6 Mindset Bisnes Yang Saya Belajar Melalui Bisnes Shaklee
Nak berjaya bukan senang..banyak liku dan ranjau yang akan kita hadapi..tetapi ianya tidak mustahil..betul tak?? Dulu saya pun tak yakin untuk memulakan bisnes shaklee nie..memang kosong ilmu tentang bisnes..tak tahu nak mula dari mana..tak konfiden dengan diri sendiri..banyak benda yang berada dalam minda saya..”bolehke aku?? Adakah masa untuk buat bisnes??”..Tapi Allah itu sangat baik kerana melorongkan saya bertemu jodoh dengan bisnes Shaklee ini dan bertemu Upline saya yang sangat banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar dari mula saya menjadi ahli shaklee hingga sekarang saya berada di rank Senior Supervisor..Alhamdulillah..BISNES ONLINE SHAKLEE PILIHAN HATI SAYA ..
Banyak yang telah saya
belajar sepanjang menjalankan bisnes shaklee..dan hari ini saya nak kongsikan
di sini 6 Mindset Bisnes Yang Saya
Belajar Melalui Bisnes Shaklee.
Semoga kita sama-sama
mendapat manfaat daripadanya..
Semua orang ada impian
tetapi tidak semua orang percaya pada impian dan kemampuan mereka mencapai impian
tersebut..Betulkan?Buktinya..hingga hari ini masih ada yang sedang berada atas
katil dan berangan berumah besar tapi satu kerja pun tak nak buat..Dengan
bisnes Shaklee..saya belajar bahawa jika kita percaya pada kemampuan diri..maka
kita mampu mencapai impian yang kita hajati..Tiada istilah "Tak Mungkin"
bagi orang yang berjaya..Orang berjaya sentiasa memandang impiannya menjadi
kenyataan dan mereka terus berusaha kuat ke arah mencapai impian itu..
Jangan cakap je
banyak..tapi satu apa pun tak buat..No Action huhu..Impian tanpa tindakan
umpama tin kosong.. nak tunggu semua perfect baru nak mula..tunggu nak masuk
kelas blog dulu lah baru nak buat blog..tunggu itu lengkap tunggu ini siap dulu..baru
nak start bisnes..
Jangan tunggu
lama-lama..tapi terus mula..asalkan kita mahu berguru dan sanggup belajar
daripada bawah...Kerana bila kita mula bertindak..perlahan-lahan kita akan
belajar sedikit demi sedikit hingga mahir..Bila dah start buat.. jangan berhenti...Teruskan
buat..buat dan buat sampai kita capai apa yang kita mahukan...Dan satu lagi
persamaan orang yang berjaya..mereka tidak merungut walaupun terpaksa bekerja
melebihi jam untuk capai impian mereka..Mereka tidak mencipta alasan..tetapi
mereka mencari penyelesaian bagi setiap dugaan yang dihadapi..
Bab nie ramai yg fail..sama
juga macam saya mula-mula dulu..kalau baru buat sebulan..tapi hasil macam tak
berapa nampak sangat..Haa..mulalah rasa nak give up..mulalah nak cari bisnes
lain..dan mulalah dah nak hilang fokus..Baru kena uji sikit dah goyang! Upline saya
selalu pesan..tanam biji benih hari ini bukan esok boleh terus tuai hasil..kena
baja..siram..jaga..Bila dah set target.. teruskan fokus fokus fokus hingga
berjaya!..Jangan toleh kiri kanan lagi selagi kerja kita belum settle dan
selagi impian kita belum tercapai...
Alhamdulilah..semenjak join
bisnes shaklee.bukan saja ilmu tentang bisnes tapi juga ilmu tentang
kehidupan..amalan-amalan kerohanian juga dikongsi bersama..memang setiap hari ada
saja perkongsian ilmu daripada upline dan juga adik-beradik shaklee yang
lain..tak lokek berkongsi ilmu..
Orang yang berjaya..sentiasa
berlapang dada menerima ilmu dengan rendah diri..Dia tidak merasa dirinya sudah
pandai..tetapi dia sentiasa mencari ilmu dan tidak kedekut berkongsi ilmu dengan
orang lain..
Dalam bisness..memang ada
masanya kita rasa down..rasa nak menangis.. Jujurnya saya sendiri banyak kali
rasa down bila tak mencapai target sales pada bulan-bulan tertentu..Mujurlah
ada upline dan support group dalam bisnes Shaklee sebagai pencetus semangat..kena
harus sentiasa positif untuk mencapai target dan impian..
Dan saya juga belajar untuk
sentiasa bersangka baik dengan Allah..kerana saya percaya setiap daripada kita
telah Allah siapkan rezeki..dan rezeki itu tidak pernah salah alamat..yang
penting kita terus berusaha..Jadi bersabar dan bersangka baiklah dengan Allah..Yang
Maha Pemberi Rezeki...
6) BERSYUKUR
Paling penting..Sentiasa memanjatkan kesyukuran tak kira
samada apa yang diusahakan mencapai target atau tidak..Panjatkan kesyukuran
walaupun bonus yang dapat baru 2 angka..Kalau kita tak bersyukur dengan yang
sedikit..macam mana Allah nak bagi lebih? Pesanan ini saya sentiasa ingat...Belajar
untuk bersyukur walau sekecil mana pun kita dapat...inshaaAllah
Kalau anda berminat untuk menyertai team saya..
Boleh hubungi saya terus untuk Mendaftar Sebagai
Ahli Shaklee dan juga sebarang pertanyaan..
Boleh hubungi saya terus untuk Mendaftar Sebagai
Ahli Shaklee dan juga sebarang pertanyaan..
SMS | Call : 019-8769412
Shaklee ID : 949800
FB Page : Mamaanisshop
Email : salmiah80@gmail.com
KLIK UNTUK BACA JUGA