Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget

Tuesday, 8 August 2017

Set Resdung Shaklee : Bantu Mengurangkan Simptom Resdung Daripada Menjadi Lebih Kronik

Assalamualaikum..moga hari ini lebih baik dari semalam..didoakan sahabat2 semua sihat2 hendakNya..hari nie nak bercerita sedikit tentang Set Resdung Shaklee..

Pasti ada di kalangan sahabat2 yang ada masalah resdung..ada yang sampai rasa rimas sebabnya bangun pagi je diserang bersin yg kerap..hidung berair meleleh..tak dapat kena debu @ habuk..hidung asyik gatal-gatal..alergik pada seafood..muka naik jerawat dan macam2 lagi.. Sesungguhnya sangat menyeksakan resdung nie...Sebab boleh menganggu rutin dan kerja-kerja harian..


Okay..bagi sahabat yang ada masalah resdung nie..saya sangat sangat rekomen Set Resdung Shaklee nie untuk membantu mengurangkan simptom atau merawat masalah resdung elak daripada jadi lebih kronik..

Sebelum saya terangkan apa khasiat dan kebaikan Set Resdung Shaklee nie..kita lihat dulu apa tanda tanda mereka yg ada masalah resdung...

Tanda-Tanda Seseorang Mengalami Masalah Resdung?

1) Hidung selalu tersumbat
2) Terdapat lendir dari hidung dan tekak
3) Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
4) Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
5) Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
6) Gejala alahan hidung seperti selalu bersin, gatal hidung dan sebagainya
7) Sangat sensitif dengan habuk dan bulu binatang
8) Kawasan sekitar mata dan muka membengkak apabila resdung semakin teruk
9) Keluar jerawat yang banyak di muka (hanya orang2 tertentu ada simptom macam ni)

Terdapat dua jenis resdung, akut dan kronik... Gejala biasa masalah resdung termasuklah kesesakan hidung, hidung berair, sakit kepala sinus, dan batuk. ..

Resdung akut boleh menyebabkan kehilangan pendengaran berkaitan resdung. Walau bagaimanapun… keadaan ini tidak akan membawa kepada pekak kekal dan sekalipun resdung akut sembuh, pendengaran takkan kembali menjadi normal…

Sebaliknya.. sinusitis kronik biasanya menyebabkan kehilangan pendengaran sementara yang boleh berkembang menjadi keadaan kekal... Ini berlaku apabila resdung kronik membawa kepada komplikasi lain seperti jangkitan telinga.

Kehilangan pendengaran akibat resdung boleh berlaku apabila jangkitan merebak ke telinga... Pendengaran akan terjejas apabila gegendang telinga mendapat tekanan yang disebabkan oleh keradangan sinus. Tekanan terbentuk disebabkan oleh pengeluran cecair dari bahagian yang berlainan.. termasuklah sinus...

Berbalik pada Set Resdung Shaklee..alhamdulillah..berdasarkan feedback dari customer yang dah amalkan set nie…ramai yang berpuashati..Jap lagi kita tengok testimoni ye...Kita tengok dulu fungsi setiap Vitamin nie…


Bagaimana Alfalfa, B Complex Dan Vita C Membantu Mengurangkan Simptom Resdung ? 

Alfalfa Complex

1) Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
2) Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
3) Mereka yang menghidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

B-Complex

1) Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
2) Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
3) Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vitamin C

1) Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
2) Mempercepat proses penyembuhan tisu tubuh.
3) Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Kesan-Kesan Resdung (Sinusitis)

• Jangkitan nanah di kawasan sekeliling mata
• Jangkitan Otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selesema biasa yang melarat
• Hilang deria bau
• Pelupa / Daya mengingat lemah
• Lubang hidung bengkak dan tersumbat

Masalah Resdung Tiada Lagi Dengan Set Resdung Shaklee..jom tonton video nie...


Lagi Perkongsian Testimoni Dari Puan Wan Zainab Bt Wan Muhammad yang mengalami masalah Resdung Kronik



'Saya nak kongsikan pengalaman saya mengamalkan SET RESDUNG SHAKLEE. Sebelum ini, saya memang suka sangat mencuba pelbagai jenis kosmetik mencerahkan wajah yang dijual di pasaran. Sehinggakan saya pernah mencuba 14 jenama kosmetik.

Selain itu, saya juga mengalami masalah resdung teruk yang menyebabkan gatal-gatal kulit muka dan berjerawat. Kesan daripada mencuba pelbagai jenis kosmetik dan masalah resdung, kulit wajah semakin teruk.

Pada penghujung 2011, kulit saya semakin teruk. Selepas itu, saya mulai berpantang makan dan juga tidak mencuba apa-apa kosmetik. Saya hilang keyakinan diri dan juga rasa rendah diri bila berkawan. Saya malu untuk bertemu klien.

Kulit muka saya ditumbuhi jerawat yang banyak, dan bernanah. Adakalanya jerawat menjadi kebiru-biruan. Saya juga pernah mendapatkan rawatan kulit di sebuah klinik pakar kulit. Saya berhabis ratusan ringgit untuk masalah kulit ini. Tetapi tidak berhasil dan saya mulai jemu untuk mengulangi rawatan.

Selepas melahirkan anak sulung, saya mula kenal Shaklee. Apabila menggunakan Set Berpantang Shaklee, saya nampak perubahan pada kulit dan seterusnya mencuba SET RESDUNG iaitu ALFALFA COMPLEX, B COMPLEX, & VITAMIN C. Selain itu saya juga mencuba ENERGIZING SOY PROTEIN dan saya nampak kulit saya semakin sihat.

Parut jerawat kelihatan pudar dan kulit cerah sekata. Walaupun tidak mengalami perubahan yang drastik, tapi saya puas hati kerana jerawat susah nak tumbuh. Jika dahulu saya berpantang makanan laut, kini saya bebas makan apa sahaja menu makanan laut.

Kesan daripada penggunaan SET RESDUNG SHAKLEE :

1. Gatal-gatal kulit muka hilang
2. Pori-pori mengecil
3. Parut jerawat cepat pudar
4. Jerawat susah nak tumbuh
5. Kulit muka lebih lembut dan lembap
6. Keluar rumah tanpa mekap!

Saranan saya untuk remaja di luar sana, jangan terlalu taksub dengan kosmetik yang mencerahkan. Pilihlah jenama yang selamat dan semulajadi....

Saya amat mengesyorkan mereka yang ada masalah resdung untuk mencuba set resdung shaklee..cegah sebelum lebih parah..jika dibiarkan..resdung akan melarat dan menyebabkan komplikasi kepada otak dan boleh membawa maut..




Untuk order dan sebarang pertanyaan...
Hubungi saya segera:

Your Shaklee Independent Distributor
Salmiah Othman
♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ Email : salmiah80@gmail.com

Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan supplemen Shaklee di Fan Page Mamaanisshop dan Facebook saya juga, kalau sudi add la saya 

2 comments:

  1. Stress betul kalau pagi2 bersin lps tu hidung berair..perlu rawat resdung dgn segera..klu tak terganggu aktiviti seharian..

    Cara Semulajadi Kurangkan Sakit Gout

    ReplyDelete
  2. Laki kamek ada resdung juak. Pagi2 mestinya bersin. Kinek tok dah ok sikit sebab ngamal shaklee.

    ReplyDelete