu berangan, mudah keliru dan bergerak lambat-lambat
๐Ÿ‘‰ sukar  memproses maklumat sepantas kanak-kanak lain dan payah menurut arahan

3) Impulsif...Iaitu sifat keburuan yang mempunyai ciri seperti;

๐Ÿ‘‰ sangat tidak sabar
๐Ÿ‘‰ menjawab soalan dengan gelojoh
๐Ÿ‘‰ komen tidak sopan
๐Ÿ‘‰ menunjukkan emosi tanpa tapisan
๐Ÿ‘‰ melakukan sebarang tindakan tanpa memikirkan akibat
๐Ÿ‘‰ sukar menunggu perkara yang dihajati atau menunggu giliran ketika bermain
๐Ÿ‘‰ sering menyampuk perbualan atau aktiviti lain.

Dalam kebanyakan kes..rawatan ADHD melibatkan kombinasi ubat yang bertindak mengawal gejala dan perilaku terapi.

Bagaimana Omega guard Boleh Bantu Anak ADHD ini?

Omegaguard membekalkan asid lemak omega 3 yang sangat banyak didapati di membran sel otak kita.

Seperti punca yang kedua..ADHD boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia dlm otak..Kekurangan dopamine, iaitu sejenis neurotransmitter yang bertanggungjawab menghantar isyarat antara sel saraf otak dikatakan punca kepada gejala ADHD...Dopamine ialah bahan kimia otak yang mempunyai hubung kait yang kuat dengan gejala ADHD.


Dopamine memberi kesan kepada keupayaan kita untuk:

1) Fokus
2) Memberi perhatian
3) Bermotivasi
4) Menurut arahan dan menjalankan tugasan

Bila dopamine tak cukup dalam otak, maka seseorang itu cenderung untuk mengalami gejala ADHD...

Jadi..cara terbaik untuk mengurangkan gejala ADHD adalah dengan meningkatkan paras dopamine dalam otak...

Banyak cara untuk tingkatkan paras dopamine dan salah satunya adalah dengan pengambilan lemak Omega 3.

Ini antara kajian yang menyokong kesan pengambilan suplemen omega 3 ke atas pesakit ADHD..

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25790022

Dalam kajian ini..sekumpulan kanak-kanak lelaki, dengan masalah ADHD dan tidak mempunyai ADHD yang berusia antara 8-14 tahun, diberikan samada placebo atau 10 gram marjerin (mengandungi 650mg DHA/EPA) selama 16 minggu.

Hasil dari kajian ini mendapati..kanak-kanak lelaki yang mengambil supplemen Omega 3 menunjukkan pengurangan dalam gejala ADHD. Menurut kajian itu, peningkatan dalam tumpuan dilihat pada kedua-dua kanak-kanak dengan ADHD dan tanpa ADHD, tetapi kesannya adalah yang paling ketara pada kanak-kanak yang mempunyai masalah ADHD...

Ibu bapa yang mempunyai anak yang hiperaktif berikanlah minyak ikan Omega Guard Shaklee yang merupakan minyak ikan terbaik dan tulen untuk mebantu anak anda yang mengalami hiperaktif supaya menjadi lebih baik. Anak- anak hiperaktif ini juga sebenarnya memerlukan lebih perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa untuk menangani masalah mereka.

Testimoni Omega Guard untuk Anak Hiperaktif




Antara Kebaikan Lain Omega Guard Shaklee yang anda perlu tahu :



Perkembangan Minda & Otak

Khasiat DHA yang terkandung dalam Omega Guard dapat disalurkan kepada bayi sejak didalam kandungan ibu dan sewaktu ibu menyusukan bayi mereka. Apabila berusia 2 tahun.. Omega Guard  boleh diambil dengan cara dicampurkan ke dalam susu.. makanan atau dikunyah.

Perkembangan Memori & Fokus

Sangat sesuai untuk mereka yang mudah lupa atau hilang fokus kerana ia dapat membantu meningkatkan daya ingatan.

Menyokong Kesihatan Kardiovaskular

Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan asid lemak yang penting dalam membantu memastikan jantung, arteri dan salur darah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tidak tersumbat. Produk ini membantu merendahkan paras trigliserida dalam badan lalu merendahkan risiko daripada terkena penyakit jantung ataupun strok.

Mengawal Paras Kolestrol

Bertindak melawan kolestrol jahat (LDL). Ia akan mengurangkan kandungan kolestrol jahat dalam darah dan meningkatkan bilangan kolestrol baik.

Memelihara Fungsi – Fungsi Sendi

Paras asid lemak omega3 larut dalam tisu rawan.. Ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi – fungsi sendi dan gout dengan efektif.

Mengurangkan Gejala Asma

Memandangkan Omega 3 amat baik untuk melawan radang, maka pengambilan minyak ikan Omega Guard dapat membantu mengurangkan gejala selsema, asma ataupun radang paru-paru.

Menguraikan lemak

Mencegah pengumpulan lemak pada badan dan seterusnya mengelakkan masalah obesiti.

Meningkatkan Sistem Imun & Menyihatkan Paru – Paru

Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis dan penyakit buah pinggang.

Menentang Kanser

Kajian telah menunjukkan bahawa Omega 3 boleh mencegah kanser paru – paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

Mencegah Insomnia & Membantu Mengurankan Tekanan (stress)

EPA & DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, insomnia dan kanak – kanak hiperaktif.

Untuk order dan sebarang pertanyaan...
Hubungi saya segera:




Your Shaklee Independent Distributor

♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga, kalau sudi add la saya :)

20 Amalan Menjemput Rezeki

20:24 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah..bersua lagi di hari yang indah ini..saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua 20 Amalan Menjemput Rezeki..perkongsian dari salah seorang rakan saya dalam group wasap..saya panjangkan di sini untuk sama-sama kita amalkan..inshaaAllah...


1) Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

2) Utamakan beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

3) Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

4) Meninggalkan perbuatan atau amalan yang berdosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

5) Sentiasa mengingati Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

6) Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

7) Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.

Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

8) Menunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri,

seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

9) Memperbanyakkan Selawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

10) Buat kebajikan sebanyak mungkin

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

11) Memulakan aktiviti harian seawal pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

12) Menjalin dan menghubungkan silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

13) Sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah .

Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

14) Bersedekah dan infaq ke jalan Allah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

15) Mengamalkan solat tahajud

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

16) Mengamalkan solat sunat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.

Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

17) Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18) Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19) Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20) Bertawakal kepada Allah

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

P/s : C&P dari group whatsApp..

Semoga Bermanfaat utk semua yang membaca..terima kasih..




Kisah Si Penjual Tauhu

18:46 0 Comments A+ a-

Ada sorang peniaga tauhu yg setiap hari dia pergi menjual tauhu dia kt pasar..Untuk sampai pasar..dia kena naik kenderaan awam.

Untuk sampai ke jalan raya..dia perlu melalui padang sawah.

Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Allah supaya tauhunya semua habis dijual..

Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Barang dagangannya selalu habis dijual.

Satu hari tu, semasa dia lalu di sawah nak menuju ke jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba2 dia terjatuh ke dalam sawah tersebut.

Habis semua tauhunya jatuh ke sawah...hancur dan berselerak. Bukan aje keuntungan, modal pun habis.

Dia mengeluh kepada Allah, bahkan menyalahkan Tuhan, mengapa dia diberi ujian sampai mcm ni sekali? Padahal dia selalu berdoa dan solat setiap pagi.
Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu...

Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar...bahawa kenderaan yg disewanya setiap hari pada pagi tu telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban! Hanya dia satu2nya bakal penumpang yg selamat, semua adalah disebabkan tahunya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak jadi utk berniaga pd hari itu dan membawa semua  tauhu-tauhunya yg sudah rosak dan penyek.

Tetapi pada sebelah petang, ada seorg penternak itik ๐Ÿฆ† telah mencari dia dan hendak membeli tauhu utk makanan itik tetapi yg anehnya penternak itik ๐Ÿฆ† itu mencari tauhu yg rosak/hancur krn ia hanya utk dicampurkan dan dimakan oleh itik ๐Ÿฆ† sahaja.

Terus peniaga itu menangis kerana tahuunya yg rosak hendak dibeli semuanya oleh penternak itik ๐Ÿฆ† itu.

PENGAJARANNYA

Doa tidak semestinya dimakbulkan sesuai dgn permintaan, tapi ia diganti oleh Allah dengan sesuatu yg jauh lebih baik dari yg diminta...

Allah Maha Mengetahui keperluan kita jika dibandingkan dengan diri kita sendiri.

Sebab tu, janganlah jemu berdoa, jangan sesekali mengeluh jugak, apalagi mengutuk!


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan manusia tidak mengetahui” (Al Baqarah ayat 216)...

“Jika Tuhan menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Dia tidak menjawab doamu, Dia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.”


Satu hari nanti… Bila permintaan kita dimakbulkan, pandanglah sejenak ke belakang. Alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah.

” … Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.” (Al-Imran, 9)


♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga, kalau sudi add la saya :)

P/s: C&P dari Group WhatsApp..
Semoga perkongsian kisah ini..memberi iktibar dan manfaat untuk kita semua..

Buang Sifat Negatif Dalam Diri

01:44 0 Comments A+ a-

Fikiran Dan Sifat Negatif Hilang...Hati Senang ๐Ÿ˜Š

Macam mana kita nak hilangkan fikiran-fikiran negatif agar kita dapat menikmati hidup yang penuh warna warni ini...


1) Katakan Hal-Hal Positif Pada Diri Kita Sendiri.

๐Ÿ‘‰ Katakan pada diri kita bahawa kita kuat,kita mampu,kita hebat. Ucapkan kata-kata tersebut terus menerus. Mulakan hari dengan mengatakan hal-hal positif tentang diri sendiri pada hari itu. Walau apa pun kesusahan/kesulitan hari tersebut percaya pada diri sendiri bahawa kita mampu mengatasinya...


2) Percaya Pada Kekuatan Positif

๐Ÿ‘‰  Berfikir tentang perkara2 positif. Apa  yang kita pikir, akan menjadi magnet dlm kehidupan kita. Bila kita fikir hal-hal positif kita akan menarik aura2 positif dalam hidup kita...


3) Fokus Pada Kehidupan/Perkara2 Positif, Bersyukurlah...

๐Ÿ‘‰ Ketika kita sedang berfikiran negatif, seringkali kita lupa akan apa yang kita miliki & lebih fokus pada apa yang kita tidak miliki.

๐Ÿ‘‰ Buat 1 jurnal rasa syukur. Setiap hari tulis 5 atau 6 perkara hal positif yang terjadi pada hari tersebut. Hal2 positif boleh jadi kejadian2 yang besar atau cuma hal2 yang kecil seperti hari yang cerah atau pagi ini dapat senyum dekat semua orang .

Asalkan anda konsisten melakukan hal2 tersebut dan mampu mengubah fikiran negatif menjadi positif.Dan bila, kita mulai rasai aura negatif, baca jurnal tersebut semula...

4) Ubah Cara Pandang

๐Ÿ‘‰ Bila sesuatu kejadian tidak berjalan baik. Jangan pandang sesuatu perkara itu dari sudut negatif. Cari cara untuk melihat hal tersebut dari sudut pandangan positif.

5) Buang Semua Aura Negatif

๐Ÿ‘‰  Buang segala aura negatif,buruk sangka, iri hati, ego ke dalam tong sampah. Tulis ayat2 negatif dalam kertas buruk dengan perasaan kita tulis gumpalkan dan campak ke dalam tong sampah jauh2 dengan niat buang semua sifat tersebut dari dalm diri kita...



♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga, kalau sudi add la saya :)




Atasi Masalah Gout Dengan Set Gout Shaklee

21:37 1 Comments A+ a-

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik dalam badan...bagaimana cara untuk atasi masalah gout nie..teruskan membaca ya..semoga dapat membantu mereka yang ada masalah gout..


Macam yang semua tahu buah pinggang akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing.

Tapi bagi pesakit gout..asid urik tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dan lama-kelamaan paras asid urik dalam darah akan meningkat .

Asid urik ini kemudian akan mendap di bahagian sendi terutama di bahagian sendi besar.

Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di bahagian sendi yang lain seperti di bahagian belakang, kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.


Asid urik boleh menyebabkan keradangan pada sendi dan ketika inilah serangan gout berlaku.
Pesakit akan berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi terlibat.

Serangan pertama biasanya berlaku kepada individu yang berumur dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun...
Bagaimanapun penyakit ini boleh menyerang semua peringkat umur termasuk remaja.

Gout juga boleh disebabkan oleh :

1) Masalah kegemukan
2) Tekanan
3) Kerosakkan buah pinggang.
4) Penghasilan terlalu banyak asid urik
5) Terlalu sedikit penyingkiran asid urik kesan sampingan ubat 'diuretik'

Faktor penyumbang penyakit Gout

Serangan gout boleh disebabkan oleh beberapa faktor:

1) Pengambilan berlebihan minuman beralkohol.
2) Banyak mengambil makanan yang kaya dengan 'purin'.
3) Kecederaan kecil pada sendi.
4) Kurang pengambilan air kosong.
5) Badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetengah jenis ubatan.
6) Mengamalkan diet yang melampau.

Jom kita tengok peringkat-peringkat Perkembangan Gout Yang Sungguh Menyedihkan...

๐Ÿ‘‰Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat, Gelap, dan Mengalir Dengan Perlahan

๐Ÿ‘‰Peringkat Kedua: Kerap Rasa Letih dan Lesu. Kualiti Tidur Yang Tidak Bagus.

๐Ÿ‘‰Peringkat Ketiga: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama

๐Ÿ‘‰Peringkat Keempat: Serangan Gout pada Ibu Jari Kaki atau Buku Lali

๐Ÿ‘‰Peringkat Kelima: Serangan Gout Mula Merebak ke Lutut dan Tangan

๐Ÿ‘‰Peringkat Keenam: Jari-jari Mula Mengeras dan Bengkok

๐Ÿ‘‰Peringkat Ketujuh: Tofi Mula Menonjol Di Permukaan Kulit atau Bintik-bintik Kutikel Halus Muncul Di Sekeliling Cubing Telinga

๐Ÿ‘‰Peringkat Kelapan: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder.

๐Ÿ‘‰Peringkat Kesembilan: Peringkat Terakhir?

MASIH NAK DIBIARKAN???
JOM CEGAH SEBELUM PARAH.

Cara Mengatasi Gout

Antara langkah bijak yang perlu diambil oleh pesakit ialah:

1) Kawal makanan dengan menghadkan pengambilan protien daripada sumber haiwan

2) Kawal berat badan.
kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik.

3) Individu bukan Muslim dan mengambil minuman beralkohol hadkan pengambilan kepada 1 gelas wain atau 1 tin bir sahaja sehari kerana alkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah.

4) Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

5) Pilih produk tenusu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah atau tanpa lemak.

6) Ambil karbohidrat kompleks dan tumpukan untuk makan lebih banyak bijirin, sayuran dan buah-buahan.
Kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.

7) Hadkan pengambilan gula. Pengambilan gula yang banyak akan menyebabkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang mengandungi gula juga mempunyai banyak kalori yang akan menyebabkan anda mudah mengalami pertambahan berat badan.

Elakkan makanan berikut

1) Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
2) Ikan bilis, kembung, sardin
3) Daging cincang
4) Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging
5) Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

Kurangkan Makan makanan berikut
1) Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
2) Peanuts, lentil, beans dan peas

Set Gout Shaklee untuk membantu pesakit Gout


๐Ÿ€VIVIX
๐Ÿ€ALFAFA
๐Ÿ€OMEGA GUARD
๐Ÿ€PERFORMANCE DRINK

1) VIVIX 


Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalam genetik, menggalakkan pembentukan mitochindra didalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel

2) ALFAFA

Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfafa memerlukan pesakit mengambil air yg banyak utk tujuan detox

3) OMEGA GUARD 

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui didalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit

4) PERFORMANCE DRINK

Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak berlaku dehydration...

Testimoni -testimoni mereka yang telah mengambil Set Shaklee Untuk Masalah Gout 





Untuk dapatkan Set Gout Shaklee..boleh hubungi saya segera..!!




Untuk order dan sebarang pertanyaan...
Hubungi saya segera:

Your Shaklee Independent Distributor

♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga, kalau sudi add la saya :)