Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget

Monday, 7 August 2017

Set Ibu Mengandung Shaklee : Penuhi Keperluan Nutrisi Si Ibu Sepanjang Kehamilan

Assalamualaikum semua...

Semoga sentiasa sihat dan bertambah-tambah rezeki..aamiin..bercakap pasal rezeki nie.. mungkin ada antara kita yang baru naik pangkat..dapat rumah baru..beli kereta baru..dapat anak baru atau baruuu saja disahkan mengandung..

Siapa di sini yang baru disahkan mengandung? Sila angkat tangan!..Alhamdulillah..perkabaran gembira yang ditunggu-tunggu semestinya...mesti dapatkan nutrisi & vitamin terbaik dari Set Ibu Mengandung Shaklee nie..😊😊


ok..Pada peringkat awal kandungan.. kesihatan dan pemakanan amat penting bagi si ibu..Maklumlah benih baru nak bercambah...harus ditatang bagai minyak yang penuh...Si ibu perlu memastikan tekanan darah seimbang... Tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi...Pastikan HB sentiasa stabil...Tidak terlalu rendah kerana ia akan mengganggu proses pembentukan organ-organ pada bayi...Malah ia boleh menyebabkan keguguran..inshaAllah Set Ibu Mengandung Shaklee memenuhi keperluan nutrisi harian si Ibu...

Sebelum saya cerita lebih lanjut mengenai Set Ibu Mengandung Shaklee nie..kita lihat dulu apa cabaran2 yg sering dihadapi Ibu hamil...

Cabaran Yang Sering Dihadapi Ibu Hamil

Biasa kan bagi ibu mengandung mengalami simptom Kehamilan yang adakalanya boleh mengganggu aktiviti seharian si ibu… Terutama buat ibu yang baru pertama kali disahkan hamil..Kehamilan sememangnya satu proses yang mencabar dan perlukan sokongan si suami dan keluarga..Kadang-kadang sepanjang kehamilan memang menduga emosi dan kekuatan fizikal si ibu..

Tapi si ibu tidak perlu bimbang kerana keadaan tersebut hanya sekejap sahaja…saya sendiri turut mengalami morning sickness yang teruk di awal kehamilan..pregnant anak pertama dan kedua morning sickness hingga kandungan 6 bulan..memang sangat mencabar..

Ok..Saya kongsikan di sini antara cabaran-cabaran yang biasa dialami oleh ibu hamil:

1) Alahan teruk..
2) Morning sickness..muntah & loya
3) Tak boleh makan atau tiada selera maka
4) Anemia
5) Keletihan dan rasa malas
6) Mood swing

Namun begitu..inshaAllah semua masalah di atas dapat diatasi dengan mendapatkan nutrisi lengkap di samping rehat yang cukup…Yang penting ibu hamil tidak boleh stress semasa mengalami cabaran dan masalah ketika hamil...

Apa yang penting..sewaktu mengandung…kita dinasihatkan mengambil makanan yang seimbang serta dibekalkan dengan vitamin harian… Pengambilan vitamin sepanjang kehamilan adalah sangat penting untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan…. Pengambilan vitamin juga dapat membantu ibu hamil kekal sihat serta cergas...

Set Ibu Mengandung Shaklee kini menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil masa kini...👇

1) Lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
2) Tahan berbulan-bulan
3) Boleh dimakan bersama ahli keluarga
4) Harga yang sangat berbaloi
5) Semulajadi (bukan sintetik)
6) Tidak memberi sebarang kesan sampingan
7) Bonus kesihatan dan kecantikan extra
8) Juga sesuai dijadikan set berpantang
9) Terbukti selamat dan berkesan

Jom kita lihat Khasiat Set Ibu Mengandung Shaklee yang terbaik untuk si ibu ...


Energizing Soy Protein 

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat...

Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Vitamin B Complex 

B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.

Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin Cmeningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea Iron Formula 

Vita-Lea adalah multivitamin, jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi)  yang mana penting untuk ibu yang ada masalah pitam atau mudah pening ataupunmasalah hb rendah atau anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

OsteMatrix

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari. Ostematrix  Shaklee mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangatpenting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.

Kalsium juga penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Omega Guard

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan..

Jom kita lihat video nie..Testimoni dari Puan Fitriyatul Asyiqin yang mengambil Set Kehamilan Shaklee ...


Sedikit Tips Untuk Si Ibu Bagi Mengatasi Alahan Makanan

♥ Di waktu pagi makan cracker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.

♥ Bangun perlahan-lahan dan jangan baring selepas makan.

♥ Kerap makan hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong.

♥ Makan apa saja anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.

♥ Jika tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak ,buka tingkap dan kipas…lebih baik jika orang lain yang masak.

♥ Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
♥ Elakkan mengambil kafein dan merokok.

♥ dan yang terakhir ialah dengan mengambil vitamin Ibu Mengandung Shaklee untuk ibu kekal cergas dan bertenaga walapun kurang makan…

Antara Testimoni Mereka Yang Berpuas Hati Dengan Set Ibu Mengandung Shaklee





Diharap info ini dapat membantu sikit sebanyak bakal bakal ibu kat luar sana..jaga diri.. jaga kandungan..semoga anda..dan bayi anda sentiasa sihat dan dipermudahkan proses kelahiran nanti..inshaAllah..




Untuk order dan sebarang pertanyaan...
Hubungi saya segera:

Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga, kalau sudi add la saya :)

10 comments:

  1. teringat masa dulu....1st pregnancy memang alahan teruk sangat...pernah jugak solat sambil baring sebab terlampau tak larat....

    alhamdulillah...selepas amalkan set kehamilan shaklee...bukan setakat bertenaga malah kulit pun semakin cantik...jerawat dah hilang...kecuali time period.....

    nak tau macam mana nak atasi masalah jerawat?? jom visit blog saya pulak...

    http://www.idayuirdina.com/sharing/cara-mengatasi-masalah-jerawat-batu-dan-bekasnya/

    ReplyDelete
  2. Set kehamilan no 1 pilihan semua

    ReplyDelete
  3. memang bagus set kehamilan shaklee ni , Alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..set hamil yang pernah diamalkan ����

    Elak Risiko Kurang Nutrisi Semasa Hamil

    ReplyDelete
  5. Masa mengandung anak pertama tak kenal shaklee lagi..anak kedua baru consume set mengandung shaklee..memang terasa perbezaannya..badan bertenaga, hb cantik, takde sembelit dan kaki cramp..semuanya ok..alhamdulillah..

    Jemput baca
    Rawatan Untuk Masalah Tulang Belakang Bengkok

    ReplyDelete
  6. Pemakanan seimbang dan pengambilan vitamin dari Shaklee sgt2 membantu untuk sihat dan cergas semasa pregnant. Mmg sgt digalakkan.

    ReplyDelete
  7. Pemakanan seimbang dan pengambilan vitamin dari Shaklee sgt2 membantu untuk sihat dan cergas semasa pregnant. Mmg sgt digalakkan.

    ReplyDelete
  8. Best nya set tok kak. Sampei kinek kmk ngamal shaklee untuk milk booster. Susu nang meriah gilak. Hehe. Sampei pengasuh madah, banyak nar juak susu kitak o. Hehe

    ReplyDelete