Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget

Tuesday, 15 August 2017

Osteoarthritis : Kenali Tanda-Tanda Dan Cara Mencegahnya Dengan Set Sendi Shaklee

Pernah dengar tentang Osteoarthritis? Hari nie saya nak share tentang Osteoarthritis nie..Apakah tanda-tanda Osteoarthritis dan cara mencegahnya dengan Set Sendi Shaklee...Osteoarthritis atau lebih mudah dikenali juga sebagai sakit sendi...

ok..Selalu kan kita dengar orang-orang tua mengadu sakit lutut..sakit belakang..sakit sendi-sendi..tapi sakit sendi nie boleh juga terjadi pada mereka yang berusia seawal 20-an akibat penggunaan sendi yang kerap...


Penyakit ini datang seiring dengan peningkatan usia..golongan yang obesiti dan juga ahli - ahli sukan yang aktif...juga sering menggangu pekerja yang kerap mengadap komputer dan pemandu kenderaan untuk jarak yang jauh...

Osteoarthritis ini merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan...Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu..


Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus... Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak..sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).

Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat...Ini kerana..tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.

Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut...Ini kerana.. lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita..


Akibat daripada Osteoarthritis..aktiviti-aktiviti harian turut menjadi terbatas seperti mencangkung..melutut..duduk di atas bangku dan kadang-kadang sakit tersebut menjadi bertambah serius...Pesakit osteoarthritis juga akan merasa sakit dan sukar untuk bergerak apabila ingin bangun dari kerusi dan mula berjalan...

Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis 

1) Sakit pada sendi yang terlibat..terutamanya bila bergerak..
2) Rasa lenguh2 dan kebas yang berlarutan..
3) Mudah kejang dan tegang pada sendi..
4) Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku..kadang bunyi berkeriuk pada sendi..
5) Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan..
6) Adanya pembesaran tulang sendi...

Golongan yang berisiko tinggi mendapat penyakit Osteoarthritis..

1) Golongan tua dan sudah berumur.
2) Golongan obesiti.
3) Sukan yang menyebabkan impak yang berulang dan memerlukan
pergerakan pantas seperti bola sepak.
4) Mengangkat barang-barang yang berat.
5) Lemah otot paha (quadriceps).
6) Abnormal tibial rotation.

Banyak punca terjadinya osteoarthritis @ sakit sendi..antaranya iaitu 

1) Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh aktiviti yang berat seperti mengangkat berat, postur badan yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul..

2) Berat badan yang berlebihan.
3) Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
4) Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
5) Penyakit sendi seperti arthritis
6) Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit)
7) Penyakit tulang
8) Ketumbuhan
9) Jangkitan kuman
10) Masalah mental seperti kemurungan, tekanan dsb.
11) Penyakit kronik
12) Ubat-ubatan

Apa yang boleh dilakukan untuk mencegah osteoarthritis

1) Buat latihan atau senaman secara teratur.

Senaman dan latihan sangat baik untuk menghindari osteoarthritis..ini dapat menguatkan otot dan sendi..Lakukan latihan atau senaman yang low impact seperti yoga..berenang..berjalan dan aktiviti regangan yang akan menguatkan otot dan melonggarkan sendi..

2) Postur tubuh yang betul

Berhati hati ketika duduk dan berdiri..Bagi osteoathritis lutut...elakkan mencangkung dan duduk di atas lantai. Apabila duduk di atas kerusi.. pastikan kerusi itu di paras lutut dan tidak terlalu rendah...Gunakan kerusi yang ada pemegang tangan untuk membantu anda bangun dari kerusi

3) Hindari stres atau tekanan berlebihan pada sendi

Olahraga-olahraga high impact boleh meningkatkan risiko cedera pada sendi..Jika olahraga yang Anda lakukan melakukan gerakan tertentu secara berulang-ulang dan terasa sakit...hentikan latihan tersebut atau lakukan latihan lain yang tidak terlalu memberi tekanan pada sendi.

4) Jagalah berat badan Anda

Osteoarthritis biasa terjadi pada mereka yang obesiti..Lutut bertanggung jawab untuk membawa berat badan dan berat badan yang berlebihan dapat memberikan tekanan pada bahagian lutut dan sendi pinggul..selain dapat mengurangkan risiko osteoarthritis..dengan menjaga berat badan..akan dapat menghindari berbagai penyakit yang lain..

5)  Pengambilan Suplemen

Untuk mencegah kesakitan pada sendi..pengambilan suplemen juga dapat membantu..Suplemen biasanya mengandungi nutrisi dan zat tertentu yang dapat mencegah sendi kekurangan cairan sinovial dan mempertahankan kepadatan dan kekuatan tulang serta mengurangkan radang sendi...

InshaAllah..dengan mengambil suplemen shaklee untuk sakit sendi dapat membantu merawat dan mengurangkan kesakitan pada sendi secara selamat dan semulajadi...

Bagaimana Set Sendi Shaklee Membantu Mencegah Osteoarthritis? 


1) Vivix

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan sendi...Vivix diperbuat daripada bahan botani semulajadi tiada bahan kimia bahaya..membantu memperbaiki kesihatan menyeluruh..

2) Omega guard

Omega Guard adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi... omega juga bertindak sebagai pelincir... ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.


Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

Omega juga membantu melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar..

3) Ostematrik..

Kalsium adalah elemen yang penting untuk mengekalkan kesihatan tulang, otot dan ligamen...Pengambilan kalsium disertai magnesium yang mencukupi dapat mengurangkan gejala Osteoarthritis...

Selain menguatkan tulang..Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

4) Collagen Powder Shaklee

Kolagen diperlukan untuk memperbaiki dan menyelenggara tisu-tisu lembut di sekitar sendi...Sebab kalau tisu-tisu ini rosak, itulah yang buat sendi rasa bekeriuk.. berbunyi.. sengal dan sakit... Secara ringkasnya kolagen dapat :

1) Membantu menyokong pergerakan yang lebih lancar dan stabil.
2) Meningkatkan metabolisme dan memberikan tenaga.
3) Mengurangkan rasa sakit belakang dan kesakitan ketika bergerak.
4) Memberikan fleksibiliti kepada sistem sendi dan tulang..

Jom kita saksikan video ini..Sakit Osteoarthritis ayah kepada Puan Nursilawati kian pulih setelah konsisten amalkan Set Sendi Shaklee..



Ikhtiar pengambilan set sendi shaklee secara konsisten disertai dengan sabar dan tawakal..inshaaAllah membantu melegakan kesakitan akibat Osteoarthritis dan juga pelbagai masalah kesihatan yang lain...

Jika ada yang ingin mencuba Set Sendi Shaklee nie..boleh terus hubungi saya..nak hadiahkan pada orang tersayang ke..sebelum sakit sendi jadi lebih teruk..boleh juga amalkan suplemen nie sebagai vitamin harian...

Cegah Sebelum Parah !!!




Your Shaklee Independent Distributor

♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ FB Page : http://www.facebook.com/Mamaanisshop
♥ Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga, kalau sudi add la saya :)



1 comment: