Punca Dan Petanda Awal Serangan Jantung
Dahulu tanggapan kita mengenai serangan jantung ni selalu menyerang mereka yang sudah berusia dan orang-orang kaya…
Namun kini serangan jantung menyerang tak kira usia..Sebaliknya penyakit
serangan jantung boleh menyerang sesiapa sahaja..dan penyakit ini juga menyerang golongan muda..Apakah Punca Dan Petanda Awal Kepada terjadinya Serangan Jantung ?
Jantung merupakan organ yang amat penting dalam
tubuh kita kerana jantung lah yang membuatkan kita bernyawa...Penjagaan jantung
sangat-sangat penting kerana jantung bertindak mengepam darah yang mencukupi
bagi kegunaan sel-sel tubuh... Jika ianya tidak dijaga dengan baik..kita akan
cenderung mendapat serangan jantung..
Dan saban hari kita dengar Serangan jantung adalah penyebab utama kematian mengejut...Kejadian
ini berlaku apabila jantung berhenti berdenyut secara tiba-tiba atau mengalami
fibrilasi ventrikular akibat kerosakan pada jantung..
Menurut
carta statistik Badan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit jantung koronari
(serangan jantung dan kegagalan jantung) menduduki tempat pertama dan diikuti
pula oleh strok pada tangga kedua. Sumber:
WHO – Top 10 Cause Of Death
Bagaimana
Simptom Serangan Jantung Berlaku?
Serangan jantung biasanya berlaku apabila otot
jantung tidak menerima bekalan darah secukupnya. Bekalan darah di hantar ke
otot-otot jantung melalui saluran arteri koronari. Ini menyebabkan senario
fungsi jantung menjadi lemah atau lemah jantung.
Lazimnya, ia disebabkan oleh pembentukan plak yang
mengecilkan ruang saluran arteri koronari dan mengganggu aliran darah. Plak
terbentuk akibat enapan lemak, kalsium, protein dan sel darah yang rosak.
Struktur plak pula terdiri daripada lapisan luar yang keras dan medium pekat di
dalamnya.
Apabila plak semakin mengeras, lapisan luar plak
yang rapuh akan mulai pecah dan mengganggu aliran trafik darah. Kandungan
platlet (yang membantu menggumpalkan darah) pula akan tertumpu di sekitar plak
sehingga berupaya membentuk gumpalan darah beku.
Lama kelamaan kumpulan darah beku ini akan
menghalang saluran arteri sepenuhnya. Secara jangkamasa panjang otot jantung
akan mula mengalami kekurangan bekalan oksigen yang serius dan menyebabkan otot
mati serta kekejangan.
Risikonya boleh menyebabkan jantung berhenti
berfungsi secara tiba-tiba dan bila-bila masa. Inilah yang dikatakan sebagai
punca serangan jantung berlaku.
Faktor
Risiko Yang Menjadi Punca Serangan Jantung
1)
Merokok
Kesan merokok selain membawa risiko masalah
respirasi / pernafasan dan kanser paru-paru, ia juga membawa masalah penyakit
jantung. Lebih kurang 1 daripada 5 kematian akibat penyakit jantung berkait
dengan rokok.
Sumber nikotin di dalam rokok memberi kesan, mengurangkan paras oksigen yang patut diterima
oleh jantung, meningkatkan tekanan darah, mempercepatkan denyutan jantung, membentuk
darah beku dan mengganggu aliran darah dalam salur darah.
Lebih buruk, ia akan membawa risiko strok.
Berhentilah merokok dari sekarang !!
2)
Kolesterol Tinggi Dalam Darah
Semakin tinggi paras kolesterol LDL (kolesterol
jahat) di dalam darah semakin tinggi kemungkinan seseorang mendapat serangan
jantung.
Dan sebaliknya pula bagi paras kolesterol HDL
(kolesterol baik) yang berfungsi menghalang kesan buruk kolesterol LDL.
Kolesterol LDL berupaya membentuk plak yang boleh
menyebabkan dinding dalam arteri menjadi tebal dan menyempitkan aliran darah
untuk mencetuskan tanda-tanda serangan jantung.
Plak terbina daripada kolesterol, lemak, kalsium
dan bahan lain yang terdapat dalam darah. Kewujudan plak dalam salur darah disebut
sebagai “Atherosclerosis“.
3)
Tekanan Darah Tinggi (Hipertension)
Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang
dikenakan oleh darah kepada dinding arteri atau salur darah. Tekanan darah
diukur melalui nisbah “sistolik dan diastolik”.
Bacaan melebihi 180/110 mm Hg menunjukkan gejala hipertensi
yang boleh membawa risiko serangan jantung jika tidak terkawal.
Tekanan darah tinggi tidak akan sentiasa sama
sepanjang masa bagi seseorang. Bacaaannya berbeza ketika kita tidur, jaga,
gembira, cemas, aktif dan sebagainya.
Kesan penyempitan dinding salur darah menambahkan
lagi kesan buruk tekanan darah ketika pada bacaan tinggi.
4)
Berat Badan Berlebihan atau Obesiti
Berlebihan berat badan membawa kepada risiko
diabetis pada awalnya. Kemudian boleh membawa punca kepada tekanan darah
tinggi, kolesterol tinggi dalam darah atau kedua-duanya sekali.. Akhirnya mungkin membawa kesan buruk serangan
jantung jika tidak dikawal.
5)
Sejarah Keluarga
Merupakan salah satu faktor yang tidak boleh dikawal.
Mereka yag mempunyai salahsilah ahli keluarga penghidap sakit jantung
berkecenderungan mempunyai genetik yang sama untuk memiliki penyakit itu.
6)
Gaya Hidup Tidak Aktif dan Diet Buruk
Mereka yang tidak aktif mempunyai risiko yang tinggi
mengalami serangan jantung. Tubuh perlu bergerak aktif untuk membantu proses
metabolisme yang berpotensi untuk membakar lemak dan kolesterol yang tidak baik
untuk tubuh badan.
Selain itu, pengambilan kalori yang berlebihan
juga turut menjadi penyebab risiko serangan jantung. Diet buruk yang tidak
terkawal menambahkan lagi paras kolesterol dalam badan.
6
Petanda Awal Serangan Jantung
Petanda-petanda biasa anda bakal terkena serangan jantung
adalah seperti berikut:
1) Sakit Pada Bahagian Dada
Sakit dada ini biasanya sakit yang sederhana atau
kuat. Anda akan rasa tekanan di dada, atau dada rasa bagai dihimpit lebih dari
seminit.
Atau sekejap datang sekejap hilang dan datang
balik. Ini berlaku terutama pada dada sebelah kiri sedikit.
Sakit pada bahagian dada ini adalah disebabkan
oleh saluran arteri yang membawa darah sedang tersumbat.
Bila saluran darah arteri tersumbat, ia menjejaskan
perjalanan darah. Ini kemudiannya akan menyebabkan rasa kebas atau kelemahan
tubuh.
Usah ambil remeh jika kerap sakit dada.
2)
Sakit Pada Bahagian Atas Badan (Upper Body)
Sakit atau tidak selesa di bahagian lengan,
belakang, leher, rahang, perut atau bahagian atas badan juga merupakan salah
satu petanda awal serangan jantung.
Bahagian-bahagian atas badan ini sakit sebab
pengaliran darah tidak sampai ke atas.
Darah tidak sampai ke atas sebab otak keliru untuk
menganalisa di antara 2; adakah otot jantung sedang kekurangan oksigen, atau
otot yang dekat dengan jantung sedang sakit?
Otot yang berdekatan dengan jantung termasuklah
lengan, rahang, siku, leher mahupun bahagian belakang.
Kekeliruan ini berlaku disebabkan oleh amaran
kekurangan oksigen ini dihantar ke sistem saraf di mana semua saraf berkumpul
di satu tempat dan menyebabkan kekeliruan penghantaran amaran.
3)
Sesak Nafas
Rasa sesak nafas atau tercungap-cungap dan nafas
pendek juga merupakan petanda awal serangan jantung bakal berlaku.
Sesak nafas berlaku di sebabkan oleh penebalan
arteri.
Apabila arteri menebal, darah yang membawa oksigen
tidak dapat mengalir.
Bila oksigen tidak dapat mengalir dengan baik,
oksigen dalam darah akan berkurangan kurang dari tahap sepatutnya. Ini yang menyebabkan
sesak nafas berlaku.
4)
Muntah-Muntah Dan Pedih Ulu Hati
Oleh kerana serangan jantung kerap terjadi kepada
mereka yang lebih berumur dan mengalami masalah pencernaan, maka kesilapan
antara pedih ulu hati atau komplikasi keracunan makanan biasa berlaku.
5) Kerap Berpeluh
Kerap berpeluh terutamanya ketika tidak melakukan
aktiviti fizikal juga merupakan petanda awal serangan jantung.
Pengepaman darah untuk melalui arteri yang
tersumbat memerlukan tenaga yang lebih dan suhu badan akan meningkat. Maka
untuk mengekalkan suhu, badan terpaksa menghasilkan banyak peluh.
6)
Letih Atau Lemah
Letih adalah disebabkan oleh tenaga lebih yang
diperlukan oleh jantung untuk mengepam darah. Ini menyebabkan kita cepat letih
tanpa sebab.
Sakit-sakit seperti pening, batuk dan hilang
selera makan juga merupakan salah satu petanda-petanda awal serangan sakit
jantung. Ia akan berlaku beberapa minit dan
berterusan ketika anda sedang aktif membuat aktiviti fizikal atau tekanan
emosi dan ianya tidak hilang walaupun berehat.
Jika anda mempunyai lebih dari 2 petanda yang di
senaraikan di atas, anda perlu ambil langkah pencegahan dengan secepat mungkin.
Cara
Mencegah Serangan Jantung
1)
Awasi pemakanan anda
Diet harian seharusnya kurang lemak dan kolestrol,
sebaiknya pilih yang mempunyai kandungan vitamin dan fiber yang tinggi seperti
oat serta buah-buahan & sayuran.
2)
Capai berat badan ideal
Kandungan kalori yang tinggi dalam badan tetapi
tidak selaras dengan senaman atau aktiviti metabolisma boleh mengganggu berat
badan. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan (rujuk indeks BMI anda),
penurunan 5% hingga 10% cukup untuk anda dapat rasakan peningkatan kesihatan
jantung yang lebih selesa.
3)
Kekal aktif
Amalkan 30 minit aktiviti senaman, walaupun hanya
pergerakan ringkas rasanya ia mampu memberikan perbezaan yang ketara terhadap
kesihatan anda.
4)
Merokok adalah tidak digalakkan, berhenti lagi baik
Merokok membuatkan jantung anda bekerja lebih
berbanding orang biasa walaupun dalam keadaan rehat, disamping itu boleh
meninggikan tekanan darah serta risiko sakit jantung dan menjejaskan alam
sekitar serta kebencian umum.
5)
Mesra dengan senyuman
Senyum mahupun ketawa menandakan anda sedang
merawat stress. Ciptakan keriangan dan ketenangan di dalam pergaulan sihat bagi
merehatkan ketegangan salur darah dan untuk kelegaan otot muka, sudah tentu
baik untuk jantung.
6)
Dapatkan suplemen terbaik
Sempurnakan keperluan harian jantung anda dengan suplemen
yang terbaik ..mudah untuk diambil dan mudah untuk diserap bagi tindakbalas
tubuh yang lebih efektif.
Vivix membantu membaik pulih kerosakan yang
berlaku pada DNA. Salur darah yang rosak akibat pemendapan kolesterol dibaiki
semula. Vivix juga membantu meningkatkan tenaga pada sel jantung kerana Vivix
membantu meningkatkan bilangan mitokondria, iaitu pusat jana tenaga bagi sel..
Vivix Shaklee mengandungi
antioksidan yang sangat kuat dan tinggi. Antioksidan ini mampu mencegah
penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Anggur muscadine merupakan
bahan utama di dalam Vivix mengandungi resveratrol yang sangat tinggi yang
memberi perlindungan kepada sistem kardiovaskular.
Jadi pengambilan Vivix adalah sangat tepat untuk
mencegah serangan jantung dan membantu mengatasi sakit jantung..
Resveratrol membantu untuk mengurangkan
keradangan, mencegah oksidasi daripada LDL atau kolesterol jahat, mengelakkan
daripada platlet darah melekat dan membentuk gumpalan (darah membeku) yang
menyebabkan serangan jantung.
(www.webmad.com/heart-disease/resveratrol-supplements)
Omega guard membantu meningkatkan kolesterol baik
HDL..Omega guard juga membantu meningkatkan kadar metabolisme badan dan
membantu pembakaran lemak berlebihan dalam badan.
Phytocol menghalang penyerapan kolesterol yang
dimakan ke dalam salur darah. Kolesterol akan terus disingkirkan. Phyocol juga
membantu mengurangkan kolesterol jahat LDL.
Set Jantung Shaklee ini hanyalah sebagai usaha dan
dengan pengambilan secara konsisten inshaallah dapat membantu mencegah pelbagai
penyakit berkaitan jantung seperti serangan sakit jantung dan salur darah
tersumbat ..Bertindak segera dapat mencegah serangan jantung..mencegah lebih
baik dari merawat...betul tak ?
Jika anda mengalami simptom atau gejala serangan
jantung di atas.. segera dapatkan bantuan doktor..
Antara testimoni mereka yang mengambil suplemen shaklee untuk masalah jantung
Antara testimoni mereka yang mengambil suplemen shaklee untuk masalah jantung
Mulai hari ini..tingkatkanlah
kesedaran tentang bagaimana untuk menjaga kesihatan jantung kita..termasuk
aspek pemakanan..gaya hidup aktif dan seterusnya mengenali keperluan nutrisi untuk jantung yang sihat ..
Sekiranya anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee sebagai langkah pencegahan serangan jantung..hubungi saya segera !!
Sekiranya anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee sebagai langkah pencegahan serangan jantung..hubungi saya segera !!
♥ SMS | Call : 019-8769412
♥ Shaklee ID : 949800
♥ FB Page : Mamaanisshop
♥ Email : salmiah80@gmail.com