Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget

Saturday, 12 August 2017

Cara Mengatasi Masalah Jerawat Dan Parut Dengan Berkesan Tanpa Meninggalkan Kesan Sampingan

Assalamualaikum..salam sejahtera semua..

Pada entri kali nie..saya nak kongsikan dengan pembaca semua bagaimana cara untuk mengatasi masalah jerawat dan parut dengan berkesan tanpa meninggalkan kesan sampingan...


Kalau boleh..semua orang nak kulit muka yang bersih..halus mulus..tanpa sebutir jerawat pun..sebab kehadiran jerawat di muka menyebabkan kita jadi tak keruan dan tak senang duduk dibuatnya..asyik belek muka kat cermin..tangan pulak laju je nak picit..

Memang sensitif masalah jerawat nie..lebih-lebih lagi bagi seorang wanita...betul tak?Tambah pula..kalau jerawat batu besar-besar dan bernanah lagi...Nak keluar rumah pun rasa malu..Nak jumpa kawan pun rasa segan..rasa resah gelisah...Serba tak kena dibuatnya dek masalah jerawat nie..bila jerawat dah hilang..parut pulak yang masih kelihatan..

Lepas tu dah cuba macam-macam produk untuk hilangkan masalah jerawat dan parut tapi masih tak berkesan jugak... Ada yang bertambah kronik bila produk yang digunakan tak sesuai dengan kulit muka..bertambah tambah la rasa stress..

Macam Puan Nor Farizan nie...Lepas 7 tahun muka berjerawat teruk..sekarang kulit muka beliau dah kembali licin dan putih...

Add caption
Tonton video nie untuk mengetahui bagaimana Puan Nor Farizan mengatasi masalah jerawat kronik yang dihadapinya sejak tahun 2006 akibat tersalah mengambil produk....



Stress kan kalau muka naik jerawat..sebelum saya share bagaimana Set Kulit Shaklee nie membantu mengatasi masalah jerawat dan parut...kita lihat dulu punca terjadinya masalah jerawat...

4 Punca Utama Terjadinya Masalah Jerawat 

1) Hormon

Individu di usia 15-27 tahun cenderung mempunyai hormon yang tidak seimbang. Ia berpunca daripada permulaan akil baligh seseorang menyebabkan jumlah hormon testosteron, progesteron dan estrogen berada dalam keadaaan tidak stabil. Ada individu yang mencapai keseimbangan yang lebih cepat, dan ada individu yang mengambil masa lebih lama. Jerawat hormon selalunya tumbuh pada bahagian dagu dan dahi dengan keadaan bengkak merah.

2) Wajah berminyak

Minyak yang berlebihan akan mengaktifkan sebum penghasilan minyak dan mencetuskan berlakunya jerawat. Ini kerana wajah berminyak akan lebih mudah memerangkap kotoran pada wajah menyebabkan liang pori-pori tersumbat dan membentuk jerawat. Jerawat disebabkan wajah berminyak selalunya adalah jerawat pasir.

3) Badan banyak toksin

Kandungan makanan yang kita makan setiap hari akan menentukan tahap toksin di dalam tubuh kita. Makanan fast food, berlemak akan menyimpan toksin lebih banyak dalam tubuh kita. Toksin yang tidak mampu dikeluarkan melalui najis akan dikeluarkan melalui kulit kita, terutamanya wajah dan bahagian belakang.

4) Kulit Wajah yang sensitif

Kulit wajah yang sensitif akan menyebabkan jerawat tumbuh pada merata-rata bahagian wajah. Boleh jadi jerawat bernanah, jerawat membengkak dan jerawat batu. Ia disebabkan oleh lapisan kulit wajah yang menipis dan sel kulit yang tidak mampu menjalankan fungsi dengan baik. Penipisan kulit wajah selalunya disebabkan oleh penggunaan skincare yang berasaskan bahan kimia…

Bagaimana Set Kulit Shaklee Membantu Merawat Masalah Jerawat ??

Berikut merupakan Set Vitamin Shaklee yang dikenali juga Set Kulit Shaklee yang sangat penting untuk anda yang mempunyai masalah jerawat..produk yang sangat bagus untuk memberikan kulit yang halus..bersih..cerah..cantik..bebas cela dan dalam masa yang sama memastikan tubuh anda kekal sihat dan cergas....


1) Energizing Soy Protein – ESP

Pengambilan protein atau asid amino yang mencukupi sangat membantu untuk penghasilan kolagen dan juga penting dalam proses membaik pulih tisu-tisu yang rosak. Asid amino juga sangat penting untuk penghasilan sel-sel kulit yang baru. Dan yang bestnya..ESP mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan oleh badan..

(Penting pengambilan ESP kerana ianya membantu vitamin lain menyerap dalam badan dengan berkesan dan amalan berterusan dapat membantu cantikkan kulit wajah. Kulit cantik berseri-seri)

2) Sustained Release Vita-C 500 mg

Antioksidan adalah antara komponen penting untuk hentikan jerawat. Antioksidan boleh dijumpai dalam sebum (minyak yang dihasilkan di liang pori muka). Antioksidan ini bertanggungjawab untuk menghalang komponen yang terkandung dalam sebum (squalene) daripada teroksida (squalene peroxide), salah satu punca yang menyebabkan liang pori tersumbat. Oleh itu, sebab itu pentingnya vitamin C dalam merawat jerawat kerana vitamin C adalah number one water-soluble antioxidant.

Vitamin C adalah penyumbang utama electron kepada radikal bebas (ini adalah fungsi antioksidan untuk deactivate radikal bebas). Ia juga mampu melindungi tisu-tisu seperti protein dan lipid daripada teroksida. Tambahan lagi, vitamin C ini secara tidak langsung dapat menghalang liang pori kita daripada tersumbat.

Vitamin C juga melindungi kulit melalui penghasilan kolagen. Dengan cara ini, protective barrier kulit akan lebih kukuh. Ia juga menghalang pigmentasi kulit dan boleh membantu mengilangkan parut jerawat.

3) Alfalfa Complex

Bertindak sebagai agen detoks semulajadi..Membuang segala toksin dari badan..Jerawat berlaku disebabkan kehadiran toksin dalam badan..membantu meneutralkan asid dalam badan dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh bagi mengelak pertumbuhan jerawat berulang…

4) GLA Complex

Gla Complex membantu mengekalkan kestabilan bendalir semulajadi dan mencegah kehilangannya dari badan..Gla Complex juga berperanan memastikan kulit sentiasa lembap dan berfungsi memperbaiki sempadan bendalir kulit…Memandangkan ia juga bereperanan mengawal dan mengatur semula hormone tubuh..Gla Complex mampu merencat hormone pada kulit yang boleh menyebabkan jerawat..Antara hormone tidak stabil ialah kemunculan jerawat yang banyak semasa kedatangan haid…

5) Vitamin E  

Vitamin E juga merupakan sejenis antioksidan tetapi fat-soluble. Ia bertanggungjawab dalam 'clear'kan reactive oxygen species (ROS) yang terhasil daripada metabolisme lemak. Ia juga terlibat dalam membaik pulih tisu yang rosak akibat radikal bebas..

6) Vivix

Membantu mencuci toksin yang ada di dalam darah dan tubuh. vivix juga bertindak memperbaiki sel yang rosak dan membantu penghasilan sel baru yang lebih sihat sehingga ke peringkat DNA.

7) Herblax

Membantu mencuci usus. Usus yang kotor merupakan punca segala penyakit. (jika anda ibu menyusu, anda boleh menukarkan herblax kepada alfalfa complex)

Satu lagi video sharing dari Puan Nurul Zunorain di mana beliau juga alami masalah jerawat yang teruk dan telah mengambil Set Vitamin Shaklee..jom kita tonton...


Antara perkongsian Testimoni mereka yang juga berpuas hati dengan Set Jerawat Shaklee



Assalammualaikum…

Hai nama saya Asmida, saya berumur 30 tahun, anak pertama dari lima orang adik beradik. Saya sudah berkahwin dan kini menetap di Alor Setar Kedah. .

OK dipendekkan citer, pada umur 30 tahun ini saya enjoy dengan kesihatan optima hasil istiqamah dengan suplement semulajadi Shaklee. Pejam celik, pejam celik dah 3 tahun saya mengamalkan vitamin Shaklee. Alhamdullilah memang tak pernah ke klinik atau hospital, farmasi jauh sekali. .

Alhamdullilah dengan kesihatan yang Allah berikan, setakat hari ini saya tiada masaalah kesihatan dalaman yang terok, selain masalah luaran iaitu masalah JERAWAT yang banyak di muka. .

Saya memang bukan jenis suka mengunakan produk kecantikan atau krim-krim yang banyak dijual dipasaran sebab saya takot kulit muka semakin teruk. Saya cuma menggunakan pencuci sabun susu kambing untuk membersihkan muka dan compact powder jer bila kuar rumah. .

Saya terjebak dengan vitamin Shaklee nie kerana saya selalu google tentang jerawat, banyak mengatakan sekiranya jerawat banyak ni badan kita banyak toksin dan perlu detoks. Detoks ada banyak jenis jadi saya memilih untuk detoks dengan vitamin sebab berbentuk tablets dan mudah untuk ditelan, jadi saya memilih vitamin shaklee untuk buang toksin dalam badan. .

Sejak dari itu saya mengambil vitamin ALFALFA, VIVIX, VITAMIN C, GLA COMPLEX, GARLIC COMPLEX secara konsistent, bersama 3 liter air putih. Saya mengambil 10 biji Alfalfa, 6 biji Vitamin C, 2 biji GLA Complex dan 1 sudu tea Vivix dalam sehari. .

Selepas 2 minggu pengambilan ia memang memberi kesan yang menakjubkan, jerawat berkurangan dan paling best dapat bonus lain iaitu badan semakin bertenaga, ringan tidak merasa letih dan paling best period teratur serta keputihan tiada. .

Saya amat berpuas hati dengan kesan pengambilan vitamin dari Shaklee. Sehingga sekarang saya masih mengamalkan vitamin Shaklee untuk kesihatan yang berpanjangan. Vitamin ni bila sakit pun boleh diambil. Vitamin ni bukan ubat, ubat kita makan apabila sudah atau semasa sakit, tetapi vitamin perlu dan lebih baik diambil sebelum jatuh sakit. .

Walaupun saya tiada sakit yang terok tapi saya perlu pelihara kesihatan sebagai pencegahan supaya tidak sakit, Sebab bila dah sakit kita terpaksa bergantung dengan ubat. Bagi saya melabur untuk vitamin adalah lebih baik dari terpaksa melabur untuk menanggung kos hospital dan ubatan. .

Alhamdulillah.. Yeahhhhhhhh sekarang saya bebas dari semua masalah kesihatan. Sekian Terima kasih.

ASMIDA FAZELI

Ok..sedikit tips untuk mengelakkan masalah jerawat..

1) Amalkan mencuci muka 2 kali sehari dengan pencuci muka yang sesuia dengan kulit wajah. pada waktu lain, cukup hanya membilas muka dengan air bersih.

2) Elakkan muka anda dari ditutupi rambut kerana minyak pada rambut boleh mengakibatkan berlakunya jerawat.

3) Elakkan dari menggunakan barangan kosmetik dan pelembap berasaskan minyak.

4) Jangan sentuh, picit atau pecahkan jerawat kerana ia boleh menyebabkan parut di atas kulit.

5) Berhenti dari menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat yang anda beli sekiranya keadaan jerawat anda menjadi semakin teruk.

6) Jika jerawat anda tumbuh di belakang badan atau dada, anda digalakkan memakai pakaian kapas kerana ia menyerap peluh dan menyejukkan kulit.

7) Jika masalah jerawat anda kronik, dapatkan rawatan pakar di klinik atau hospital berhampiran.

Sekiranya anda dah cuba pelbagai cara dan alternatif...masih juga tidak mampu hilangkan masalah jerawat dan parut..masih juga menyakitkan..jerawat bernanah..parut- parut dan tompok hitam kelihatan pada kulit selepas jerawat kecut..dapatkanlah Set Jerawat Shaklee di atas dengan menghubungi saya segera ....




Your Shaklee Independent Distributor

♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ FB Page : http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga, kalau sudi add la saya :)






No comments:

Post a Comment