Kenali Jenis Jenis Jerawat & Cara Mengatasinya Di Rumah Dengan Mudah Dan Selamat

17:09 0 Comments A+ a-

Terdapat  beberapa jenis jerawat yang akan menjadikan kulit kita kurang cantik..Walau apapun jenis jerawat yang menyerang kita..sangat penting untuk kita atasi punca punca asas jerawat sebagai penyelesaian jerawat yang paling berkesan.



Ini akan memastikan kita mampu mengekalkan kulit yang sihat dan bersih sepanjang masa..Jom Kenali Jenis Jenis Jerawat & Cara Mengatasinya Di Rumah Dengan Mudah Dan Selamat..


1) Jerawat Papula

Merupakan jenis jerawat radang kulit, berbentuk benjolan lembut kemerah-merahan.

2) Jerawat Pustules

Bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintil merah dengan pusat putih atau kuning ( bernanah)

3) Blackheads

Biasanya terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam itu bukan di sebabkan oleh kotoran dan di sebabkan oleh pigmen kulit-melanin, bertindak balas dengan oksigen di udara.


4) Whiteheads

Biasanya terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati, menyebabkan paparan putih di permukaan kulit anda.


5) Nodul (akne kronik )

Terdiri daripada bentuk benjolan keras di bawah permukaan kulit-lebih besar dan sangat menyakitkan, serta kadang-kadang tidak akan hilang selama berbulan-bulan. Jerawat ini menyumbang kepada parut berlubang dan trauma teruk serta luka pada permukaan kulit.

Jika tidak di rawat dengan betul, Nodul ini akan terbentuk semula walaupun selepas ianya kecut.
Lebih besar ruangan radang lebih mudah ianya terbentuk nanah dan akan meninggalkan parut jerawat jika tiada rawatan dan ubat yang sesuai.

Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila rawatan diabaikan. Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri..


Antara Punca Perlakunya Jerawat Ini Adalah Kerana 

1) Faktor hormon terutamanya untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an. Maka perkara ini merupakan normal berlaku, jangan takut.

2) Faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan juga. Misalnya ayah atau emak anda mempunyai jerawat yang banyak mungkin juga anda memiliki gen yang sama.

3) Kosmetik..pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.

Selepas kita mengetahui jenis jenis jerawat..punca jerawat..penting untuk kita amalkan tips dibawah semasa di rumah untuk membantu hilangkan jerawat.

CARA NAK HILANGKAN JERAWAT DI RUMAH DENGAN MUDAH & SELAMAT!

Penggunaan ubat adalah salah satu dari caranya.

Ada banyak lagi cara lain yang kita boleh amalkan di rumah..Di bawah ini saya senaraikan untuk manfaat bersama.

1) Jangan Sentuh Muka Dengan Tangan Kita. 


Tangan kita mungkin tercemar dengan pelbagai kotoran daripada aktiviti harian.
Jadi menyentuh kulit muka dengan tangan yang kotor boleh membantu menyebabkan jerawat.

Ini sangat sukar dilakukan, kerana mungkin kita sudah terbiasa menyentuh muka sendiri bawah sedar.

Elakkan menggaru kulit wajah kita, baring sambil meletakkan muka di atas tangan kita, dan paling penting memicit jerawat. 
Jangan kita memicit jerawat kerana ini akan mendedahkan lebih banyak bakteria pada kulit kita dan akan menjadikan jerawat lebih teruk.

2) Makan Secara Sihat. 



Apa yang kita makan akan menjadikan kita awet muda atau cepat tua.
Makanan yang diproses & mengandungi banyak kandungan minyak akan meningkatkan jerawat yang muncul pada badan kita.

Amalan pemakanan yang sihat dari bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, dan protein  akan membantu kita mendapatkan jumlah nutrien yang betul untuk kulit kita membaiki & tumbuh semula dengan lebih cepat, serta menghalang pengeluaran minyak yang tidak perlu. 

Kurangkan atau elakkan makanan yang diproses/mengandungi banyak gula untuk kulit yang cantik dan bebas jerawat.

3) Dapatkan Rehat Yang Cukup Setiap Hari


Semasa kita tidur & berehat, badan kita akan membaiki kerosakan yang berlaku.

Tidur & rehat sekurang-kurangnya 8 jam sehari akan membantu untuk melegakan badan kita dan juga membuang toksin berbahaya dari badan. 

Jika kita tidak mendapat cukup tidur, kulit kita berkemungkinan tidak mempunyai masa atau keupayaan memperbaharui sel kulitnya. 

Adalah baik untuk kita tidur awal setiap hari dan bangun awal untuk kualiti tidur yang baik.

4) Bersenam Lebih Kerap


Bersenam sangat bagus untuk kesihatan kita & juga dalam mengurangkan masalah jerawat yang dihadapi. 

Semasa kita bersenam, badan akan melepaskan hormon endorfin yang menurunkan tekanan dan mengurangkan pengeluaran minyak di kulit muka.
Senaman juga akan mengeluarkan peluh yang menyingkirkan toksin dalam tubuh serta membersihkan sel kulit mati. 

Amalan bersenam setiap hari selama 30 minit akan membantu mengurangkan jerawat & menjadikan kita lebih sihat & bertenaga.

5) Banyakkan Minum Kosong. 


Badan kita terdiri lebih dari 70% air. Amalan meminum air kosong yang mencukupi setiap hari akan membantu badan kita beroperasi dengan lebih baik.

Air akan membantu kita mengeluarkan toksin dari dalam tubuh & menjadikan kita kelihatan lebih muda & bertenaga.

Jumlah air yang diambil bagi setiap individu berbeza menurut berat badan mereka, cuba amalkan pengambilan 2 liter air setiap hari.

6) Gunakan Skincare Yang Sesuai Dengan Kulit Kita


Terdapat pelbagai jenis skincare yang terdapat dipasaran untuk jenis kulit yang berbeza.

Pilih skincare yang paling sesuai untuk kulit kita supaya masalah kulit yang di alami dapat di atasi dengan betul.

Penggunaan skincare yang kurang sesuai dengan kulit kita akan menyebabkan masalah pengeluaran minyak yang semakin teruk.
Ini akan menyebabkan jerawat yang muncul semakin teruk kerana liang roma tersumbat. Pastikan kita memilih skincare yang sesuai supaya masalah yang lebih serius dapat di elakkan.

Terdapat banyak kajian telah dilakukan untuk mengetahui kesan yang dialami oleh badan kita (terutama semasa hamil) seperti kajian ini.

7) Gunakan Pelindung Matahari Setiap Hari


Sinaran Ultraviolet adalah sebab utama kita tua lebih awal dari usia.

Pendedahan berlebihan kepada sinaran UV semasa berada di luar rumah (Contohnya ditaman) juga membawa kepada kanser kulit. 

Sinaran matahari boleh menyebabkan penuaan pramatang seperti timbulnya 

Bintik-bintik matahari
Garis halus
Dan kedutan. 

Bagi wanita yang sering berada di luar, jadikan penggunaan krim pelindung matahari di siang hari untuk semua peringkat umur muda dan tua. Pantang keluar rumah tak pakai sunblock.

Ini boleh mencegah kanser kulit di masa depan.
Apabila kita keluar di bawah sinar matahari untuk jangka masa yang panjang, cuba cari perlindungan di tempat teduh seboleh mungkin.

8) Gunakan Kain Tuala & Pakaian Bersih. 


Seperti juga tangan..kain pakaian kita juga perlu sentiasa di pastikan bersih.

Mana-mana kain yang bersentuhan dengan kulit kita dengan kerap seperti pakaian, tuala, sarung bantal dan cadar harus dibasuh sekurang kurangnya sekali seminggu.

Ini akan membantu menghilangkan minyak dan bakteria yang terkumpul semasa kita menggunakannya.

Penggunaan pencuci/detergen yang lembut untuk kulit sensitif akan membantu menyelesaikan masalah jerawat kita.

9) Kerap Mandi. 


Kebersihan adalah separuh daripada iman, amalan penjagaan kebersihan diri yang paling penting adalah mandi setiap jari.

Jika kita selalu mandi, ini akan membantu pengeluaran minyak dari kulit yang rendah, membunuh bakteria, dan membersihkan sel-sel kulit mati. 

Gunakan sabun mandian dan gunakan syampu yang sesuai dengan kulit kita supaya pengeluaran minyak di kulit badan dan rambut kita dapat dikurangkan.

Penting untuk kita mandi selepas balik dari bekerja & bersenam kerana peluh kita mengandungi minyak dan sel kulit mati yang boleh menyebabkan jerawat...


Testimoni Set Jerawat Shaklee boleh lihat lebih lanjut DI SINI

Klik Youth Skincare untuk info dan testimoni best tentang Skincare Terbaru Youth Skin Care By Shaklee..



Anda yang berminat untuk mencuba Youth Skincare Shaklee..
atau Vitamin-Vitamin Shaklee..

Boleh hubungi saya terus untuk order dan sebarang pertanyaan..

Pengedar Shaklee Anda 


SMS | Call : 019-8769412
Shaklee ID : 949800
FB Page : Mamaanisshop
 Email : salmiah80@gmail.com


ORDER SET JERAGAT SHAKLEE KLIK DI BAWAH






KLIK UNTUK BACA JUGA