12 Kesilapan Penjagaan Wajah Yang Menjadi Punca Masalah Kulit Muka

17:22 0 Comments A+ a-

Ramai wanita yang mementingkan penjagaan wajah..tapi mungkin salah satu diantara kesilapan ini sedang anda lakukan..Jom baca 12 Kesilapan Penjagaan Wajah Yang Menjadi Punca Masalah Kulit Muka..dan mungkin kesilapan-kesilapan ini sedang lakukan sekarang..



KESILAPAN 1


Cuci muka terlalu kerap
Eh..salah ke cuci muka kerap??

Ya..sebenarnya ada dua sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap:

1. Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci atau..
2. Kulit akan cenderung jadi lebih berminyak dan berjerawat 

Mencuci muka anda dengan pencuci muka dua kali sehari sahaja sudah memadai untuk membersihkan muka iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.

KESILAPAN 2

Menyental dan menggosok kulit muka dengan kuat semasa mencuci muka

Ramai yang ingat bahagian muka yang ada jerawat atau bermasalah perlu disental atau digosok lebih kuat untuk mengeluarkan sebum dan kotoran dalam liang roma. Sebenarnya kita tidak boleh menggosok terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan men’cederakan’ kulit dari dalam..

Gosok dengan lembut sahaja pada bahagian bermasalah dan elakkan menggaru atau memicit jerawat semasa mencuci muka..

KESILAPAN 3

Menggunakan scrub terlalu kerap



Jangan scrub terlalu kerap!!

Scrub selalunya mempunyai tekstur berbiji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap..bagi sesetengah orang, terlalu kerap menggunakan scrub boleh menyebabkan kulit menipis, lebih sensitif dan boleh menyebabkan gatal..

Sebaiknya gunakan scrub yang mempunyai tekstur lebih halus dan memadai melakukan scrub 1-3 kali sahaja seminggu.

KESILAPAN 4

Membiarkan syampu rambut terkena muka

Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk melembutkan rambut. Jika terkena pada muka, minyak tersebut boleh meresap ke dalam kulit muka dan boleh menyebabkan jerawat.

Sebab tu kebanyakan salon rambut membilas rambut dari belakang supaya syampu tidak terkena kawasan muka. Sebaiknya elakkan buih syampu rambut terkena muka anda.

KESILAPAN 5

Kurang Minum Air




Nak cantik tetapi malas minum air masak. Sedangkan air masak sentiasa ada di rumah kita dan percuma sahaja..

Badan memerlukan air yang cukup untuk memberikan kelembapan kepada kulit. Kulit yang lembap akan nampak sihat dan berseri.

Amalkan minum 2 hingga 3 liter air setiap hari atau setiap 25kg = 1 liter air.

KESILAPAN 6

Tidak Cukup Tidur

Betulkah tidak cukup tidur menyebabkan kulit menjadi tidak sihat? Ya. Ia salah satu faktor.

Tidur pada malam hari sebenarnya sangat bermanfaat untuk merehatkan diri. Masa ketika itulah sel kulit akan diperbaiki dan bekerja dengan lebih baik.

Kulit pun memerlukan rehat yang cukup untuk ia kembali bersinar dan sihat di pagi hari.

Cukupkan tidur anda sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari.

KESILAPAN 7

Suka Pegang Muka

Setiap kali tengok cermin anda pegang muka. Tengah selfie sempat pegang muka. Tengok tv tangan merayap membelai muka.


Tahukah anda, tangan kita ini ada banyak bakteria. Malah telefon anda itu salah satu penyumbang bakteria yang banyak.


Apabila banyak bakteria mudahlah ia menyerap ke liang pori. Dan timbullah jerawat, blackhead, whitehead. Eee. Kotor tau.

Tak salah jika mahu membelai muka. Tetapi pastikan tangan anda bersih. Dan seeloknya jauhkan tangan dari bahagian muka.Muka anda tetap ada di situ. Takkan hilang pun.

KESILAPAN 8

Membiarkan peluh di muka kering sendiri tanpa dilap

Anda kuat berpeluh? Kalau begitu lebih baik anda sentiasa menyediakan sapu tangan atau tisu untuk mengelap peluh.


Jangan dibiarkan peluh anda kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya lap muka anda dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran bersamanya.

Jika anda berwudu’, sebaliknya pula. Kerana air wudu’ mempunyai kebaikannya sendiri dan sebaiknya dibiarkan kering sendiri.

KESILAPAN 9

Gunakan tuala badan sebagai tuala muka



Ramai yang buat ni..lap muka menggunakan tuala badan. Sebaiknya asingkan tuala untuk muka dan badan. 

Jika tuala badan anda mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka anda juga. Lagipun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.

Sebaiknya gantikan tuala anda setiap minggu agar kebersihan anda lebih terjaga.

KESILAPAN 10

Menggunakan produk penjagaan muka untuk lelaki bagi wanita atau sebaliknya

Kadangkala bila tinggal serumah dengan ahli keluarga yang lain mudah berlaku seperti ini.

Anda harus ingat..menggunakan pencuci muka atau produk untuk jantina berbeza boleh memberikan kesan kepada kita.

Contohnya, scrub untuk lelaki memang lebih kasar teksturnya daripada scrub untuk wanita. Jangan sampai ia menjejaskan kulit anda kerana formulasinya yang tidak sesuai dengan anda. 

Bagi lelaki pula, menggunakan produk penjagaan kulit untuk wanita mungkin tidak memadai untuk mengatasi masalah kulit anda kerana formulasi untuk wanita selalunya lebih lembut dan kurang efektif bagi lelaki yang mempunyai tekstur kulit yang lebih kasar.

KESILAPAN 11

Memicit jerawat dengan kuku dan alat yang tidak disteril




Jika anda tiada kemahiran profesional dan alat yang sesuai untuk memicit jerawat, sila jangan lakukannya sendiri.

Memicit jerawat dengan kuku boleh memindahkan kuman daripada jerawat lain yang telah dipicit. Ini boleh menyebabkan lebih banyak jerawat yang keluar.

Jerawat yang dipicit juga selalunya meninggalkan kesan parut hitam atau kemerahan pada kulit anda jika tidak dilakukan dengan betul.


Lebih baik jika jerawat dibiarkan mengecut sendiri atau mengambil vitamin c, vitamin anti jerawat yg boleh membantu mengecutkan jerawat anda secara semulajadi.

KESILAPAN 12

Tidak Menjaga Makan

Jaga pemakanan jika mahukan kulit yang cantik dan sihat. Elakkan terlalu banyak makan makanan yang berminyak. 

Jika anda berjerawat elakkan gula, susu, kopi, peanutbutter. Makanan ini akan melambatkan proses penyembuhan jerawat.
Makan makanan yang sihat seperti buah dan sayuran.

Saya perkenalkan disini kepada anda Set Kecantikan Shaklee untuk Penjagaan dalaman dan Juga Penjagaan Wajah Secara Luaran Iaitu YOUTH SKINCARE : Set Skincare Shaklee Yang Terbaru yang telah membantu ramai pengguna diluar sana dalam menyelesaikan masalah kulit muka yang bermasalah...



YOUTH SKINCARE BY SHAKLEE

Antara masalah mereka yang telah dibantu ialah masalah jeragat..jerawat..parut jerawat..kulit kusam..kulit berminyak..tona tak sekata..sunburn..pigmentasi..alahan dan bermacam-macam lagi selain menjadikan kulit semakin cantik dan glowing..

Klik Youth Skincare untuk info dan testimoni best tentang Skincare Terbaru Youth Skin Care By Shaklee..

 Anda yang berminat untuk mencuba Youth Skincare Shaklee..
atau Vitamin-Vitamin Shaklee..

Boleh hubungi saya terus untuk order dan sebarang pertanyaan..

Pengedar Shaklee Anda 


SMS | Call : 019-8769412
Shaklee ID : 949800
FB Page : Mamaanisshop
 Email : salmiah80@gmail.com


 ORDER VITAMIN SHAKLEE KLIK 





KLIK UNTUK BACA JUGA